Followers:

Saturday, April 7, 2012

SYAHADAT CINTA

SYAHADAT CINTA

seiring berjalan waktu,semakin hari makin kelam
semakin belajar,semakin terasa bodoh
semakin gali,semakin terasa cetek
semakin mencari,semakin terasa hilang

sampai sekarangpun..
sampai nantipun..
sampai seumur hiduppun...
ilmu dikorek diditimba tidak akan habis
kumpul sampai mati,amal sepanjang hari

setiap detik..
setiap saat..
setiap denyut..
sentiasa melakukan kebaikan utk orang lain mengikut
pundi-pundi pahala mengalir menerangi kita

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1733:3 APRIL 2012|11 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

CINTAI ALLAH

CINTAI ALLAH

Jika diliputi ketakutan,
Jika dibakar kemarahan,
Jika dihujani kemalasan,
Jika dihimpit kesedihan,
Jika dicekik kerisauan,
maka segera kita bangkit tunaikan solat
nescaya jiwa kita akan kembali tenang
kerana solat itu mampu meniupkan
kejernihan dan ketenangan hati sedalamnya
ruang-ruang hati yang paling dalam
sedang kita akan redha dengan ketentuanNYA..

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
0817:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

PEMILIK CINTAKU

PEMILIK CINTAKU

malam siangku bersujud padaMU
tertanya benakku siapakah pemilik cintaku
setelah ENGKAU & MUHAMMAD rasulMU,
ku tahu telah ENGKAU tuliskan suratan itu di Lauh Mahfudz

bisikan doaku ku dendangkan berpanjangan
zikir-zikir rindu kucicipkan padaMU
gerimis airmata syahdu pd cinta itu YA ALLAH,
nyanyian sang bayu bergema di gua hati
ku bujuk hati ku usap sanubari ini

kepastian takdir itu telah ENGKAU tetapkan
kesabaran yang sentiasa, keredhaan yang selamanya
ku berharapkan seorang soleh utk hidupku
ku pasang rasa dijiwa untuknya jadi walid anak-anakku
cubaku menjadi solehah untuk seorang soleh

siapakah dia itu pemilik cintaku?
ku tahu sungguhnya jodohMU itu utama terbaik
isthikorah mencarinya diperhujung malam
sejadah ku cecah memohon petunjukMU
istana hatiku punyai satu pintu untuk dijengah
ketahuilah,ianya milik pemilik cintaku
selepas cintaku pada ALLAH & RASULULLAH....

doa ku utus buatMU YA RABB!!
dipermudahkan bagiku mencari pemilik cintaku
diketemukan hatiku dengan pemilik cintaku...


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
0103:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN


KEMISKINAN

KEMISKINAN


kemiskinan mencemburui kekayaan
tahulah engkau kemiskinan itu lebih mulia
kekayaan itu membawa derita mengahanyutkan
usahlah tangisikan akan kemiskinan
kemiskinan mendekatkan kita dengan TUHAN
kekayaan melalaikan melesukan malam siang

kemiskinan hanya pada harta dunia yg tak kemana
miskin pada harta kaya pada ilmu agama
kaya pada amal soleh untuk disana kebih berharga
miskin jiwa jadilah manusia yang durjana
kaya bicara budi bahasa mulianya dunia

kemiskinan mencemburui kekayaan
tahulah engkau kemiskinan itu lebih mulia
kekayaan itu membawa kemusnahan yang merosakkan
jangan meratapi akan kemiskinan
kemiskinan menyedarkan akan asal usulnya kita
membekalkan kita kesabaran yang sentiasa

kemiskinan pada harta dunia kaya pada harta disana
semakin kejar kaya harta,semakin hilang kaya disana
semakin kejar kaya ilmu,semakin bertambah kemulian
sentiasa bersangka baik pada pencipta yang ESA
tidak TUHAN anugerahi kemiskinan tanpa hikmah
setiap perancangan ada makna hikmah yang tersedia
ingati sentiasa,jauhi kaya harta dekati kaya NUR-NYA


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1638:3 APRIL 2012|11 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

PERWIRAKU

PERWIRAKU


kau perwiraku!
gerhana subuh membangkit lena memati mimpi indah
sejuk air mensucikan tubuh selimuti wudu'
kopiah putih membaluti kepala yang memutih
dahi sujud mencecah sejadah permaidani merah
alunan khalimah suci berganti,
ayatul zikir dipalu sejati seikhlas hati

baju lusuh seluar hapak bergantung kemas
topi jerami menggantikan kopiah putih
parang gergaji digenggam dirangkul rapat
tanah usang itu, semak samun itu destinasinya
ditebas dicantas bagi ia terang

kerutan wajah tersembunyi beribu erti
keertian kepenatan yang berterusan
keertian ketenangan yang berpanjangan
peluh keringat membasahi hujung baju
daki mati berbintik lesu menjadi jelaga kaku dibaju
pagi keluar mulakan perjalanan,petang pulang habis seharian

dia perwiraku!
pengorbanan dia tak mungkin lupai
membawa aku pergi ke mercu tinggi
dengan peluh keringat membasahi hari-hari,
tidak sekali aku lupai perwiraku ini!!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1533:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

SEPI

SEPI

kesunyian jiwa kembali lagi
ku mencari-cari cinta suci
berdiri di hujung waktu berteman sendu
linangan air jernih panas membasahi
gerimis senja rintik di relung hati

kesepian itu datang lagi
membunuh prasahara asa dalam diri
makan tak basah tidur tak lalu
kebuntuan merobek hati yang Qudus
rasa dijiwa kian menyesak parah
kias menterjemahkan makna di sanubari

mencari aku sinar kehidupan
pencerahan hari siang malam
sampai bila kesepian ini berterusan?
sampai bila??..jangan sampai melemahkan
jangan sampai menyekat kehidupan hari mendatang

kesunyian itu marak menyala
cuba aku padamkan, terang lagi ia menyala
ku usirkan lagi, menjelma di segenap hati..
aku sepi dalam memori sendiri
sunyi merungkai rasa jiwa & hati
pengharapan ketidakpastian memerangkap sepi...


