Followers:

Tuesday, October 23, 2012

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY (usahawan berjaya)



Jika entry lepas telah saya ceritakan sedikit sebanyak perkongsian about  tips-tips kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebagai usahawan CINA yang berjaya. Untuk kali ini ingin saya kongsikan pula serba-sedikit kisah hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai usahawan ISLAM yang berjaya. Maklumat-maklumat yang saya perolehi ini juga merupakan hasil daripada pembacaan saya dalam beberapa article. 

Sepertimana yang kita tahu yang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa menjadikan beliau masyur di pelosok rata-rata dunia di luar dan di dalam negara.

Falsafah hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary:
“pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras!”

RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

KERJA KERAS : 
Daripada satu bidang ke bidang lain (penjualan daging->pengangkutan-> penjualan beras->
penjualan gula->pembuatan pakaian dan kasut->pengurusan dan pelabuhan) 
menunjukkan yang beliau seorang yang sentiasa bekerja keras dari mula 
menceburi dunia perniagaan sehingga bergelar ahli korporat.

MINAT : 
Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang 
dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan.
 Ini kerana apabila kita meminati sesuatu itu kita 
akan menjadi seronok melakukannya tanpa bosan dan letih.

   BERTANGGUNGJAWAB:
  sentiasa ada sifat bertanggungjawab dalam diri. Berusaha memenuhi sesuatu yang di buat walaupun sepayah mana sekalipun, ini kerana sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam diri.

 RENDAH DIRI & BERSYUKUR: 
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki 
beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. 
Pesanan beliau “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita.
 Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita.”

  PENDERMA:
  Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskannya;beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.

TAK BERPUTUS ASA:
  Merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek.

 MEMIKIRKAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI: 
Beliau sentiasa memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Kisah hidupnya mengajarnya akan erti jerit perit kesusahan. Beliau sentiasa memikirkan akan kepentingan semua orang termasuk orang bukan bumiputera. (Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu).

Sekian sahaja perkongsian serba-sedikit mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary daripada hasil pembacaan saya. Ambillah kita contohi mengenai diri Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan jadikan beliau sebagai salah sorang pembawa inspirasi dalam hidup kita untuk berjaya dalam dunia perniagaan terutamanya.   

P/S: Beliau mampu menjadi Bumiputera ISLAM yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion!!. Anda bagaimana??...tepuk dada tanya IMAN dihati, mampukah kita Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia seperti beliau suatu hari nanti..INSYAALLAH J..

No comments:

"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."