Followers:

Monday, February 3, 2014

MANISNYA UJIAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Ok sebelum kita melangkah ke topik kita, jom senyum dulu...smile...
tak payah pun nak senyum kan, gerakkan bibir sikit keatas maka terbentuklah SENYUMAN..

Nak story sikit..dulu an masa kat U dulu i got a big-big problem, well u know..(ok xpyh nk ber'English sgt,i don't like English)...masalah besar la bagi saya iaitu dapat SURAT TUNJUK SEBAB dari kolej kediaman di Universiti of Money (bukan nama U sebenar)...alkisahnya kami seramai 15 orang semua dapat surat tue, didakwa berkomplot ingin menjatuhkan pihak pengurusan kolej (chewah macam lebih-lebih plak, betol nie tak tipu)..Then, bila dapat surat tue saya rasa macam nak pitam, yela sapa tak terkejut dapat surat tunjuk sebab dan berserta notis KELUAR KOLEJ wooooo...nak tepon parents dan adik badik kat rumah pun pikir sejuta kali,takot kena *pot pet..pot....tapi ALHAMDULILLAH, diorang paham, ayah saya siap cakap gini lagi "cakap kat diorang Bak dan kawan-kawan nak kesana selesaikan, pihak pengurusan sedia tak nak jumpa kami??"..fuyooo, macam bos gengsters lak my Daddy..ok,selesai side parents dan family saya, diorang tahu kami tak buat apa-apa kesalahan yang teruk pun sampai nak bagi notis keluar kolej dengan bagi surat tunjuk sebab, this is a one examples come from 'positif thinking'..itu yg saya nak sampaikan, korang faham?..ad yg tak faham tu faham la sendiri.. (maaf jikalau english sy tunggang terbalik, sy mmg benci english dan tak suka belajar english, itu yang english sampai loonie teruk habis..hihi)




Sambung lagi story atas tue..kami 15 orang nie kan kesian taw, kawan-kawan kolej kediaman ramai yang tak mow kawan dah dengan kami..pakat tok sey saim habis takot tempias keno ko pok dio..it's ok.. ada jer kawan-kawan yang setia bersama kami..yang tu saya salute dan hargai sangat3, yang tu baru leh anggap kawan, yang dah lari tue x-kawan mybe..takdelah kawan jugak, tapi tak ngam dahlaa...HIKMAH la nie, ALLAH nak tunjuk yang mana satu kawan kita..kalau nak tengok dia tue betul-betul kawan ke dok tengok time kita susah, diorang still sama dengan kita lagi ke atau tinggal kita terkapai-kapai dalam air mata sorang-sorang. Kalau yang still itulah KAWANMU, yang tinggal kita sorang-sorang berendam airmata tu biaq pi la dy..

Then...

Kami 15 orang yang dapat surat tue sebenarnya bukannya dh kenal sangat masing-masing. Tapi kenal-kenal satu kolej jelah.. Yelah, jumpa kat floor/surau/kantin senyum-senyum dan ada yang saya memang rapat. Tapi, ini kuasa ALLAH kan semua..ALHAMDULILLAH kami 15 orang boleh survive benda nie. Hubungan kami makin rapat macam adik dengan kakak (ini dengan kwn2 yang pompuan la , laki2 biase je)..makin lama makin rapat ukhuwah kami makin erat dan tak leh pisah dah..nak g mane-mane, ko roger aku..aku roger ko..kalau ada apa-apa masalah same-same selesaikan .. kalau nak nangis, nangis sesama..syukur sangat, disebalik UJIAN tue, ALLAH kurniakan KEMANISAN yang sampai hari nie saya tak leh lupa...ujian tue bagi kami menguatkan lagi kami, bukan mematahkan kami.. saya makin semangat nak idup, yela sebelum nie layu jer..bila dah sama-sama bagi semangat untuk bangkit, kami jadi semakin POWER!!..malah, kami berterima kasih pulak pada pihak pengurusan sebab bagi kami SURAT TUNJUK SEBAB..kalau tak, persahabatan kami tak seerat hari ini...

Ingat kawan...setiap yang berlaku ada hikmah DIA..jangan seydih,jangan monyok bila ditimpa ujian, musibah, mehnah..hadapilah dengan tabah dan kuat!!, i know u can do it...malah ALLAH SWT ada berfirman dalam AL-INSYIRAAH ayat 5-6:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesunguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. 

setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian, dua kali tu ALLAH SWT sebutkan....betol dan memey betul sepanjang kes penyelesaian masalah saya tue, last-last kami dapat jalan penyelesaiannya..kes perbicaraan kami tue ALHAMDULILLAH settle, hingga looonie jadi legenda buat kami, cara penyelesaiannya cukup simple tapi proses sepanjang nak selesai tue, fuh!!...ok sekian! 

Nota Kaki: Ujian itu MANIS, semanis lolipop yang berwarna-warni... 

( Hope korang dapat apa yang ingin saya sampaikan okey.. SMILE .. )


Jumpa lagi!!




Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."