Followers:

Wednesday, October 15, 2014

SIAPA YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL ESP? SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL ESP

BISMILLAH

ALHAMDULILLAH..

Next entry untuk hari ini..hihi

siapa yang tidak boleh mengambil ESP?dan siapa yang boleh mengambil ESP?

Attention!!
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memprose protein sahaja yang tidak digalakkan untuk mengambil ESP..




ESP sesuai untuk semua lapisan:
  1. Ibu-ibu yang sibuk : ESP membantu memberi tenaga berpanjangan badan lebih sihat dan kekal cergas.
  2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran anda pada setiap pagi mampu memberikan anda rasa kenyang untuk masa yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat. Tak usah lagi makan nasi lemak pagi hari!!
  3. Ibu-ibu yang menyusu anak : membantu memperbanyakkan dan mengekalkan perahan (suapan) susu disamping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
  4. Pesakit yang kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras gula (glukosa) dalam badan
  5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu gebas dan berseri untuk tatapan insan 'tersayang'..hihi
  6. Untuk semua orang yang ingin kekal sihat sentiasa..inshaa ALLAH..




 Uolls..
Perlu ingat bahawa dalam kita mengambil suplimen, jangan pikir yang 100% kita akan dapat apa yang kita inginkan dari suplimen tersebut, suplimen ini untuk membantu serba sedikit dan membaiki apa yang boleh 'dibaiki' olehnya. Jadi, selebihnya hanya TUHAN yang akan menentukan. Tapi, untuk bertawakal dan berserah padaNYA, perlu kita ikhtiarkannya terlebih dahulu, ia kan?? 

salam..

Jumpa lagi .. 

(^_^)



MAGICAL ESP

BISMILLAH..

ALHAMDULILLAH..

Sihat-sihat semua ye.. Hari ini saya nak kongsi serba sedikit tentang 'magical ESP'..wow!!..bunyi macam best jer kan..hihi..

Uolls..sekiranya hanya ada satu pilihan untuk korang mengambil suplimen, bermulalah dengan shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata sebuah bangunan. Kukuh batu batanya maka kukuhlah bangunan itu.  Selain daripada itu banyak kebaikan ESP nie yang perlu korang tahu. Antaranya:

  • Awet muda
  • Bekal tenaga
  • Untuk stabilkan hormon
  • Pembetukan semula kulit dan otot 
  • cepat sembuhkan luka 
  • Pudarkan parut (stretch mark bagi wanita)
  • Baiki rambut daripada cepat beruban
  • Bina otot, kuku, rambut, darah dan organ dalaman
  • Cegah insomnia
  • Baiki pigmentasi, kedutaan
  • Dorong rangsangan seksual
  • Cegah stress
  • Baik untuk prostat (lelaki)
  • Cegah migrain
  • Agen anti-penuaan
  • Untuk pejalkan otot tetutamanya bagi yang turun berat badan
  • Rendahkan paras kolestrol
  • Cegah  risiko osteoporosis & sakit jantung
  • Baiki masalah keguguran rambut
  • Milk booster
  • Anjalkan payudara
  • Cantikkan & gebukan kulit
  • Kuruskan badan (memberi asa kenyang) 




MAGICAL ESP!!!




Pilihan ditangan anda..kami sebagai SID tak pernah paksa anda untuk membeli dan mencuba. 

Feel free to get this, if u think ESP make you perfect!!

salam..

jumpa lagi 

(^_^)

Friday, October 10, 2014

SALAM JUMAAT

Bismillah..
Alhamdulillah..

Salam jumaat semua para sahabat semua..

Hari jumaat penghulu segala hari, Barakallah semuanya terhimpun untuk satu minggu kita dan segalanya terhimpun berakhir pada hari ini, hari jumaat :) moga semua berada dalam rahmat dan inayah ALLAH SWT..

Aaminn...


Thursday, October 9, 2014

ESP (Energizing soy Protein)


Bismillah..
Alhamdulillah..

Pe khabar semua..moga sihat cergas ye...

Kali ini saya nak bicara tentang ESP.
Tahu tak apa itu Esp atau nama penuhnya Energizing Soy Protein???

                             

                                                        Ha...tu diaaaa ESP...
                                                        (Lihat gambar atas)


Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti millo, horlicks dan sebagainya..


Kawan-kawan kalau korang nak tahu Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI
  


 
                                                   Perbezaan ESP dengan soya lain

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)
2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan
3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
6. Rendah lemak, tanpa kolestrol
7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

Ok..
Alhamdulillah semua dah tahu ESP tue apa ea..
Untuk next entry saya nak cite tentang

'MAGICAL ESP'

Jumpa lagi..

