Followers:

Saturday, April 7, 2012

PERJUANGAN

PERJUANGAN

perjuangan itu perjuangan suci,
perjuangan itu perjuangan menuju cinta ILLAHI..

perjuangan BAYI meneruskan perjalanan
sesudah kelahiran mengenali dunia
yang baru dijejak yang baru dijengah..

perjuangan IBU meneruskan pengembaraan
membesarkan anak-anak kecil dalam buaian
untuk anak-anak mengenali cinta duniawi & ukhrawi..

perjuangan AYAH meneruskan langkah
perit getir mencari rezki,peluh keringat membasahi dahi
untuk pakai makan, hidup mati anak dan isteri

perjuangan SUAMI ISTERI mengharungi hari
menjaga keluarga manjadi sakinah
mendidik anak-anak menjadi soleh solehah

perjuangan PELAJAR menggali ilmu
memenuhi cita-cita impian ke mercu
pahit payah dilalui diharungi demi cintai kejayaan

perjuangan si MISKIN mencari isi bumi
mengisi perut dengan sesuap nasi
rela menjadi pengemis sejati ditepian kali

perjuangan si CINTA mengawal rindu
usaha menutupi menjauhi mata dari zina
mengekang hati dari nafsu lembah durja

perjuangan PEMIMPIN menjaga negara
dicuba menjauhi iblis syaitan tipu daya dunia
tergoda terjerumus dilembah kehinaan

perjuangan GURU menjadi si pendidik
berkorban demi anak-anak sebangsa senegara
menjadi lilin membakari diri yang malap sepi

perjuangan itu perjuangan hakiki
bersulamkan cinta RABBI menggali NUR ILLAHI

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1656:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."