Followers:

Tuesday, February 18, 2014

SELEKEH VS ZUHUD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..


Apa yang korang terfikir bila tengok kasut nie..hihi..






















Nie kasut saya beli kat South city (ia dak nama tempat tu,saya pun dah tak ingat,huhu) ,kasut nie saya beli sebab nak g temuduga. Alhamdulillah dah 6 bulan pakai, ianya masih elok lagi hingga loonie.

Cer teka brape yal saya beli nie??..ianya RM15..sungguh banyak jasa dia kat saya. Walaupun dia kelihatan uzur dah tapi saya takde pun lagi nak tukar ganti yang lain.
Mesti orang yang tengok saya pakai nie fikir saya selekeh kan. Pakai kasut buruk,padahal boleh sangat nak beli yang baru. Itu pikiran orang,berbeza dengan saya. Saya masih pakainya bukan sebab saya selekeh. Tapi sebab ianya masih elok dan molek lagi.

Zuhud (bersederhana) laa sikit...jangan nak membazir. Buat ap nak membazir pada kepuasan yang memang tak dapat kita penuhi. Ye dalan teori ekonomi pun ada cakap yang kepuasan manusia melebihi keperluan.

Jadi, memangnya kita tak kan dapat penuhi kepuasan kita tu yang memang tinggi. Maka, bagi saya cara saya, saya zuhudkan diri saya. Saya minimakan pembelian barang-barang dan memaximunkan penggunaan barang yang saya beli.

Saya tak kisah orang nak cakap saya nie selekeh ke apa ke. Biarlah, manusia memang kita tak dapat nak katup mulutnya. Biarlah dia dengan mulut dia. Yang penting kita nie. Jangan terikut sangat dengan mulut mereka.

Ingat kawan-kawan zuhud dengan selekeh tak sama ya...

"Jangan sibuk bergaya,sampaikan yang wajib tak dipenuhi...."


USAHAWAN ILMU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SALI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM wbt...


ILMU pelita hidup..

Setiap dari kita akan dan mesti ada cita-cita masing. Ada yang nak jadi doktor,angkasawan,cikgu,perdana menteri dan banyak la ha...

Begitu juga saya...nak jadi usahawan. Niat saya bukan untuk mengejar wang,harta,nama dan pangkat. Tapi untuk berdakwah,menyebar agama kita dan menyebar ilmu yang saya tahu. Kongsi apa yang patut dengan cara saya.

Cita-cita tu sampai ke hari nie saya pegang dan makin lama makin ingin saya kejarkan. Usahawan yang saya maksudkan bukan duk berniaga,duk menghasil barang-barang semua tue. Saya punya nie lain sikit. Saya nak jadi usahawan ilmu caranya dengan menulis. Ye menulis...

I want to be a writer.

Itu impian saya, saya nak jadikan tulisan-tulisan saya  sebagai barang dagangan saya dalam mengejar cita-cita nak jadi usahawan dalam bidang ilmu. Jadi..untuk menjadi penulis,bakat kena ada ilmu kena mantap. Baru lejen der....huhu..

Akhir-akhir nie banyak buku saya beli,saya baca. Tak cukup buku, saya g kat internet saya godek cari ilmu yang perlu saya kaji. Itulah cara saya untuk mengejar mimpi yang belum tercapai.

Yeah...usahawan ilmu suatu hari nanti...

Inshaa Allah...

"Bermimpilah! Kerana kejayaan itu mulanya dari mimpi.."

JANGAN PUTUS ASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

First sekali...
click video bawah nie, 
tengok pe benda video tu....



Dah tengok kan, camne?..rasa ter'motivate x?

..Allahu..Allah..

cuba bayangkan kalau kita berada ditempat dia, adakah mampu kita setabah itu?
Dia yang tidak sempurna namun sentiasa senyum saja..

Bila kita REDHA dengan takdir kita, apa saja dugaan kita, tak pernah akan kita putus asa. 

Walaupun perit macamana sekalipun, kena hadapinya dengan tabah. Jangan melemah dan putus semangat.

Ingat bila kita rasa lemah dan kus semangat cuba ingat akan ada lagi orang yang lagi berat ujiannya dari kita. Cuba kita preview balik imbas kembali akan kesusahan orang lain yang pernah kita lihat dengan pandang mata kita.

Inshaa ALLAH kita akan KUAT!



"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."