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1114:1 APRIL 2012|9 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

TABIR

TABIR

tabir itu,tabir mimpi..
Suatu detik aku melewati sebuah mimpi
mulutku terkunci langkah ku terhenti
tergoda pada mata yang tersenyum indah
hijab mata kututupi menjauhi zina
tabir hati ku bentang menjauhi nafsu

tabir itu,tabir hati..
tetapi, wajah itu hadir menemuiku
siapa dia itu??suci wajah,santun laku..
ku pasung diri menghamba diri
jiwa memenuhi cinta, hati dipenuhi rindu
kepada ILLAHI harapku sekejap
demikian kerana cinta ku memanjat bukit berduri
teringin menyentuh pintu hati itu

tabir itu,tabir cinta..
ku cuba mencium hatinya..punyai rasa tidak kumampu
sebelum hatinya ku cium, AL-QURAN aku ciumi
kembali aku pada cintaNYA yang suci
siap siaga jiwa raga hati sang lara
kuyakini pasti memeluk seluruh nama itu
jika di Lauh Mahfudz dia itu milik aku
pinta padaMU,akulah terbaik buatnya..

SUBHANALLAH...
betul aku jatuh cinta padanya
tidak lebih cintaku padaMU..
mahuku, temukanlah cintaku ini padanya..
cinta aku padanya keranaMU..
sinarnya siang kerana matahari,
terangnya malam kerana bulan bintang
lengkap hidupku kerana rasa cintaku,
padaMU terlebih dahulu YA ALLAH!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
0935:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN


MIHNAH

MIHNAH

mihnah jadi aku derita
aku sengsara jiwa lara
titisan airmata membasahi pipi muda

merapuh patah serpihan kesakitan
aku meratapi mihnah kecewa
prasahara asa mengepung membulat

melatah tinggi imbas kembali
hari-hari dulu tersimpan noda duri
hanyut kegelapan cinta duniawi

YA ALLAH!
mihnah ini anugerahMU
aku dulu yang alpa pelupa
kini sedar akan dosa-dosa lara

YA ALLAH!
mihnah ini petunjukMU
syukur aku muhasabahkan diri
aku taubati kesali kesilapan percatuan

YA ALLAH...SUBHANALLAH...ALLAHUAKBAR..
bersimpuh menitiskan airmata syukur
terima kasih diatas mihnah-MU ini!!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1651:3 APRIL 2012|11 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

PERJUANGAN

PERJUANGAN

perjuangan itu perjuangan suci,
perjuangan itu perjuangan menuju cinta ILLAHI..

perjuangan BAYI meneruskan perjalanan
sesudah kelahiran mengenali dunia
yang baru dijejak yang baru dijengah..

perjuangan IBU meneruskan pengembaraan
membesarkan anak-anak kecil dalam buaian
untuk anak-anak mengenali cinta duniawi & ukhrawi..

perjuangan AYAH meneruskan langkah
perit getir mencari rezki,peluh keringat membasahi dahi
untuk pakai makan, hidup mati anak dan isteri

perjuangan SUAMI ISTERI mengharungi hari
menjaga keluarga manjadi sakinah
mendidik anak-anak menjadi soleh solehah

perjuangan PELAJAR menggali ilmu
memenuhi cita-cita impian ke mercu
pahit payah dilalui diharungi demi cintai kejayaan

perjuangan si MISKIN mencari isi bumi
mengisi perut dengan sesuap nasi
rela menjadi pengemis sejati ditepian kali

perjuangan si CINTA mengawal rindu
usaha menutupi menjauhi mata dari zina
mengekang hati dari nafsu lembah durja

perjuangan PEMIMPIN menjaga negara
dicuba menjauhi iblis syaitan tipu daya dunia
tergoda terjerumus dilembah kehinaan

perjuangan GURU menjadi si pendidik
berkorban demi anak-anak sebangsa senegara
menjadi lilin membakari diri yang malap sepi

perjuangan itu perjuangan hakiki
bersulamkan cinta RABBI menggali NUR ILLAHI

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1656:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

INFINITI CINTA

INFINITI CINTA

kekecewaan menjalar kemari
penderitaan terlayar sepi
kerisauan menjerat hati
bisikan-bisikan iblis memenuhi

dicantas biar ia pergi
dibidas biar ia lari
dicincang biar ia remuk
dihiris biar ia hancus
direntap biar ia jaga

kesekian kali hati membujuk
kaku mati dipetir lafaz
tertanam seribu pengharapan
bait-bait syahadat diratib
rapat erat tasbih digenggam

indah neon-neon cuma palsu
cantik bunga api cuma penipu
tinggi KLCC cuma kaku
itulah kehancuran ciptaan keduniaan

tegak gunung gagah pasti
harum mawar subur mewangi
nyaman suria menerangi hati
itulah kekuasaan keesaan TUHAN

patah sayap cantum kembali
padam langkah gerak berdiri
rapuh pautan gagah memaut
basah hati sental dosa
bersihlah semua titik-titik noda
bergema ikatan janji dalam hati
infiniti cinta TUHAN hakiki..

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
31 Mac 2012/8 Jamadil Awwal  1433
1522-GONG DATOK,P.P KELANTAN

"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."