Followers:

Monday, August 16, 2010

SETIAP KALI


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..

Hayatilah lagu ini..sungguh membawa beribu kemaafatan,ini adalah salah satu antara lagu favourite saya...

SETIAP KALI-DEVOTEES

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

sekian..wassalam..

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN




"Ya Tuhanku yang Maha Pemurah...

andai ini adalah ramadhan yang terakhir dalam hidup hambaMU ini..
ku harapkan semoga ramadhan ku kali ini lebih indah dari ramdhan ku yang lepas dan jadikanlah bulan ramadhanku kali ini lebih mulia dari bulan2
ramadhan ku yang lepas yang telah jauh meninggalkanku..
kumengharapkan keberkatan dari MU Ya Allah..
..AMIN.."

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..

Apa khabar semua..
saya harap semua sihat hendaknya..Dikesempatan ini EMA nak ucapkan selamat berpuasa kepada para umat islam..Semoga ramadhan kali ini lebih indah dari ramadhan yang lepas..Amin Ya Rabbaalamin..seperti mane yang kita tahu ialah bulan ramadhan adalah bulan yang sungguh mulia dan bulan dimana syetan durjana dirantai dan bulan yang penuh dengan barakhahNYA.
Marilah kita sama2 merebut barakhahNYA di bulan mulia ini.
Terdapat banyak nikmatnya pada bulan ramadhan ini.
Untuk menambahkan lagi amalan kita dan untuk menebus dosa-dosa
kita yang silam dengan menunaikan solat sunat tarawikh
berjemaah di surau-surau berdekatan atau di masjid-masjid berdekatan.
Setiap langkah kaki kita menuju ke surau akan dianugerahkan pahala olehNYA. Yang penting kita ikhlaskan hati untuk melakukan amalan mulia ini hanya kepada Allah
sahaja.

Terdapat beberapa hadis tentang keberkatan,kenikmatan dan keutamaan bulan ramadhan, antaranya adalah:


"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.
a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim] Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793

"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]
Diriwayatkan dari abu hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]


"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

sebenarnya terdapat banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang keberkatan,kenikamatan puase nie, tapi nie saje yang saya letakkan. kalau korang nak tahu lagi surf lah internet erk. EMA harap kita semua dapat menunaikan pose kali nie dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan.

salam ramadhan untuk semua buat kesekian kalinya....
semoga kita jumpe lagi di lain tinta.

..wassalam..









Wednesday, August 4, 2010

..HAPPY KONVOKESYEN..

TAHNIAH SEMUA!!!!!!!!!!!!




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..

Firstly...saya nak ucapkan TAHNIAH!! kepada para graduan yang berjaya memiliki segulung ijazah setelah bertungkus lumus berusaha akhirnya usaha itu tidak sia-sia..pasti anda semua tahu kan sekarang nie musim konvokesyen..kat UM nie pun dah start konvo dah,berpusu-pusu mahasiswa/mahasiswi datang bersama mak ayah dan family masing-masing untuk konvokesyen...Terasa di jiwa saya nak konvo cepat-cepat bile tengok diorang..hehe..tapi insyaallah 2 tahun lagi saya grade la....korang pun saya rasa mesti teringin sangat2 nak konvo cepat2 kan..best woo tengok diorang pakai baju konvo tue,rasa bangga dalam diri sekejap bila pakai baju khas untuk konvo tue..yang pasti mak ayah akan tersenyum panjang lebar nanti bila hari majlis konvokesyen kita..bangga mereka punyai anak yang berjaya ke menara ganding...

Bila sebut pasal konvokesyen nie terus semangat saya naik mendadak untuk bermatian memperjuangkan diri kearah mercu kejayaan..kata orang,"usaha itu tangga kejayaan"...Insyaallah..Tapi kan..selalu terfikir dek otak ligat saya nie,bleh ke tak saya pegang segulung ijazah nanti 2 tahun akan datang,,saya harap rezeki itu milik saya..korang pun saya doakan semoga berjaya kelak..INSYAALLAH....oklah...kita bertemu lagi di lain tinta..

wassalam...

"Tiada kejayaan tanpa usaha...dengan berusaha kejayaan itu milik kita.."
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."