( ´ ▽ ` )οΎ‰

Monday, September 15, 2014

Kenapa kita memerlukan supplemen

Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'ala Nabi
Assalamualaikum..

Lame dah saya tak update blog kan..huhu..

Kali nie saya nak kongsi sikit tentang KENAPA KITA MEMERLUKAN SUPLEMEN??

-Tubuh kita memerlukan dos vitamin yg tinggi drpd sumber makanan seharian. Vitamin makanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.

-Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Ini kerana penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

-Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.

-Gangguan penyerapan zat makan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit,laksatif,ubat-ubatan,alkohol,minuman keras dan antibiotik.

-Amalan diet yg tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan,lemak,kolestrol,gula garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.

-Gaya hidup masa kini dengan kehidupab yg mencabat,sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.

-Kurangnya penyediaan mknn sihat dirumah dan gemar makanan segera yg tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.

-Persekitaran yg tercemar dan immunisasi yg lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit.

So..apa lagi, meh² pakat try Shaklee..jom pm saya segera..

0194111715
Fb : Nur Ghazali

#SayaSihatAndaSihat
#SayaSukaAndaGembira

(/^▽^)/

Monday, August 11, 2014

MENGAPA PERLU MEMILIH SHAKLEE (part 2)

Bismillahirrahmnirrahim
Sollu 'Ala Nabi
Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Kita sambung lagi entry kita kali ini dengan sembang² tentang MENGAPA KITA MEMILIH SHAKLEE dan MENGAPA SAYA MENGESHORKAN SHAKLEE kepada anda..

Continued...

SENTIASA BERKESAN

sebanyak 100 kertas kerja saintifik, 90 daripada mereka yang disiarkan dalam jurnal ulasan selaras, yang membuktikan keberkesanan adalah produk sHaklee, sebanyak 300 juta USD telah dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Dalam suatu kajian yang dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari sekolah UC Berkeley kesihatan Awam menunjukkan bahawa orang yang mengambil shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama lain. Sebanyak 54 pingat emas yang dimenangi oleh atlet bertaraf dunia yang mengambil shaklee. Selain itu, berjuta-juta orang telah hidup sihat, kehidupan yang lebih produktif kerana shaklee.

(Sumber: Buku panduan Shaklee)

Believe or not? Believe it ....

SENTIASA MESRA ALAM

shaklee telah menjadi contoh dalam gerakan memimpin alam sekitar.

Dr Forest shaklee mengasaskan syarikat shaklee pada prinsip hidup harmoni dengan Nature ®. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang menjadikan iklim Neutral ™ dimana diperakui sepenuhnya dalam mengimbangi pelepasan karbon yang mana menghasilkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar. Selain itu, melalui jualan daripada Shaklee Get Clean® Basic H²® , shaklee telah menghapuskan 2.7billion  botol konvesional 26-auns pembersih tingkap.

Daripada peneroka Jacques Cousteau 2004 Hadiah Keamanan Nobel pemenang Dr Wangari Maathai, shaklee terus bergabung tenaga dengan orang-orang yang mengambil berat tentang bumi untuk mewujudkan pergerkan perubahan. Pada tahun lepas sahaja, team shaklee telah mengitar semula lebih £1000000 kadbod, menghapuskan lebih 10200000 sisa pembungkusan dan mnghapuskan lebih 23000000 paun gas rumah hijau. Itulah betapa komitednya team shklee dalam memastikan produk shaklee adalah produk semulajadi yang tidak membahayakan bumi.

(sumber : buku panduan Shaklee)

Ok..stakat nie laa duluh yee....pd sape² yang ingin tahu tentang Shaklee..just hubungi saya ok.. segala maklumat diri saya ad dilampirkan..

Smilee... >_<

#Norlihazma Ghazali
#Shaklee Independent Distributor
#Shaklee ID: 1160637
# 0194111715 (call,sms,whatspp,telegram)
#Facebook :Nur Ghazali
#Emel: emmaghazali@yahoo.com

MENGAPA PERLU MEMILIH SHAKLEE (part 1)

Bismillahirrahmnirrahim
Sollu 'Ala Nabi
Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Hi uolls!..sihat? Moga sihat la deh semua..hok X Sihat, g telan obat ye..

Bertemu lagi kita ye..beginilah kita, akan sentiasa bertemu disini selagi tenaga dijari saya masih kuat untuk menari di keypad henset ini untuk meng'update' blog...huihuihui..

Untuk kali ini .. saya nak update pasai mengapa oh kenapa anda perlu memilih SHAKLEE..bakpo la dih?.. oghe duk kato SHAKLEE nie molek, bagus sangat..Bakpo?knapo?why?

Pertamanya...

