Followers:

Wednesday, February 19, 2014

FAMILY OUTING

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..




Saper-saper yang kaki korea tahu la pe benda nie? kalau tak tahu jugak, bukan kaki korea laa..saya yang bukan kaki korea nie pun tahu..huhu

FAMILY OUTING nie program reality shows korea..dimana para selebriti korea yang terlibat dalam menjayakan program nie. Diorang tiap-tiap minggu akan g mana-mana kampung dan pilih satu family untuk jaga rumah diorang dan buat kije-kije kampung yang disuruh oleh pakcik dan makcik yang rumahnya diorang suruh puak nie jaga. Situlah diorang panggil FAMILY OUTING kalau korang nk tahu ..ia dak??..

Ingat dulu time belajar kat U, majoriti kawan-kawan duk tengok benda nie. Katanya best, bolehlaa nk wat ilang stress .. Tapi waktu tue saya tak terkutik langsung nak tengok FAMILY OUTING nie..saya dengar jer kawan-kawan dan rakan serumah saya duk gelak-gelak bile tengok benda nie..saya buat tak layan jelah..saya macam tuelah..

Tapi..tetiba satu hari tu, saya ter'download' la ianya episod 1 dan try tengok...owesomee jugak laa...buleh la wat layan nak ilang serabut kat tempat kojor (tapi ingat jangan leka dahlaa ea)..saya layan gitu-gitu jelah..santai-santai, suke-suke..

Sekarang baru saya tahu betul laa kata diorang, FAMILY OUTING nie kelakar..lucu..sempoi...

p/s:dulu tak nak tengok.sekarang baru tengok..org dh tak tengok dah..huhu

Bawah nie link untuk sapa-sapa yang nak dunload dan tengok secara on9 pun buleh:
http://www.dailymotion.com/user/kezokezokezo/7


Tuesday, February 18, 2014

SELEKEH VS ZUHUD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..


Apa yang korang terfikir bila tengok kasut nie..hihi..






















Nie kasut saya beli kat South city (ia dak nama tempat tu,saya pun dah tak ingat,huhu) ,kasut nie saya beli sebab nak g temuduga. Alhamdulillah dah 6 bulan pakai, ianya masih elok lagi hingga loonie.

Cer teka brape yal saya beli nie??..ianya RM15..sungguh banyak jasa dia kat saya. Walaupun dia kelihatan uzur dah tapi saya takde pun lagi nak tukar ganti yang lain.
Mesti orang yang tengok saya pakai nie fikir saya selekeh kan. Pakai kasut buruk,padahal boleh sangat nak beli yang baru. Itu pikiran orang,berbeza dengan saya. Saya masih pakainya bukan sebab saya selekeh. Tapi sebab ianya masih elok dan molek lagi.

Zuhud (bersederhana) laa sikit...jangan nak membazir. Buat ap nak membazir pada kepuasan yang memang tak dapat kita penuhi. Ye dalan teori ekonomi pun ada cakap yang kepuasan manusia melebihi keperluan.

Jadi, memangnya kita tak kan dapat penuhi kepuasan kita tu yang memang tinggi. Maka, bagi saya cara saya, saya zuhudkan diri saya. Saya minimakan pembelian barang-barang dan memaximunkan penggunaan barang yang saya beli.

Saya tak kisah orang nak cakap saya nie selekeh ke apa ke. Biarlah, manusia memang kita tak dapat nak katup mulutnya. Biarlah dia dengan mulut dia. Yang penting kita nie. Jangan terikut sangat dengan mulut mereka.

Ingat kawan-kawan zuhud dengan selekeh tak sama ya...

"Jangan sibuk bergaya,sampaikan yang wajib tak dipenuhi...."


USAHAWAN ILMU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SALI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM wbt...


ILMU pelita hidup..

Setiap dari kita akan dan mesti ada cita-cita masing. Ada yang nak jadi doktor,angkasawan,cikgu,perdana menteri dan banyak la ha...

