Followers:

Saturday, April 7, 2012

TABIR

TABIR

tabir itu,tabir mimpi..
Suatu detik aku melewati sebuah mimpi
mulutku terkunci langkah ku terhenti
tergoda pada mata yang tersenyum indah
hijab mata kututupi menjauhi zina
tabir hati ku bentang menjauhi nafsu

tabir itu,tabir hati..
tetapi, wajah itu hadir menemuiku
siapa dia itu??suci wajah,santun laku..
ku pasung diri menghamba diri
jiwa memenuhi cinta, hati dipenuhi rindu
kepada ILLAHI harapku sekejap
demikian kerana cinta ku memanjat bukit berduri
teringin menyentuh pintu hati itu

tabir itu,tabir cinta..
ku cuba mencium hatinya..punyai rasa tidak kumampu
sebelum hatinya ku cium, AL-QURAN aku ciumi
kembali aku pada cintaNYA yang suci
siap siaga jiwa raga hati sang lara
kuyakini pasti memeluk seluruh nama itu
jika di Lauh Mahfudz dia itu milik aku
pinta padaMU,akulah terbaik buatnya..

SUBHANALLAH...
betul aku jatuh cinta padanya
tidak lebih cintaku padaMU..
mahuku, temukanlah cintaku ini padanya..
cinta aku padanya keranaMU..
sinarnya siang kerana matahari,
terangnya malam kerana bulan bintang
lengkap hidupku kerana rasa cintaku,
padaMU terlebih dahulu YA ALLAH!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
0935:2 APRIL 2012|10 JAMADIL AWWAL 1433
GONG DATOK, P.P KELANTAN


No comments:

"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."