SENTIASA SELAMAT

safety first!.. hii.

Shaklee bermula dengan alam semula jadi. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Maka Shaklee menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya. Dan shaklew terus menjalankan over 83000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.

Secara teknikal produk Shaklee Tiada mempunyai parabens, Triclosan, phthalates, sodium lauryl sulfat (SLS), natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1,4-dioxane, atau propilena glikol. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak di uji ke atas haiwan. Malah pembungkusan shaklee adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin-phathkates dan dakeat toksik. Itulah sebabnya shaklee benar² pasti ini:setiap produk Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan.

(Sumber : Buku panduan Shaklee)

To be continued...

Sekian..

#Norlihazma Ghazali
#Shaklee Independent Distributor
#Shaklee ID: 1160637
# 0194111715 (call,sms,whatspp,telegram)
#Facebook :Nur Ghazali
#Emel: emmaghazali@yahoo.com

Thursday, August 7, 2014

SEJARAH SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'ala Nabi
Alhamdulillah

Assalamualaikum..

I'm back again. hiiihiii
Semua sihat? Moga sihat blakow..

kawan², Untuk entry kali nie saya nak bercerita serba sedikit pasal SHAKLEE..sape tahu what is SHAKLEE or WHO is SHAKLEE?.. Ok bagus, ramai yang tahu nampaknya...SHAKLEE nie adalah produk kesihatan yang kaya dengan multivitamin nutrisi.. Then, kenapa produk nie dinamakan SHAKLEE, bukannya HAZMA?Hii....alsebabnya pengasassnya adalah DR FOREST C SHAKLEE.. jadi dinamakan produk hasilannya bersempana namanya.  Ok pehey blakow?

Pada tahun 1915, abang Shaklee telah menemui "vitalized minerals", iaitu merupakan salah satu multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia dan telah menjadikannya pelopor industri nutrisi. (Sumber : Buku panduan Shaklee)

Dalam orang ramai duk amal penggunaan plastik dan bahan sintetik, abang Shaklee kembali kepada bahan semula jadi dimana beliau mencari bahan² semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga diantara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Dalam orang ramai dan syarikat lain duk membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, abang Shaklee melaburkan berbillion ringgit untuk ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang SHAKLEE. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee. Apa yang Shaklee  perkatakan adalah Kesihatan dan kebahagian manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik. (Sumber : Buku Panduan Shaklee)

Ok..stakat nie laa duluh berkenaan sejarah Shaklee...ad sape tak faham lagi? It's ok..bagi sape² yang masih blur or pening lalat pasal Shaklee..just hubungi saya ok..

Smilee... >_<

Jumpa lagi...

#Norlihazma Ghazali
#Shaklee Independent Distributor
#Shaklee ID: 1160637
# 0194111715 (call,sms,whatspp,telegram)
#Facebook :Nur Ghazali
#Emel: emmaghazali@yahoo.com

Tuesday, August 5, 2014

KEMBALI LAGI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLLU 'ALA NABI
ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM

Lama saya tidak berada di sini, Inshaa Allah saya akan kembali bersama anda menggegarkan dunia.....chewahh poyo jo, koya molek ayat...hihihi.

Di sini dulu,dalam blog nie pernah tercipta pelbagai puisi puitis lakaran hati ku...pernah ada perkongsian macam² ada.. selain itu mutiara² kata pun ad..pendek kata, macam² adalah di blog saya nie.  Inshaa Allah setelah sekian lama menyepi, saya akan kembali dengan bermacam-macam agenda-agenda yang bakal saya lampirkan..(apsal la poyo dan koya ayat nie..adehh)

Untuk edisi kali ini, saya ingin menambahkan dan memperbanyak  berkongsi dengan anda tentang info² kesihatan dimana kesihatan badan adalah tunjang utama untuk menjaga diri pada setiap manusia selain kesihatan rohani (paling utama)..

Inshaa Allah. ..
Tunggu ye kawan² semua.. :-)

Sampai sini saja dulu ya. 

   .... sekian...

Pomote sikit:

My name is NORLIHAZMA BT GHAZALI..
I'am SHAKLEE Independent distributor ..
SHAKLEE ID: 1160637
Whatspp : 0194111715
FB : Nur Ghazali
Emel: emmaghazali@yahoo.com

Sapo2 nk tahu pasal SHAKLEE pm saya ye.. :-)

Inshaa Allah saya akan berbesar hati untuk melayan kawan² semua..

"The more you share with others, the more valuable your share will become..Do unto others as you would, have them do unto you..." -Dr Forrest C.Shaklee..