Begitu juga saya...nak jadi usahawan. Niat saya bukan untuk mengejar wang,harta,nama dan pangkat. Tapi untuk berdakwah,menyebar agama kita dan menyebar ilmu yang saya tahu. Kongsi apa yang patut dengan cara saya.

Cita-cita tu sampai ke hari nie saya pegang dan makin lama makin ingin saya kejarkan. Usahawan yang saya maksudkan bukan duk berniaga,duk menghasil barang-barang semua tue. Saya punya nie lain sikit. Saya nak jadi usahawan ilmu caranya dengan menulis. Ye menulis...

I want to be a writer.

Itu impian saya, saya nak jadikan tulisan-tulisan saya  sebagai barang dagangan saya dalam mengejar cita-cita nak jadi usahawan dalam bidang ilmu. Jadi..untuk menjadi penulis,bakat kena ada ilmu kena mantap. Baru lejen der....huhu..

Akhir-akhir nie banyak buku saya beli,saya baca. Tak cukup buku, saya g kat internet saya godek cari ilmu yang perlu saya kaji. Itulah cara saya untuk mengejar mimpi yang belum tercapai.

Yeah...usahawan ilmu suatu hari nanti...

Inshaa Allah...

"Bermimpilah! Kerana kejayaan itu mulanya dari mimpi.."

JANGAN PUTUS ASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

First sekali...
click video bawah nie, 
tengok pe benda video tu....



Dah tengok kan, camne?..rasa ter'motivate x?

..Allahu..Allah..

cuba bayangkan kalau kita berada ditempat dia, adakah mampu kita setabah itu?
Dia yang tidak sempurna namun sentiasa senyum saja..

Bila kita REDHA dengan takdir kita, apa saja dugaan kita, tak pernah akan kita putus asa. 

Walaupun perit macamana sekalipun, kena hadapinya dengan tabah. Jangan melemah dan putus semangat.

Ingat bila kita rasa lemah dan kus semangat cuba ingat akan ada lagi orang yang lagi berat ujiannya dari kita. Cuba kita preview balik imbas kembali akan kesusahan orang lain yang pernah kita lihat dengan pandang mata kita.

Inshaa ALLAH kita akan KUAT!



Monday, February 17, 2014

DIMANA PERGI ILHAMKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Huhuhu....

Dimana la pergi ilham dalam jiwa nie, dulu selalu gak saya menulis puisi-puisi..
kalau korang scroll down balik post lama-lama korang akan jumpa,
puisi-puisi yang saya 'lukis' dulu kala..
sekarang nie entah kemana perginya ilham tue..
saya pun tak tahu kemana ia hilang..dah tak nak singgah dah.. :(

Best tau tulis puisi nie kalau korang nak tahu, tak tahu nak cakap camne sebab hanya orang yang faham tentang puisi nie akan tahu kenapa saya cakap best..



Saya ada jugak hantar cerpen,puisi-puisi di majalah dan kat online pun ada. Tapi, mungkin nasib kurang baik kot. Tak disiarkan..huhu..

But...nie cerpen pertama saya disiarkan di penulisan2u ..
Tajuk cerpen nie YUSUF & ZULAIKHA...
banyak kurangnya cerpen saya nie...
maklumlah masih baru mencuba..huhuhu


selamat membaca.. :-/

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Bertemu lagi…semoga sihat blakow-lakow..
Hari nie saya nak kongsi dengan korang info penting nie..
semua patut amik tahu taw…

Iaitu makanan kegemaran Nabi kita RASULULLAH SAW…
Kita patut kena tahu la benda nie, bile dah taw jadikan sebagai rutin dalam hidup kita..Makanan kegemaran Baginda banyak,tapi ini antaranya laaa…



1)Barli – bagus untuk demam jika dibuat sup

2)Kurma – Nabi Muhammad saw berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3)Buah Tin-Buah dari syurga, boleh mengubati buasir

4)Anggur-Nabi sangat suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut

5)Madu-Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panaa, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum waktu pagi bersama air suam.

6)Tembikai (segala jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya

7)Susu-Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak dan memperbaharui pandangan, juga membuang kelupaan.

