Followers:

Saturday, April 7, 2012

PERWIRAKU

PERWIRAKU


kau perwiraku!
gerhana subuh membangkit lena memati mimpi indah
sejuk air mensucikan tubuh selimuti wudu'
kopiah putih membaluti kepala yang memutih
dahi sujud mencecah sejadah permaidani merah
alunan khalimah suci berganti,
ayatul zikir dipalu sejati seikhlas hati

baju lusuh seluar hapak bergantung kemas
topi jerami menggantikan kopiah putih
parang gergaji digenggam dirangkul rapat
tanah usang itu, semak samun itu destinasinya
ditebas dicantas bagi ia terang

kerutan wajah tersembunyi beribu erti
keertian kepenatan yang berterusan
keertian ketenangan yang berpanjangan
peluh keringat membasahi hujung baju
daki mati berbintik lesu menjadi jelaga kaku dibaju
pagi keluar mulakan perjalanan,petang pulang habis seharian

dia perwiraku!
pengorbanan dia tak mungkin lupai
membawa aku pergi ke mercu tinggi
dengan peluh keringat membasahi hari-hari,
tidak sekali aku lupai perwiraku ini!!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
1533:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN

Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."