Monday, April 28, 2014

DIA TAHU APA KU RASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH

SOLLU 'ALA NABI

ASSALAMUALAIKUM


Lama menyepi...hu..tak sempat nak update blog, busy sikit (busy la sangat...huhu)


Ok...ini kali saya nak kongsi kisah antara saya dengan my Bak (my dad)..


Ada la satu petang yang sepoii bahasa-bahasa , (chewahh jiwang la plak)..masa tu saya baru sampai rumah dalam kul 6 lbh, baru blk kije..saya call Bak saya,  teringat kat dy tetiba..menjadi kebiasaan ayat first mase Bak angkat call, "kenapa call?.. ada ape?.." ..hii.. Then, ayt balasan saya lak, saya cakap "xde pe la..saja call, teringat kat Bak"...macam biasa la kitorang cakap-cakap cam biase-biase...

Walhal, masa tue saya sebenarnya tengah serabut..entahlah, tension duk pikir sal keje mybe..pastu, naluri seorang ayah, dia dapat rasa bebanan yang saya tanggung..Bak terus cakap, "nie bunyi macam senak dalam dada jer nie, kenapa ad masalah kerja ke?" (sapa tak paham pe mksud senak, sila chek kamus bahasa qlate ok..). hii..pastu saya diam jer...malas nk citer masalah saya tu..

Maka, Bak terus bagi tazkirah, bak suruh  saya tahan ataupun bahasa kita 'oksss'  dulu nk resign kerja tue..settlekan masalah dan semua hal yang ada.. Huu..dalam kepala saya, Eh! tahu-tahu jer Bak nie, apa yang kita tengah fikirkan ..inilah orang cakap 'Dia tahu apa yang kita rasa' .. Naluri seorang ayah kuat, walaupun duk beribu batu, tapi dia boleh rasa kesusahan anak-anak dia..cer tanyer diri kita nie, dapat ke kita rasa ea kesusahan ayah yang duk jauh nue, apa yang dia tengah fikir sekarang????


Hurmm...

Wednesday, April 2, 2014

I'M SORRY I CAN'T BE PERFECT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLLU 'ALA NABI
ALHAMDULILLAH
ASSALAMUALAIKUM

SIMPLE PLAN -PERFECT

Entah kenapa hari nie terasa sangat dengan lagu nie, seakan lagu nie kena dengan diri ku ini.....
Hey, Dad, look at me
Think back, and talk to me
Did I grow up according to plan?
Bak, maafkan daku, ku tak dapat menjadi anak yang betol-betol engkau harapkan, menjadi seorang anak yang mampu membuat engkau bangga..segala apa yang kau rancang tidak termaktub pada diiri ku..maafkan anakmu ini..T_T

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I 'm never gonna be good enough forYou
can't pretend that I'm alright
And you can't change me

Bak, ..ku cuba untuk membuat engkau bangga pada ku.  setiap hari ku cuba baiki diri menjadi anak yang solehah semoga ku dapat membawa engkau sama-sama ke syurga kelak..ku ingin di sana kita berjumpa lagi di sana sebagai 'ayah' dan 'anak'..ku mengharapkan ku disini tidak akan menyeksa engkau disana kelak..ku cuba..

I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect

Bak, maafkan daku...ku tak dapat menjadi seorang anak yang betul-betul sempurna sepertimana engkau harapkan..sudah terlambat untuk ku mengundur masa membaiki segala kekurangan diri dan kesilapan yang ku coretkan, tapi...selagi ada masa untuk esok, ku akan cuba membaiki diri menjadi sempurna daripada hari-hari selepas hari ini...

INI JANJI KU..

Mungkin ku tak dapat menjadi anak yang membanggakan keluarga kita, tapi ku cuba..
Mungkin ku tak dapat membawa banyak khabar gembira pada kelurga kita, tapi ku cuba..
Mungkin ku tak dapat memberi kebahagian sejahtera kepada keluarga kita, tapi ku cuba..

setiap hari, hari-hariku hanya ku fikirkan untuk keluarga kita saja..
setiap apa yang ku lakukan hanya ku fikir untuk masa depan keluarga kita saja..

Jarang ku fikir semata-mata untuk diri ku ini...
Selalu dan sentiasa ku fikir kebahagian MAH dan BAK saja..

I'm sorry I can't be perfect..
I'm sorry I can't be perfect..
I'm sorry I can't be perfect..
I'm sorry I can't be perfect..

Thursday, March 13, 2014

BERSYUKURLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

SOLLU 'ALA NABI

ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM..

Bersyukurlah wahai sahabat!

Kita dikurniakan sepasang mata, sepasang telinga, sepasang kaki,sepasang tangan dan sekeping hati.