8)Cendawan-baik untuk mata, perancang keluarga

9)Minyak zaitun-Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut

10)Delima-membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari


11)Air-Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk, jika diteguk mudah mendapat sakit pada hati. 


Ini saja antara makanan-makanan kegemaran baginda..segala perkongsian nie saya dapat pun melalui perkongsian kawan-kawan...

Jom kita amalkan untuk diri kita! banyak khasiatnya kan...

ok..wassalam..

Friday, February 14, 2014

THE WEDDING BREAKER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.


THE WEDDING BREAKER telah diadaptasi film dalam slot akasia yang bertajuk ARIANA ROSE. sapa tak tahu??..hihi..semua tahu kan..baru semalam 13/2/2014 episode lastnya..citer nie boleh la kalau nak layan petang-petang pas balik kije tu tapi jangan lupa maghrib first k, sebabnya bukan ape, cite slot akasia nie main kul 7 malam, waktu tue laa setan tengah duk berkeliaran duk mengampu-mengampu kita supaya terleka dengan benda-benda hiburan macam nie. (huhu..sebab saya pun kadang-kadang terleka gak duk tengok benda alah nie kat TV3..sedar-sedar dah nak kul 8..huhu)..

 Korang kalau nak lebih faham apa motip citer nie sebenarnya, baik korang baca novel dia. Baru korang akan faham apa yang cuba disampaikan oleh writers sebenarnya. sebab..citernya kat TV tue dah banyak lari sikit. Nak wat islamic tapi dah tak islamic plak..huhu..

Awal-awal novelnya nie ok la not bad..citer bagaimana kecekalan seorang wanita yang telah dinodai bangkit semula meneruskan hidup walaupun terkadang peristiwa hitam itu menghantui mimpi-mimpinya. ARIANA seorang insan yang berdosa tapi insaf dosa-dosanya, dan menerima takdir dengan cekal dan kuat, itu yang nak disampaikan penulis bagaiamana dia tabah mengharungi hidup dia walaupun dalam keadaan tertekan. Hanya berlandaskan dia nie seorang hamba insan milik ALLAH penciptanya. 

Dosa itu seperti paku yang diketuk pada tiang. Apabila dia bertaubat, ibarat paku itu dicabut dari tiang. Satu per satu... Tapi kesan dan lubangnya tetap kelihatan pada tiang. Sama seperti dosanya [page 455]

Banyak pengajaran yang ingin disampaikan dalam buku nie, kena baca dua tiga kali baru korang akan faham pe motip sebenarnya. Bukan lebih pada cinta-cinta semata-mata, tapi more pada bagaimana seorang insan boleh mendekatkan diri pada TUHAN dia apabila keinsafan sudah datang menjengah. Itu watak ADAM. Hanya dalam novel korang akan faham watak sebenar ADAM, dalam filem ia lari sikit (bukan sikit la, banyak).. baca laa tak rugi, boleh ambil ilmu. Ingat kawan, kita baca buku @ novel ke, jangan duk terapung sangat dengan fairytale cinta-cintun dalam tue, cuba amik ilmu yang ingin disampaikan, niatkan dalam hati kerana itu.

Cuma satu..saya tak berapa suka novel-novel yang nak jugak citer hal-hal dalam bilik. Saya rasa tak patut la kot sebab peringkat umur yang baca novel nie majoritinya dari budak sekolah menengah lagi, itu yang kurang sesuai, ini bagi saya la...Last part novel nie kurang sikit bagi saya after diorang kawen macam fairytale sangat duk menceritakan kebahagian diorang macam tak berapa nak logik pun ada, then yang saya tak berapa setuju bila ARIANA nie tak langsung nak mengenali bakal suaminya, hanya dengar suara from call ADAM dan ceramah-ceramah pendek ADAM tue membuat dia terus terpikat...huhuhu...ok done untuk critism.!!

selamat membaca ya semua!!


[SINOPSIS THE WEDDING BREAKER]


“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.” 
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya? 
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

VALENTINE'S DAY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.



