Followers:

Thursday, February 6, 2014

MENGAPA KAU MENEGUR AKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Bertemu lagi ia semua..saya doakan sihat semua ya..

ok, let's begin..

"Mengapa kau menegur ku?" tanya seorang pendosa.
"Kerana aku juga seorang pendosa. Aku tahu betapa resahnya akibat dosa,"jawab ku.

Kita di dunia nie hidup umpama satu kapal semua. Mana salah dan silap sama-sama kita perbetulkan. Bila kita nampak dosa di depan mata, takkan kita nak biarkan ajer ia. Tegur setakat mampu. Kalau tak boleh dengan lisan, dengan perbuatan boleh, kalu tokleh jugok tegurlah dengan hati. Inilah dia amal makruh nahi mungkar. Kita hidup bermasyarakat sama-sama la kita tegur antara satu sama lain. Tapi an...mesti ada punya la bila kita tegur ada ada yang terasa, sentap dan mula la kata kita nie suka bagi kritik kat diorang la apa la. Biarlah kalau orang nak bantai kita balik bila kita tegur kesalahan dan kesilapan dia. Janji kita dah lepas tanggungjawab kita sesama insan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk DIA. 

Pernah tak bila korang tegur or kritik someone an, then dia cakap gini, "tak payah nak jaga tepi kain orang boleh tak?".."ikut aku r, kubur masing-masing kan.." . Aduhai kesian la bila kita kena balik an. Pulak tue dengan kata yang sentap-sentap macamnie. "Tak payah nak jaga tepi kain orang boleh tak?, ahaha..faham tak sebenarnya apa maksud ayat nie wahai pengguna budiman? Maksudnya, kita tak bagi orang tue jaga atau hirau pasal kita atau diri kita. Maknanya, orang tue nak idup sorang-sorang gamaknya, tak mahu hidup bermasyarakat. kalau macam tue, p la duk planet lain, tak payah duk sini la hai..Bila kita tegur sikit nak marah, nak sentap. Laa..awak tak tahu ke saya tegur awak sebab saya sayang awak. Awak kan kawan saya, saya nak kita masuk syurga sama-sama taw.

"Ikut aku r, kubur masing-masing kan.." ..ok ayat nie lak?..faham..ahaha..cukup femes, bila kite tegur terus di jawab macamnie. Alahai, kalau dah awak cakap macam nie, nanti bila awak dah died nanti sila korek la sendiri kubur awak tu, pahtu tanam sendiri. Memang kubur kita masing-masing tapi kita satu bumi dalam tanah yang sama. Jadi maknanya kita sama-sama kongsi apa yang ada di muka bumi nie, kita kena la sama-sama take care la diri kita each other ok. 

sesungguhnya dosa membuat dosa itu perit, itu yang saya suka tegur awak dan saya suka awak tegur dosa-dosa saya. Kadang-kadang saya tak nampak dosa-dosa saya, hanya awak-awak sekeliling yang nampak semua tue. Itunya fungsi kita hidup bermasyarakat, untuk sama-sama bermuafakat dalam dunia sejagat. Iya dak?

Ok..c u again!!





Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."