..Maka nikmat Tuhan kalian yg manakah yg layak anda dustakan? (AR Rahman: 13)

Renungkanlah!  Adakah anda rasa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa?padahal ada yg tidak mempunyai kaki utk berdiri mahupun berlari. Adakah anda rasa melihat keindahan alam itu tidak dikira suatu nikmat kebesaran? sedangkan ada ramai yg tidak memiliki cahaya penglihatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Bersyukurlah!

Kita seringkali terlalu memikirkan sesuatu yang telah hilang dan mengejar benda yang belum pasti, sehinggakan kita lupa untuk mensyukuri apa yang telah ada dihadapan kita. Bahkan kita leka hinggakan terperangkap dalam pelarian mengejar bayang-bayang yang samar. Kenapa tidak kita memeluk erat pada apa yang telah kita ada?

Lihatlah pada apa yang telah anda miliki, jangan mengharap pada yg tiada dan belum tentu akan ada untuk kita. Hargailah sekeping roti yg telah ada ditangan anda itu yg akan mengenyangkan anda dari anda menanti sepinggang nasi yang belum tentu ia itu dijadikan Allah itu milik kita..

Bersyukurlah dengan apa yang telah anda miliki...

PRAY FOR MH370

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..






MH370 telah 6 hari hilang tanpa khabar berita...apa yg telah kita lakukan??adakah ada usaha kita??Mebantu atau memburuk lagi keadaan?Ada yang sibuk menyebar sharing,posting,tagging duk mengata itu ini begitu begini spekulasi macam²,menyebarkan benda² yg merosakkan lagi mode keadaan..dimana pergi sifat belas ehsan kasihan kita?

Pernah kita pikir apa perasaan keluarga mereka sekarang??cuba tempatkan diri kita antara salah satu keluarga yg terlibat dgn kehilangan MH370...mampu kita??.Insaflah dan berhentilah menjadi dajal pd diri kita sendiri dan orang lain.

Mari kita berdoa, mintak pada Allah, 

"Jika mereka masih hidup mohon Allah pulangkan mereka di pangkuan keluarga mereka. Jika tidak,mohon Allah temukan dan berikan petunjuk dalam pencarian mereka. Allahu. Allah...dari Allah kita datang, maka pada Dia jua tempat kita kembali..."

wassalam... 

QALBU TIDAK MENJADI LIDAH



Ketika qalbumu tidak menjadi lidah,
lidahmu pula enggan menjadi suara,
apakah tugasmu masih satu ibadah
atau ia sekadar, ya, sekadar kerja?

Ketika janji manismu amat berdegah,
nasib bangsa dijanji kemerlip permata;
dikau tampaknya semakin bersilap mata—
ekuiti gergasi jadi sekangkang kera.

Lima dekad kau leka enak berkuasa,
tiba-tiba kau sengaja menjerit parah.
Katamu: “Bangsamu sedang terhasak hina.”
Soalnya, kenapa kau yang memungkinkannya?

Ketika undimu terhimpun sangat sasa,
dan undi itu dikira sesedap rasa,
apakah tugasmu sebagai penguasa—
takek bahasa dan gunting lidah sastera?

Lima dekad dikau dewa segala dewa,
harum kasturi di dalam hanyir piala;
qalbumu mungkin berjaya menjadi lidah,
cuma, apakah tulus menjadi ibadah?

—A. Samad said

Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..



Rakyat Malaysia dan anak kapal MH370 KL-Beijing

Senarai krew

1. Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2. Farid Ab Hamid (Pembantu Juruterbang)
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin
7. Wan Swaid Wan Ismail
8. Junaidi Mohd Kassim
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10.Ng Yar Chien
11.Foong Wai Yueng
12.Tan Size Hiang

Senarai Penumpang Malaysia

1. Anne Cathrine Daisy,56
2. Biby Nazli Mohd Hassim,62
3. Chan Huan Peen,46
4. Chen Wei Hoing,43
5. Chew Kar Mooi,31
6. Chong Mei Ling,33
7. Dina Mohamed Yunus Ramli,30
8. Guan Hua Jin,34
9. Hue Pui Heng,66
10. Jee Jing Hang,41
11. Lee Kah Kin,32
12. Lee Sew Chu,55
13. Maria Mohamed Yunus Ramli,32
14. Mohamad Sofuan Ibrahim,33
15. Mohd Khairul Amri Selamat,33
16. Muhamad Razahan Zamani,29
17. Muzi Yusop,50
18. Ng May li,37
19. Noorida Mohd Hashim,57
20. Norfadzillah Mat Rahim,39
21. Norlia Akmar Hamid,33
22. Ramlan Safuan,32
23. Sim Keng Wei,53
24. Suhaili Mustafa,31
25. Tan Ah Meng,46
26. Tan Chong Ling,48
27. Tan Sioh Peng,32
28. Tan Wei Chew,19
29. Tee Lin Keong,50
30. Teoh Kim Lun,36
31. Tong Soon Lee,31
32. Wan Hock Khoon,42
33. Wong Sai Sang,53
34. Yap Chee Meng,39
35. Koh Tiong Meng
36. Tan Teik Hin
37. Lim Pow Chua
38. Puspanathan Supramaniam


p/s: kita doakan mereka semua dilindungi ALLAH SWT..apa-apapun yang terjadi, segalanya ALLAH yang ketahui dan tentukan...