Sepertimana yang kawan-kawan tau dah kan, hari  14/2/2014 merupakan hari yang diagung-agung oleh puak-puak Kristian iaitu hari mereka mengingati kekasih la konon-konon.  Jangan kita umat islam duk tiru jugak ea, konon nak sambut hari bahagia bersama kekasih dengan mengadakan party bagai la segala benda untuk meraikan. Astaghfirullah alazim..jangan terikut-ikut sangat ye dengan budaya barat nie, naya-naya..ngucap panjang semua…..

Ok..di sini saya ada sedikit perkongsian nak share ngan korang pasal Valentine’s Day nie..

Baca yang kat bawah nie kawan-kawan,


Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. 

Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w: 
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”                       
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”                                                   
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Konklusinya yang dapat disimpul berdasarkan keterangan di atas adalah : HARAM
saper-saper yang nak tahu lebih lanjut asal usulnya ada Valentines day  nie blh baca sini http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Kasih_Sayang

Hati-hati ye semua, jangan kita duk terikut sama dalam jerat social budaya barat nie, jangan terlampau fanatic sangat nak realisasikan budaya pandang ke sana, xde pekdahnya laa....

Allahu..Allah…

Ok..c u again..

Thursday, February 13, 2014

FIXI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt.

huhu (dah kenapa tetiba..huhu..)


Macam pelik jer baca tajuk tue..FIXI..pe kebenda FIXI tue..dulu masa duk UM dulu ad gak orang duk cakap sal FIXI nie..kita buat derkk jer..buat donno jer, dah tu baru-baru nie secara tak sengaja terjebak dengan dunia FIXI...FIXI nie kalau korang nak tahu ia name sejenis kuih, kuih kelantan..haha..tipu jer.. FIXI nie sebuah syarikat novel urban kontemporari Malaysia.. publisher baru yang tengah naik sekarang.. try la tanya pakcik GOOGLE nak tahu lebih details sal FIXI nie...

Ok dah..saya bukan nak cakap pasal syarikatnya pun.. 


Nak cakap sal buku-buku FIXI..dulu saya nie buleh laa dikatakan penggemar novel, tapi bukan dari FIXI tapi dari ALAF21..yoolaa itu zaman remaja kita baru nak naik katakan, minat-minat nak baca novel cintan cintun bagai la hai..itu dulu sekarang lain..(aku yang dulu bukanlah yang sekarang)..


Tiba-tiba la kan...pada suatu hari tertengok buku FIXI yang budak rumah punya. Apa lagi mintak la nak pinjam baca sebab nampak macam comel jer. Then saya pun baca la...baca... baca... dan terus baca.. resultnya, wow!! ..so amazinggg..memang bagus..bagus kenapa?sebab ia buku FIXI ..dah tu kenapa lak?..takde pepe..huhu..




Nie buku FIXI first saya baca..KELABU by Nadia Khan..superbb..novelnya tak berat tak ringan,..ia santai..boleh dibuat ulam santapan hidup kita..buku yang banyak benda yang disampaikan oleh writers, banyak perkara kita buleh kutip buat tatapan hari-hari mendatang. Buku nie memang awal-awal tu macam kisah cintan-cintun (ini yang tak suka bab-bab cintan cintun, i hate!!), tapi dah tengah-tengah tue macam lain macam jer. Nie mesti ada yang tak kena..itulah ayat duk main kat kepala ni masa duk tengah-tengah baca buku nie. huhu..


Baguslah buku nie..ia sebenarnya kisah sexuality dalam kalangan umat manusia zaman sekarang nie. Dalam buku nie, ia tunjuk bagaimana dan kenapa someone tue buleh terjebak dan akibatnya nanti. Best r..cara olahan citer-citernya tue macam boleh buat kita berfikir, bukan main telan jer sutir-sutir (itu yang adventure buku FIXI nie)..Lepas baca buku nie..saya tertengok pulak ada 3 buah FIXI tergolek atas rak tepi tv..hihi..pe lagi..rembat baca..tapi itu semua kumpulan cerpen yang dibukukan (by Shaz Johar, Nadia Khan dan Khairulnizam Bakeri.antara best writers FIXI)...hmm..hmmm...dah ketagih FIXI sekarang, naya laaa..yang paling saya suka sal FIXI nie, novel-novelnya guna ayat-ayat slenga,celupar,critism,bahasa idup zaman sekarang dan  SARKASTIK..hihi..itu yang unik FIXI nie barangkali..apa-apa pun saya dah jatuh cinta kat FIXI dah..

