Followers:

Friday, February 14, 2014

VALENTINE'S DAY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.



Sepertimana yang kawan-kawan tau dah kan, hari  14/2/2014 merupakan hari yang diagung-agung oleh puak-puak Kristian iaitu hari mereka mengingati kekasih la konon-konon.  Jangan kita umat islam duk tiru jugak ea, konon nak sambut hari bahagia bersama kekasih dengan mengadakan party bagai la segala benda untuk meraikan. Astaghfirullah alazim..jangan terikut-ikut sangat ye dengan budaya barat nie, naya-naya..ngucap panjang semua…..

Ok..di sini saya ada sedikit perkongsian nak share ngan korang pasal Valentine’s Day nie..

Baca yang kat bawah nie kawan-kawan,


Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. 

Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w: 
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”                       
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”                                                   
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Konklusinya yang dapat disimpul berdasarkan keterangan di atas adalah : HARAM
saper-saper yang nak tahu lebih lanjut asal usulnya ada Valentines day  nie blh baca sini http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Kasih_Sayang

Hati-hati ye semua, jangan kita duk terikut sama dalam jerat social budaya barat nie, jangan terlampau fanatic sangat nak realisasikan budaya pandang ke sana, xde pekdahnya laa....

Allahu..Allah…

Ok..c u again..
Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."