Followers:

Saturday, March 24, 2012

ZIKIR-ZIKIR PENYESALAN

ZIKIR-ZIKIR PENYESALAN

kesalan kejahilan melimpah merekah
menganyam tabir keindahan bertuhan
hanyut deras yang silam semalam
menjauh meratapi ditinggal sepi
gerimis panas menggelupas sudah

memaut dedaun yang kering kontang
kukuh pautan dedahan rimbunan
menoleh pulang tidak lagi
kembali kepangkal keinsafan
silap sendiri terpetik duniawi

syukur dilafaz diketengah hari
terjaga setelah jauh melangkah
memagar semula kemanisan iman
mengait sabar buih-buih idaman
jernih mutiara ingin digali
emas berlian timbul sendiri

tahajud malam menggantikan mimpi
diselangi isthikorah penuh syahdu
lantunan khalimahNYA dilafaz merdu
hayati khusyuk berintikan tawaddu'
getiran rindu melimpah ruah
dialun rancak zikir-zikir merdu

berteman ungas rancak menyanyi
lambaian pohonan gagah berdiri
bulan di awam jelita sekali
bintang berpimpin bersama rembulan
matahari pagi muncul lagi
teguhan rindu kukuh terpahat
dihujung hati sentiasa berteman

terpaksa bukan, dipaksa tidak...
rela demi sebuah KEHIDUPAN!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
24 Mac 2012/ 1 JAMADIL AWWAL 1433
0319-BUKIT ANGKASA,UNI MALAYA,kL



Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."