Followers:

Friday, February 7, 2014

BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..





"Janganlah pakai pakaian macam telanjang. Nak sangat tak pakai baju, 
tunggulah di padang Mahsyar.."

+syabab musafir kasih





Berpakaian tapi telanjang. Elok ajer lengkap berpakaian, tapi masih menampakkan lentuk likuk semua yang ada. Elok ajer lengkap seluruh badan bertutup, tapi nipisnya lahai nampak semua berapa jenis apa yang ada..Astaghfirullahalazim...


Sebenarnya semua dah tahu kan apa yang dituntutkan oleh syariat islam, tapi kenapa?..kita tahu tapi masih tak nak ambil peduli, tapi kenapa? kita tahu tapi masih tak kesah, tapi kenapa? kita tahu tapi buat-buat tak tahu. kenapa?? Allahu..Allah..

Baca nie:

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”,serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (HR, Al-Bukhari)

Mengapa kita tak nak ikut mereka?. wanita-wanita Muhajirin yang mengoyakkan apa saja kain yang ada di sekeliling mereka untuk menutup apa yang tidak tertutup. Itu mereka. Kita nie lebih pada mampu, tak payah la nak koyak bagai la haiii...berlambak jual kat pasar malam kat mana-mana tu haa..berlambak jual kat jalan Tar Masjed Jamek tue ha..Tak payah la nak buat alasan la haii wahai saudara seislam kusemua. 


Baca nie:

Bahawa Asma’ binti Abi Bakr (kakaknya) bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (HR Abu-Dawud)

Fahamkan maksud hadis tue? tapi mengapa kamu buat-buat tak faham. Masih lagi tak hiraukan. Kamu tak sayang diri ke?. asyik duk pamerkan apa yang ada pada diri buat tatapan umum, mengapa dik? mengapa kak?. Kamu nak jadi macam barang-barang kat kedai-kedai tu ke yang orang pamer 'lawa-lawa','seksi-seksi' biar 'pembeli' tergoda. Kamu nak ke sebelum 'dibeli' orang sentuh-sentuh dan belek-belek dulu. Tak nak kan?. so kenapa kamu masih seperti begini dan begitu lagi. Allahu. Allah..

+Imam Muda Najdi cakap: Kalau lah membuka aurat itu cara untuk menggoda, jangan terkejut kalau anda ditinggalkan oleh insan anda sayang sebab membuka aurat. 

Kamu nak ke ditinggalkan?. tak nak kan...

Wahai saudari-saudari seislam seagama dengan ku. Tutuplah aurat kamu sebaik-baiknya, seelok-eloknya kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak. Biar orang nak kata kita nie ketinggalan zaman sebab tak ikut fesyen semasa, biarkanlah diorang nak kata kita out to date sebab selalu tak update dengan perkembangan moden. Biarlah semua tue. Biarkan.. asalkan kita sentiasa update diri kita dengan mendekatkan diri pada TUHAN kita pencipta kita ALLAH yang ESA. 

Malulah pada ALLAH, dia ciptakan hamba-hambanya semua cantik-cantik belaka. Tapi mengapa kita nak merosakkannya dengan mencalit apa yang tak kena di muka-muka kita, kita yang merosakkan diri kita dengan membalut diri ketat-ketat, sendat-sendat seluruh badan dan menampakkan apa yang ALLAH suruh sembunyikan. Mengapa? . Duit ringgit beratus-ratus mampu beli beg-beg berjena bagai, tapi nak beli sehelai baju yang tebal-tebal tak mampu, duk pakai jugak yang nipis-nipis tak cukup quality benang tu. Allahu..Allah..


Meh semua kita pakat beki diri kita...masih ada masa..

Ok..C u again....

p/s: Saya pun bukan insan sempurna, tapi saya try cuba untuk menjadi yang lebih sempurna di sisi DIA mengikut kehendak-NYA. Kita hidup di dunia DIA, maka kena ikutlaa segala peraturan-peratun yang DIA tetapkan. 


Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."