Followers:

Monday, February 3, 2014

PAPADOM 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Nie kalau tak silap saya entry ke-4 hari nie saya update..hihihi..(terlampau rajin hari nie, tangan takleh duk diam) ..


Firstly saya nak tanya korang penah tengok citer PAPADOM 1? Ala citer yg tu, yang tu..tu... sapa pernah tengok angkat senyuman cepat!..ok bagi yang tak tengok tue sila tengok la ya,tak rugi pom mase anda kalau tengok citer ni..ok2 saya cite la skt ye pasal cite nie..PAPADOM nie citer dy pasal kisah ayah tunggal nama dy SA'DOM, dlm hok PAPADOM 1 dy baru kematian isteri..ada anak sorang name dy MIA (MIA panggil sa'dom nie PAPA then gabung dgn DOM jd PAPADOM). Citer nie mengisahkan bagaimana seorang ayah berkorban masa dan apa saja untuk MIA . Dia protect habis2 MIA nie, sampai kat kolej MIA pun dy g sekodeng nak tengok MIA ok ke tak, MIA buat apa semua.. So sweet la PAPADOM nie kan, ayah yang betul2 ayah.... ok tamat untuk review serba sikit sal PAPADOM 1. PAPADOM 2 lak sambungan untuk yang 1, saya malaih nak review..korang google sendiri la ea.. hihi..

Cuma tujuan saya create entry kali ke 4 untuk hari nie, saya nak kongsi satu part yang ayat dia memey masyukkk la kat diri saya nie. Kalau tak masyukk jugak ngan korang, den tak dapat nak nolong.

Part last sekali, kata-kata PAPADOM masa kat pantai. Nie dy:

"Kita semua mencari kebahagian dalam hidup kita, tetapi ramai yang tak faham apa ertinya kebahagian dan kesenangan. Ramai yang fikir bekerja keras setiap hari dan setiap malam untuk dapatkan kesenangan itu akan beroleh kebahagian buat mereka. Perlukah kita menanti kesenangan untuk kita bahagia?? Perlu ke kita tunggu hingga sudah kaya baru akan bahagia??. Sebenarnya kebahagian itu sudah menunggu kita.

Terpulang pada kita untuk memilihnya atau tidak, kebahagian sebenarnya pada aku ada pada keluarga kita. Pada ibubapa kita, pasangan hidup kita, anak-anak kita dan akhirnya cucu cicit kita. Semua tue tak memerlukan wang ringgit, cuma KASIH SAYANG dan MASA. MASA dan WAKTU yang diluangkan bersama keluarga itu pada aku adalah KEBAHAGIAN YANG SEBENARNYA.."

Yang benar : sa'dom dr citer #papadom2..

Korang paham tak apa yang sa'dom cuba bagitau?pahamlah sendiri malas nak jelaskan..
So..what is conclusion..?.conclusionnya, tak payah la kita duk kejaq sangat kesenangan sampai masa dengan mak ayah, family, anak2 tak de, nak jumpa sehari tu susah sangat. Buat ap semua tue. Yang penting masa kita tu untuk diorang itulah kekayaan sebenar perlu kita kejar. Kaya/kesenangan itu cuma barang perantaraan jer untuk melengkapkan happy keluarga. Apa yang penting MASA dan WAKTU.

OK..sekian entry kali ini ye..

Credit to : AFDLIN SYAUKI kerana berjaya hasilkan cerita yang bagus macamnie.

Nota kaki: Rindu MAH BAK kat kg, rasa bersalah kat mereka sebab awal-awal dah janji nak balik kg masa CNY. Tapi last minute tak jadik..huhu..T_T.  ..
Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."