Ok..leytih nak ngulas dah..
k..jupe lagi kengkawan!!



[sinopsis KELABU]
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU. 



OH KERJA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt.

Today we talk about KERJA..
OK…listen…listen!!(tetiba tringat DR ABBUL QUASEM fak eco UM, nie trademark dia..huhu)


Mulia dan Ikhlas.


Sebenarnya …..mulianya Sesuatu pekerjaan tu bukannya terletak pada keje apa yang kita lakukan samada DOKTOR ke, POLIS ke, PEGUAM ke, PEGAWAI ke atau USTAZ ke. Bukan juga pada pangkat yang kita miliki samada PENGURUS ke, KETUA UNIT ke, CEO ke, PROFESOR ke, AHLI TERTINGGI ke. Apatah lagi dengan gaji yang kita dapat samada 2K ke, 3K ke, 4K ke,10K ke atau 50K ke..semua diatas tue bukan jaminan pun kerja yang kita buat tue mulia ke tidak. Bergantung pada bagaimana kita lakukan kerja kita. Senang citer cara dan perlaksanaan kita doing our job tuu..IKHLAS ke tidak kita lakukan kerja tue. Bile kita buat kerja kita dengan IKHLAS inshaa ALLAH kita akan dapat rasa yang kerja kita lakukan tue penuh kepuasan, sebab apa??..sebab disitu terletaknya kemulian kerja yang kita buat tu. IKHLAS. Bila kita lakukan apa-apa dengan ikhlas, inshaa ALLAH kita takkan kisah kita nie kerja apa. Buat pe kita nak kisah sebab semua kije sama ajer, enggak de bezanya, disisi ALLAH SWT pun takde beza semuanya la haa…Bila kita ikhlas kita takkan pikir berapa yang kita dapat sebab semua tue tak menjamin apa-apa pun. Dapat banyak tapi buat kerja tak pernah nak ikhlas awk pikir apa yang kita dapat balasannya kat sana?.


Kerjasama


Apa yang penting? Kerjasama!!..tengok geng binatang pun tahu yang kerjasama tue penting. Kita manusia takkan tak nak amik tahu. Tapi masalahnya , reality sekarang nie, kalau kerja sikit-sikit nak ikut pangkat yang dimiliki. Seorang CEO takkan kekal dikerusinya kalau takdenya kuli-kuli biasa kat bawah tu haa.. Seorang DOKTOR tak boleh buat pembedahan kalau tak ade jururawat yang duk kulu kilir bawa semua peralatan semua. Seorang MANAGER takkan dapat siapkan tender-tendernya kalau takdenya staff-staff bawah yang duk hempas pulas siapkan projek semua. See!!..semua bersangkut kan. So, itu dia kerjasama. Bila dalam hati nie ada semangat kerjasama dalam bekerja kita akan lakukan apa-apa pekerjaan dengan senang, mudah dan cepat. Toksah la kita duk terbawa-bawa dengan pangkat kita tu, tak kemana la bhaii..Tolak tepi buh dalam poket la pangkat tue, konsep dalam bekerja kita kena KERJASAMA itu aje yang boleh buat kita bekerja dalam keadaan relaks, santai dan tak serabut. Tak caya??..acu try wat la..


