Followers:

Tuesday, October 23, 2012

TAN SRI LIM GOH TONG (usahawan berjaya)





Jika terlintas di dalam pikiran kita yang kita ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Perlu kita ingatkan pada diri kita bahawasanya ‘dunia perniagaan’ menuntut SEPENUH PERHATIAN, TENAGA, MASA dan PENGORBANAN YANG SELURUH kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius (bukan seperti main masak-masak di waktu kanak-kanak).  Ingin saya mengupas serba sedikit akan hal ‘perniagaan + orang cina’. Perniagaan dengan orang cina amat sukar dipisahkan, malah ‘dunia perniagaan’ bagi golongan cina adalah separuh daripada dunia kehidupan mereka. Disebabkan hal ini, TAHUKAH ANDA bahawa ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina?. Lebih jelas lagi kalau saya katakan yang banyak perniagaan di Malaysia di ‘MONOPOLI’ oleh golongan ini. Dimana pergi golongan kita Orang Melayu? (pikir-pikir sendiri). 

Hakikat yang perlu kita telan walaupun pahit, kebanyakan orang Melayu hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan kita gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia.

Entry kali ini ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai ‘Rahsia@Tips Kejayaan TAN SRI LIM GOH TONG’. Maklumat-maklumat nie saya perolehi daripada pembacaan-pembacaan saya dalam beberapa article.  Sedia kita maklum yang TAN SRI LIM GOH TONG’ merupakan pengasas pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Sebagai rakyat Malaysia, harus kita berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi kita untuk terus maju dalam ‘dunia perniagaan’. Tak salah kita jadikan orang bukan islam sebagai contoh hidup sebagai inspirasi untuk kejayaan kita, hanya ambil serba-sedikit semangat yang dimilikinya bukannya contohi serba-semua tentang hidupnya, AWAS!!.. Ini kerana sepertimana yang kita ketahui bahawa majority kegiatan yang beroperasi di Genting Highlans Resort yang dimiliki oleh TAN SRI LIM GOH TONG adalah berteraskan judi, casino dan etc. (HARAM disisi ISLAM)

RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI LIM GOH TONG

  MERENDAH DIRI: 
Sentiasa merendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan
 menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan.
 Disamping itu akan sentiasa di sukai ramai kerana tidak sombong 
walaupun bergelar jutawan @ usahawan berjaya.

 BERSOPAN-SANTUN: 
Membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan.
 Ini kerana sifat yang tidak kasar (sifat berlembut; santun) menjadikan orang senang bila berada bersama dimana-mana (tidak cerewet).

MENGHORMATI ORANG LAIN: 
Sentiasa menghormati orang-orang sekeliling dan menerima pandangan @ pendapat orang. 
Nilai menghormati orang lain menggambarkan sikap dan peribadi kita secara total (keseluruhannya)

  MENEPATI MASA: 
Apabila membuat temujanji sentiasa menepatinya walaupun sesibuk mana sekalipun. 
Jangan memungkiri janji yang telah dibuat , penting untuk menjamin 
hubungan yang baik dengan semua orang.

BANGUN TIDUR AWAL DAN KEMBALI KE BILIK TIDUR LAMBAT: 
Sentiasa melebihkan waktu kerja
(rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari) dan mengurangkan waktu rehat.

  BEKERJA KERAS & SEDAYA UPAYA:
Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain 
bekerja kuat atas usaha diri sendiri dan bukannya atas usaha orang lain.

  AMALAN MENYIMPAN WANG:
Menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk 
dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. 
Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima.

BERMULA DARI BAWAH: 
Setiap titik peluh yang mengalir dari bawah akan memberikan kita keselesaan 
kepada hari mendatang dan kepada seluruh dunia.
 “TAHUKAH ANDA pernah suatu ketika Tan Sri Lim Goh Tong dikatakan gila 
apabila mengatakan hasrat untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Lihatlah,
 sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands.”

 TIDAK BERMAIN KOTOR DALAM PERNIAGAAN:
Tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. 
Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam 
pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk 
memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan
 sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya.

BERANI MENANGGUNG RISIKO:
Jika tidak berani untuk menanggung risiko, hasrat kita untuk memulakan perniagaan harus 
dilupakan (luputkan cita-cita untuk jadi usahawan). Sebarang kemungkinan yang kita 
akan jatuh @ rugi mesti kita sedia terima dengan tabah (REDHA) dan menjadikannya 
sebagai batu loncatan untuk terus kita membina masa depan yang cerah.

Inilah sedikit sebanyak tips-tips kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong yang saya perolehi sepanjang pembacaan saya. Ambillah kita serba-sedikit rahsia kejayaan beliau melalui tips-tips yang beliau amalkan sepanjang hidupnya dari awal hidupnya sebelum bergelar USAHAWAN BERJAYA sehingga beliau menutup mata sebagai ORANG CINA TERKAYA ASIA TENGGARA 2007 DENGAN ASET BERNILAI RM421.8 BILLION!!

P/S: Beliau mampu menjadikan diri sebagai orang dikenali seluruh dunia dengan kejayaannya sebagai ORANG CINA TERKAYA ASIA TENGGARA 2007  . Mampukah Kita??.. Tepuk dada tanya IMAN dihati, mampukah kita menjadi ORANG ISLAM TERKAYA ASIA TENGGARA suatu hari nanti...INSYAALLAH J..  

Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."