Wednesday, February 19, 2014

FAMILY OUTING

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..




Saper-saper yang kaki korea tahu la pe benda nie? kalau tak tahu jugak, bukan kaki korea laa..saya yang bukan kaki korea nie pun tahu..huhu

FAMILY OUTING nie program reality shows korea..dimana para selebriti korea yang terlibat dalam menjayakan program nie. Diorang tiap-tiap minggu akan g mana-mana kampung dan pilih satu family untuk jaga rumah diorang dan buat kije-kije kampung yang disuruh oleh pakcik dan makcik yang rumahnya diorang suruh puak nie jaga. Situlah diorang panggil FAMILY OUTING kalau korang nk tahu ..ia dak??..

Ingat dulu time belajar kat U, majoriti kawan-kawan duk tengok benda nie. Katanya best, bolehlaa nk wat ilang stress .. Tapi waktu tue saya tak terkutik langsung nak tengok FAMILY OUTING nie..saya dengar jer kawan-kawan dan rakan serumah saya duk gelak-gelak bile tengok benda nie..saya buat tak layan jelah..saya macam tuelah..

Tapi..tetiba satu hari tu, saya ter'download' la ianya episod 1 dan try tengok...owesomee jugak laa...buleh la wat layan nak ilang serabut kat tempat kojor (tapi ingat jangan leka dahlaa ea)..saya layan gitu-gitu jelah..santai-santai, suke-suke..

Sekarang baru saya tahu betul laa kata diorang, FAMILY OUTING nie kelakar..lucu..sempoi...

p/s:dulu tak nak tengok.sekarang baru tengok..org dh tak tengok dah..huhu

Bawah nie link untuk sapa-sapa yang nak dunload dan tengok secara on9 pun buleh:
http://www.dailymotion.com/user/kezokezokezo/7


Tuesday, February 18, 2014

SELEKEH VS ZUHUD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SOLI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM WBT..


Apa yang korang terfikir bila tengok kasut nie..hihi..






















Nie kasut saya beli kat South city (ia dak nama tempat tu,saya pun dah tak ingat,huhu) ,kasut nie saya beli sebab nak g temuduga. Alhamdulillah dah 6 bulan pakai, ianya masih elok lagi hingga loonie.

Cer teka brape yal saya beli nie??..ianya RM15..sungguh banyak jasa dia kat saya. Walaupun dia kelihatan uzur dah tapi saya takde pun lagi nak tukar ganti yang lain.
Mesti orang yang tengok saya pakai nie fikir saya selekeh kan. Pakai kasut buruk,padahal boleh sangat nak beli yang baru. Itu pikiran orang,berbeza dengan saya. Saya masih pakainya bukan sebab saya selekeh. Tapi sebab ianya masih elok dan molek lagi.

Zuhud (bersederhana) laa sikit...jangan nak membazir. Buat ap nak membazir pada kepuasan yang memang tak dapat kita penuhi. Ye dalan teori ekonomi pun ada cakap yang kepuasan manusia melebihi keperluan.

Jadi, memangnya kita tak kan dapat penuhi kepuasan kita tu yang memang tinggi. Maka, bagi saya cara saya, saya zuhudkan diri saya. Saya minimakan pembelian barang-barang dan memaximunkan penggunaan barang yang saya beli.

Saya tak kisah orang nak cakap saya nie selekeh ke apa ke. Biarlah, manusia memang kita tak dapat nak katup mulutnya. Biarlah dia dengan mulut dia. Yang penting kita nie. Jangan terikut sangat dengan mulut mereka.

Ingat kawan-kawan zuhud dengan selekeh tak sama ya...

"Jangan sibuk bergaya,sampaikan yang wajib tak dipenuhi...."


USAHAWAN ILMU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH
ALLAHUMMA SALI 'ALA MUHAMMAD
ASSALAMUALAIKUM wbt...


ILMU pelita hidup..

Setiap dari kita akan dan mesti ada cita-cita masing. Ada yang nak jadi doktor,angkasawan,cikgu,perdana menteri dan banyak la ha...