Give and Take


Konsep kita bekerja kena ada ‘give and take’..(omputih la plak, sebab tak tahu nak cakap kok malaynye apa..huhu)..susah kalau kita kerja takde konsep nie. Asyik-asyik nak take jer pandai, give tak nak pum. Kesian la der kat orang. Kita human kena la fair, jangan main take taknak give. Yang nie lebih kurang kerjasama la konsep dia, tapi bunyi advance sikit ‘give n take’. Bila nak buat apa-apa kita kena sama-sama la ‘give’ penyelesaian, ‘give’ komitmen dan jangan lepas tangan. Itu yang baru boleh nak take, baru orang senang nak bantu kita bila kita ringan tulang dan selalu give kat orang. So balasannya orang bagi kita take dengan mudah apa yang kita nak. Kan kita satu kapal satu bahtera (tempat kerja) , so sama-sama kita tolong menolong la Antara satu sama lain. Jangan guna kongsep, “kerja ko, ko la yang buat, kerja aku, aku yang buat”. Tolonglah, jangan guna konsep tue. Please…


(ok..sapa tak faham yang nie, faham-faham sendiri la ye..haha..ayat simpul-simpul sikit)..

ok..ini saja bual kita pasal KERJA..

c u again!!

Saturday, February 8, 2014

JODOH BERDUA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..

JODOH BERDUA - HAFIZ HAMIDUN



Sapa tak suka lagu nie??angkat tangan cepat!..hihi...semua suka kan?.
Lagu nie fuhhh...banyak maksud yang mendalam yang disampaikan..
saya suke..saya suke (gaya Mei mei..)

Sape-sape yang tak pernah dengar, dengar la...  Feed your soul with this song,
sangat kena pada hati-hati yang memendam rasa ingin berpasangan tapi tiada bayangan lagi yang muncul dihadapan. Bersabar kawan. Kita tak keseorangan, ALLAH ada sentiasa. Dia yang menetapkan segalanya, maka pada DIA kita meminta. 

part nie saya paling suke,

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Kita semua menyimpan rasa ingin bertemu dengan pasangan kita, tapi sampai ke hari nie kita tak jugak jumpa-jumpa. Bayangannya pun tak muncul-muncul, inikan pulak orangnya. Rileks brader rileks..Rileks dik kakak Rileks...

Kawan semua, jodoh kita ALLAH SWT dah tetapkan da..



Jadi jangan kita duk rungsingkan yang kita masih single-mingle nie. Eh baguslah!. anda bebas dari couple yang banyak buruk dari baiknya lahaiiii...Tak payah risau ok kawan-kawan semua. Masa nie la untuk kita update,upgrade diri kita untuk menjadi bakal Zauj @ Zaujah yang soleh solehah. Persoalan, sudah bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri atau suami?.hang gatal nak kawen tapi hang ilmu agama tak cukup ag, macamne hang nak pimpin anak bini nanti. Hah cmne?..dah sedia? kalau kita rase diri kita sudah bersedia, ALHAMDULILLAH, dah boleh slow-slow suh mak atau ayah carikan. Kalau dirasakan diri kita belum lagi bersedia, takpe. Masih ada masa untuk kita persiapkan diri. 



Ingat kawan, "bila kita siap, jodoh akan sampai"..maka, bersungguhlah kita untuk persiapkan diri kita nie. Jangan kita duk risau kita calon takde lagi, duk pikir yang tue jer manjang, sampaikan kijer tak terbuat, rungsing sangat pasal tu. Tapi kenapa tentang persiapan diri anda tak kita risau dan rungsingkan. Yang tue sebenarnya perlu kita risaukan kawan-kawan. Persoalan calon tue kita letakkan pada ALLAH SWT, DIA yang akan ketemukan nanti untuk kita. Tugas kita, cari ILMU cukup-cukup buat diri kita dan 'bakal' nanti.



Masjid yang ingin dibina memerlukan IMAN dan MAKMUM yang cukup arif tentang ilmu, jika cukup semuanya berada dalam dada, Inshaa ALLAH masjid yang 'bakal' kita bina akan sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Tugas yang menanti untuk kita memimpin 'bakal' umat MUHAMMAD SAW yang dianugerahkan pada kita kelak akan lebih teratur dan barakah. Jadi, mari kita sama-sama mengejar ilmu (agama) untuk persiapan kita di masa hadapan. Jangan rungsing tentang 'bakal' suami @ isteri yang tak muncul-muncul, rungsinglah tentang diri kita nie sudah bersediakah untuk menjadi 'bakal' suami @ isteri nanti. 

Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir 

credit to : HAFIZ HAMIDUN .. lagu yang cukup bagus untuk jiwa dan hati kita. 

Friday, February 7, 2014

BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..





"Janganlah pakai pakaian macam telanjang. Nak sangat tak pakai baju, 
tunggulah di padang Mahsyar.."

+syabab musafir kasih





Berpakaian tapi telanjang. Elok ajer lengkap berpakaian, tapi masih menampakkan lentuk likuk semua yang ada. Elok ajer lengkap seluruh badan bertutup, tapi nipisnya lahai nampak semua berapa jenis apa yang ada..Astaghfirullahalazim...


Sebenarnya semua dah tahu kan apa yang dituntutkan oleh syariat islam, tapi kenapa?..kita tahu tapi masih tak nak ambil peduli, tapi kenapa? kita tahu tapi masih tak kesah, tapi kenapa? kita tahu tapi buat-buat tak tahu. kenapa?? Allahu..Allah..

Baca nie:

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”,serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (HR, Al-Bukhari)

Mengapa kita tak nak ikut mereka?. wanita-wanita Muhajirin yang mengoyakkan apa saja kain yang ada di sekeliling mereka untuk menutup apa yang tidak tertutup. Itu mereka. Kita nie lebih pada mampu, tak payah la nak koyak bagai la haiii...berlambak jual kat pasar malam kat mana-mana tu haa..berlambak jual kat jalan Tar Masjed Jamek tue ha..Tak payah la nak buat alasan la haii wahai saudara seislam kusemua. 


Baca nie:

Bahawa Asma’ binti Abi Bakr (kakaknya) bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (HR Abu-Dawud)

Fahamkan maksud hadis tue? tapi mengapa kamu buat-buat tak faham. Masih lagi tak hiraukan. Kamu tak sayang diri ke?. asyik duk pamerkan apa yang ada pada diri buat tatapan umum, mengapa dik? mengapa kak?. Kamu nak jadi macam barang-barang kat kedai-kedai tu ke yang orang pamer 'lawa-lawa','seksi-seksi' biar 'pembeli' tergoda. Kamu nak ke sebelum 'dibeli' orang sentuh-sentuh dan belek-belek dulu. Tak nak kan?. so kenapa kamu masih seperti begini dan begitu lagi. Allahu. Allah..

+Imam Muda Najdi cakap: Kalau lah membuka aurat itu cara untuk menggoda, jangan terkejut kalau anda ditinggalkan oleh insan anda sayang sebab membuka aurat. 

Kamu nak ke ditinggalkan?. tak nak kan...

Wahai saudari-saudari seislam seagama dengan ku. Tutuplah aurat kamu sebaik-baiknya, seelok-eloknya kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak. Biar orang nak kata kita nie ketinggalan zaman sebab tak ikut fesyen semasa, biarkanlah diorang nak kata kita out to date sebab selalu tak update dengan perkembangan moden. Biarlah semua tue. Biarkan.. asalkan kita sentiasa update diri kita dengan mendekatkan diri pada TUHAN kita pencipta kita ALLAH yang ESA. 

Malulah pada ALLAH, dia ciptakan hamba-hambanya semua cantik-cantik belaka. Tapi mengapa kita nak merosakkannya dengan mencalit apa yang tak kena di muka-muka kita, kita yang merosakkan diri kita dengan membalut diri ketat-ketat, sendat-sendat seluruh badan dan menampakkan apa yang ALLAH suruh sembunyikan. Mengapa? . Duit ringgit beratus-ratus mampu beli beg-beg berjena bagai, tapi nak beli sehelai baju yang tebal-tebal tak mampu, duk pakai jugak yang nipis-nipis tak cukup quality benang tu. Allahu..Allah..


Meh semua kita pakat beki diri kita...masih ada masa..

