Followers:

Friday, June 29, 2012

JUST 1 WORD I CAN SAY "SUBHANALLAH"


JUST 1 WORD I CAN SAY "SUBHANALLAH"

MUTIARA NUR IBTIHAJ : REDHO

“Redho dengan ketentuan ILLAHI adalah kunci ketenangan diri. 
Pasrah dengan apa yang dicatitNYA. Rahsia DIA tidak kita tahu 
jika tidak kita bersedia mencuba menerima dengan redho hati 
yang terbuka pada apa yang ditakdirNYA...”
        ..NUR IBTIHAJ..


MUTIARA NUR IBTIHAJ : PANGKAT,DARJAT,HARTA

"suatu saat nafas berhenti, jasad kaku diusung ke pusara sepi,
tinggallah pangkat,harta,darjat di dunia berserta tangisan2 insan,
 hanya amal-amalan yang dibawa pergi bersama.."
NUR IBTIHAJ


Wednesday, June 27, 2012

MUTIARA NUR IBTIHAJ : KEJAYAAN

"Usahalah penuh daya untuk menggapai 
keindahan kejayaan, jika kegagalan  jua yang diperolehi, usahlah berduka kerana itu adalah ‘kejayaan’ sebetulnya anugerah TUHAN"



MUTIARA NUR IBTIHAJ : ALLAH YANG SATU


“Berlaku adillah kepada segala perkara kamu lakukan,
hadapkan muka dan hati kamu kepada TUHAN yang ESA,
pada setiap amal ibadah yang dikerjakan. 
Ikhlaskanlah perbuatan itu demi ALLAH yang SATU 
kerana sebagaimana DIA yang telah menjadikan
 kamu pada mulanya, dan pada DIA jualah kamu 
akan dikembalikan pada akhir penghidupan...”


MUTIARA NUR IBTIHAJ : PUTUS ASA

Mengalah sebelum jatuh adalah sia-sia, dan jatuh sebelum berusaha adalah  putus asa

Monday, June 4, 2012

KU CARI KETENANGAN


KU CARI KETENANGAN

Amukan tekanan memuncak memenuhi benak
Terasa terhimpit di celahan serpihan rongga-rongga
Duri kesakitan mencucuk benak terkumpul menembus
Sanubari terseksa memamah sirna cahaya ketenangan
Dirasakan tiada lagi kesempatan keindahan di depan
Pedih amatlah sayu tersayat menggantungi di hati

Dimanakah ketenangan yang kucari-cari?
Kemanakah perginya sirna ketenangan itu?
Oh...masih adakah buat hamba ini?
Dirasa teramat lemah longlai langkah
Percikan kerisauan membekung jiwa
Dimana harus aku gapai semangat itu?
Kemana harus aku tuju langkah longlai ini?

Ya ALLAH...pinta daku ketenanganMU..
Ya ALLAH..mohonku cahaya sirnaMU..
Ya ALLAH..pinta daku kesabaran berpanjangan..
Ya ALLAH..mohonku dianugerahi petunjukMU..
YA ALLAH!!..HAMBA insan lemah, lagi kerdil...
YA ALLAH!!..HAMBA insan hina penuh cacat cela..

YA ALLAH...YA ALLAH...YA ALLAH...

NUR IBTIHAJ (N.H.G) : 04062012
01:48AM|ISNIN|14 REJAB 1433|
FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN,
UNI MALAYA,KL

Sunday, June 3, 2012

NYALAKANLAH OBOR UMMAT INI !


Sajak dr As Syahid Syed
Qutb sebelum beliau ke tali
gantung kerana fitnah rejim
Jamal Abdul nNsser..


NYALAKANLAH OBOR UMMAT INI !

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini

Dan ……

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

KEPADA SIAPA RINDU INI KUSERAHKAN


KEPADA SIAPA RINDU INI KUSERAHKAN

Kepada siapa rindu ini kuserahkan ?
Kepada awan ?
Ia tak kan mampu membendung
... Maka rintik lalu deras hujan banjiri bumi
Dan rinduku masih sesakkan dada ini

Kepada siapa rindu ini kuserahkan ?
Kepada lautan ?
Maka ombak, gelombang dan badai
menghadang…
Rinduku tak kan mampu dia tanggungkan

Kepada siapa rindu ini kuserahkan ?
Kepada pepohonan ?
Ranting meranggas, batang memanas
Daun berguguran
Rinduku mampu membakar
hingga semak belukar

Duhai, Tuhan..
Candu rindu pada-Mu
yang Kau tuang di hatiku
Merasuki seluruh relung, hingga sel tubuhku
Maka, hanya pertemuan dengan-Mu
Penawarku..


# Buku: “BIDADARI BUMI” - 9 kisah wanita solehah
# Penulis: Halimah Alaydrus (Indonesia)

TETAMU SENJA



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada

Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

BAHASA RASA


BAHASA RASA

Bergetar rasa hanyutan hati gelodak dijiwa
Menggelegak buih kasih dalam dada
Disimpan kemas biar ia kukuh tertanam
Bersama  embun suci awan memutih
Lafaz tahmid syukur pada ILLAHI YA RABB
Pada rasa bahagia  yang lahir suci buat makhluk TUHAN
Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan PENCIPTA
Ku anyam rasa  ini bersama doa kupersembahkan
Ku pohon kasih NYA agar rasa ini sentiasa memutih
Seputih indahnya  salju bermusim dingin
Jika telah dicipta jodoh olehNYA buat hamba
Ku minta biar rasa ini adalah sebetulnya jodohku
Jika rasa ini bukan milik jodohku, aku REDHA
Pasrah pada takdir ILLAHI jika itu terbaik buat diri
Ambillah angin bawa berlalu pergi bahasa rasa
Jauhilah hanyut biarlah ia selagi ketidakpastian
Yang mengepung didalam hati segenap lapisan
pergilah....pergilah...pergi berlalu!!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
8:48PM|10 REJAB 1433 : 31 MEI 2012
TAMAN BUKIT ANGKASA, KL


BADAI GELOMBANG


BADAI GELOMBANG

Dilambung arus mencengkam arus kesabaran
Terasa dunia gempita merasuk jiwa
Mutiara linangan menemani hari seperjalanan
Semangat kian pudar rapuh menemani
Dibawa pergi bersama kecerahan alam
Terusan kepudaran seiring gulita bersama
Pelangi indah hilang dimamah gerhana suram
Terkapai terkulai diri bersendiri berteman sendu
Masihkah ada hidup itu buatku?
Masihkah ada bahagian itu buatku?
Masihkah ada cahaya itu buatku?

-NUR IBTIHAJ (N.H.G) 7:30MLM|25/5/2012
-STESEN KTM,LEMBAH KLANG


"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."