Begitu juga saya...nak jadi usahawan. Niat saya bukan untuk mengejar wang,harta,nama dan pangkat. Tapi untuk berdakwah,menyebar agama kita dan menyebar ilmu yang saya tahu. Kongsi apa yang patut dengan cara saya.

Cita-cita tu sampai ke hari nie saya pegang dan makin lama makin ingin saya kejarkan. Usahawan yang saya maksudkan bukan duk berniaga,duk menghasil barang-barang semua tue. Saya punya nie lain sikit. Saya nak jadi usahawan ilmu caranya dengan menulis. Ye menulis...

I want to be a writer.

Itu impian saya, saya nak jadikan tulisan-tulisan saya  sebagai barang dagangan saya dalam mengejar cita-cita nak jadi usahawan dalam bidang ilmu. Jadi..untuk menjadi penulis,bakat kena ada ilmu kena mantap. Baru lejen der....huhu..

Akhir-akhir nie banyak buku saya beli,saya baca. Tak cukup buku, saya g kat internet saya godek cari ilmu yang perlu saya kaji. Itulah cara saya untuk mengejar mimpi yang belum tercapai.

Yeah...usahawan ilmu suatu hari nanti...

Inshaa Allah...

"Bermimpilah! Kerana kejayaan itu mulanya dari mimpi.."

JANGAN PUTUS ASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

First sekali...
click video bawah nie, 
tengok pe benda video tu....



Dah tengok kan, camne?..rasa ter'motivate x?

..Allahu..Allah..

cuba bayangkan kalau kita berada ditempat dia, adakah mampu kita setabah itu?
Dia yang tidak sempurna namun sentiasa senyum saja..

Bila kita REDHA dengan takdir kita, apa saja dugaan kita, tak pernah akan kita putus asa. 

Walaupun perit macamana sekalipun, kena hadapinya dengan tabah. Jangan melemah dan putus semangat.

Ingat bila kita rasa lemah dan kus semangat cuba ingat akan ada lagi orang yang lagi berat ujiannya dari kita. Cuba kita preview balik imbas kembali akan kesusahan orang lain yang pernah kita lihat dengan pandang mata kita.

Inshaa ALLAH kita akan KUAT!



Monday, February 17, 2014

DIMANA PERGI ILHAMKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Huhuhu....

Dimana la pergi ilham dalam jiwa nie, dulu selalu gak saya menulis puisi-puisi..
kalau korang scroll down balik post lama-lama korang akan jumpa,
puisi-puisi yang saya 'lukis' dulu kala..
sekarang nie entah kemana perginya ilham tue..
saya pun tak tahu kemana ia hilang..dah tak nak singgah dah.. :(

Best tau tulis puisi nie kalau korang nak tahu, tak tahu nak cakap camne sebab hanya orang yang faham tentang puisi nie akan tahu kenapa saya cakap best..



Saya ada jugak hantar cerpen,puisi-puisi di majalah dan kat online pun ada. Tapi, mungkin nasib kurang baik kot. Tak disiarkan..huhu..

But...nie cerpen pertama saya disiarkan di penulisan2u ..
Tajuk cerpen nie YUSUF & ZULAIKHA...
banyak kurangnya cerpen saya nie...
maklumlah masih baru mencuba..huhuhu


selamat membaca.. :-/

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Bertemu lagi…semoga sihat blakow-lakow..
Hari nie saya nak kongsi dengan korang info penting nie..
semua patut amik tahu taw…

Iaitu makanan kegemaran Nabi kita RASULULLAH SAW…
Kita patut kena tahu la benda nie, bile dah taw jadikan sebagai rutin dalam hidup kita..Makanan kegemaran Baginda banyak,tapi ini antaranya laaa…



1)Barli – bagus untuk demam jika dibuat sup

2)Kurma – Nabi Muhammad saw berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3)Buah Tin-Buah dari syurga, boleh mengubati buasir

4)Anggur-Nabi sangat suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut

5)Madu-Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panaa, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum waktu pagi bersama air suam.

6)Tembikai (segala jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya

7)Susu-Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak dan memperbaharui pandangan, juga membuang kelupaan.

8)Cendawan-baik untuk mata, perancang keluarga

9)Minyak zaitun-Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut

10)Delima-membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari


11)Air-Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk, jika diteguk mudah mendapat sakit pada hati. 


Ini saja antara makanan-makanan kegemaran baginda..segala perkongsian nie saya dapat pun melalui perkongsian kawan-kawan...

Jom kita amalkan untuk diri kita! banyak khasiatnya kan...

ok..wassalam..

Friday, February 14, 2014

THE WEDDING BREAKER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.