Ok..C u again....

p/s: Saya pun bukan insan sempurna, tapi saya try cuba untuk menjadi yang lebih sempurna di sisi DIA mengikut kehendak-NYA. Kita hidup di dunia DIA, maka kena ikutlaa segala peraturan-peratun yang DIA tetapkan. 


Thursday, February 6, 2014

MENGAPA KAU MENEGUR AKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Bertemu lagi ia semua..saya doakan sihat semua ya..

ok, let's begin..

"Mengapa kau menegur ku?" tanya seorang pendosa.
"Kerana aku juga seorang pendosa. Aku tahu betapa resahnya akibat dosa,"jawab ku.

Kita di dunia nie hidup umpama satu kapal semua. Mana salah dan silap sama-sama kita perbetulkan. Bila kita nampak dosa di depan mata, takkan kita nak biarkan ajer ia. Tegur setakat mampu. Kalau tak boleh dengan lisan, dengan perbuatan boleh, kalu tokleh jugok tegurlah dengan hati. Inilah dia amal makruh nahi mungkar. Kita hidup bermasyarakat sama-sama la kita tegur antara satu sama lain. Tapi an...mesti ada punya la bila kita tegur ada ada yang terasa, sentap dan mula la kata kita nie suka bagi kritik kat diorang la apa la. Biarlah kalau orang nak bantai kita balik bila kita tegur kesalahan dan kesilapan dia. Janji kita dah lepas tanggungjawab kita sesama insan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk DIA. 

Pernah tak bila korang tegur or kritik someone an, then dia cakap gini, "tak payah nak jaga tepi kain orang boleh tak?".."ikut aku r, kubur masing-masing kan.." . Aduhai kesian la bila kita kena balik an. Pulak tue dengan kata yang sentap-sentap macamnie. "Tak payah nak jaga tepi kain orang boleh tak?, ahaha..faham tak sebenarnya apa maksud ayat nie wahai pengguna budiman? Maksudnya, kita tak bagi orang tue jaga atau hirau pasal kita atau diri kita. Maknanya, orang tue nak idup sorang-sorang gamaknya, tak mahu hidup bermasyarakat. kalau macam tue, p la duk planet lain, tak payah duk sini la hai..Bila kita tegur sikit nak marah, nak sentap. Laa..awak tak tahu ke saya tegur awak sebab saya sayang awak. Awak kan kawan saya, saya nak kita masuk syurga sama-sama taw.

"Ikut aku r, kubur masing-masing kan.." ..ok ayat nie lak?..faham..ahaha..cukup femes, bila kite tegur terus di jawab macamnie. Alahai, kalau dah awak cakap macam nie, nanti bila awak dah died nanti sila korek la sendiri kubur awak tu, pahtu tanam sendiri. Memang kubur kita masing-masing tapi kita satu bumi dalam tanah yang sama. Jadi maknanya kita sama-sama kongsi apa yang ada di muka bumi nie, kita kena la sama-sama take care la diri kita each other ok. 

sesungguhnya dosa membuat dosa itu perit, itu yang saya suka tegur awak dan saya suka awak tegur dosa-dosa saya. Kadang-kadang saya tak nampak dosa-dosa saya, hanya awak-awak sekeliling yang nampak semua tue. Itunya fungsi kita hidup bermasyarakat, untuk sama-sama bermuafakat dalam dunia sejagat. Iya dak?

Ok..c u again!!





Tuesday, February 4, 2014

ISTERI SOLEHAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Kali nie saya nak share copy paste  ilmu yang saya dapat baru jap tadi dalam blog yg saya baca di  http://myibrah.com/ . Entry nie khas untuk para muslimah yang impikan menjadi solehah disamping suami tercinta, nak tanya sapa kat sini tak impikannya??. semua impikannya termasuklah saya.. Walaupun saya bukan lagi bergelar status 'zaujah' tapi tak salahkan kalau nak share, mak kata ilmu tak de batasnya, so segala bentuk ilmu tu boleh diambil manfaat untuk diri kita. Inshaa Allah berguna...

Selamat menbaca!!


Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.
Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.
Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menukeharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang diluar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi“Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau:“Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
COPY PASTE FROM : http://myibrah.com/
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."