THE WEDDING BREAKER telah diadaptasi film dalam slot akasia yang bertajuk ARIANA ROSE. sapa tak tahu??..hihi..semua tahu kan..baru semalam 13/2/2014 episode lastnya..citer nie boleh la kalau nak layan petang-petang pas balik kije tu tapi jangan lupa maghrib first k, sebabnya bukan ape, cite slot akasia nie main kul 7 malam, waktu tue laa setan tengah duk berkeliaran duk mengampu-mengampu kita supaya terleka dengan benda-benda hiburan macam nie. (huhu..sebab saya pun kadang-kadang terleka gak duk tengok benda alah nie kat TV3..sedar-sedar dah nak kul 8..huhu)..

 Korang kalau nak lebih faham apa motip citer nie sebenarnya, baik korang baca novel dia. Baru korang akan faham apa yang cuba disampaikan oleh writers sebenarnya. sebab..citernya kat TV tue dah banyak lari sikit. Nak wat islamic tapi dah tak islamic plak..huhu..

Awal-awal novelnya nie ok la not bad..citer bagaimana kecekalan seorang wanita yang telah dinodai bangkit semula meneruskan hidup walaupun terkadang peristiwa hitam itu menghantui mimpi-mimpinya. ARIANA seorang insan yang berdosa tapi insaf dosa-dosanya, dan menerima takdir dengan cekal dan kuat, itu yang nak disampaikan penulis bagaiamana dia tabah mengharungi hidup dia walaupun dalam keadaan tertekan. Hanya berlandaskan dia nie seorang hamba insan milik ALLAH penciptanya. 

Dosa itu seperti paku yang diketuk pada tiang. Apabila dia bertaubat, ibarat paku itu dicabut dari tiang. Satu per satu... Tapi kesan dan lubangnya tetap kelihatan pada tiang. Sama seperti dosanya [page 455]

Banyak pengajaran yang ingin disampaikan dalam buku nie, kena baca dua tiga kali baru korang akan faham pe motip sebenarnya. Bukan lebih pada cinta-cinta semata-mata, tapi more pada bagaimana seorang insan boleh mendekatkan diri pada TUHAN dia apabila keinsafan sudah datang menjengah. Itu watak ADAM. Hanya dalam novel korang akan faham watak sebenar ADAM, dalam filem ia lari sikit (bukan sikit la, banyak).. baca laa tak rugi, boleh ambil ilmu. Ingat kawan, kita baca buku @ novel ke, jangan duk terapung sangat dengan fairytale cinta-cintun dalam tue, cuba amik ilmu yang ingin disampaikan, niatkan dalam hati kerana itu.

Cuma satu..saya tak berapa suka novel-novel yang nak jugak citer hal-hal dalam bilik. Saya rasa tak patut la kot sebab peringkat umur yang baca novel nie majoritinya dari budak sekolah menengah lagi, itu yang kurang sesuai, ini bagi saya la...Last part novel nie kurang sikit bagi saya after diorang kawen macam fairytale sangat duk menceritakan kebahagian diorang macam tak berapa nak logik pun ada, then yang saya tak berapa setuju bila ARIANA nie tak langsung nak mengenali bakal suaminya, hanya dengar suara from call ADAM dan ceramah-ceramah pendek ADAM tue membuat dia terus terpikat...huhuhu...ok done untuk critism.!!

selamat membaca ya semua!!


[SINOPSIS THE WEDDING BREAKER]


“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.” 
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya? 
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

VALENTINE'S DAY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.



Sepertimana yang kawan-kawan tau dah kan, hari  14/2/2014 merupakan hari yang diagung-agung oleh puak-puak Kristian iaitu hari mereka mengingati kekasih la konon-konon.  Jangan kita umat islam duk tiru jugak ea, konon nak sambut hari bahagia bersama kekasih dengan mengadakan party bagai la segala benda untuk meraikan. Astaghfirullah alazim..jangan terikut-ikut sangat ye dengan budaya barat nie, naya-naya..ngucap panjang semua…..

Ok..di sini saya ada sedikit perkongsian nak share ngan korang pasal Valentine’s Day nie..

Baca yang kat bawah nie kawan-kawan,


Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. 

Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w: 
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”                       
( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”                                                   
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Konklusinya yang dapat disimpul berdasarkan keterangan di atas adalah : HARAM
saper-saper yang nak tahu lebih lanjut asal usulnya ada Valentines day  nie blh baca sini http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Kasih_Sayang

Hati-hati ye semua, jangan kita duk terikut sama dalam jerat social budaya barat nie, jangan terlampau fanatic sangat nak realisasikan budaya pandang ke sana, xde pekdahnya laa....

Allahu..Allah…

Ok..c u again..
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."