Followers:

Friday, July 30, 2010

Menangis dalam sepi....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..


Apa khabar semua??...saya harap semua baik-baik aje..Alhamdulillah saya  pun sihat molek hendaknya...sudah lama saya  tak update blog nie. saya  bz sikit, maaflah ya!..yang pasti saya  akan update lau ada waktu free..Ok, kali nie saya  nak kongsi satu kisah sedih yang berlaku pada diri saya ..emm,,apa yang terlintas di fikiran korang bile baca tajuk di atas??"Menangis dalam sepi"..tajuk pun berbunyi sedih jer,semestinya kisah nie kisah sedih..

Ceritanya bermula begini, pada 24/7 yang lepas..saya  ada terima panggilan dari kakak kat rumah mengatakan yang nenek sedang sakit tenat. saya  pun terfikir untuk balik kampung dengan segera tuk jenguk nenek sementara punyai waktu lagi. Nenek sebelah ayah jer saya  ada, di sebelah mak sudh lama kembali ke rahmatullah. So, terus saya  call abang kat seremban tanya die samaada die nak balik atau tak. Rupanya die pun on da way nak balik kampung. saya  apa lagi, terus pelawa diri untuk balik bersama abang. Abang bersetuju dan kitorang bertolak pulang dalam kira-kira jam 12mlm lebih.

Perjalanan dari KL ke kelantan mengambil masa kira-kira 7 jam lebih. Punyalah lama, sakit urat-urat dan tulang belakang saya  Tapi takpe, kami tak kisah demi nenek yang tercinta kitorang tak hiraukan asalkan nenek dapat kami temui dengan segera. sesampai jer kat rumah paada pagi, kami mendapatkan mah(panggilan untuk mak kitorang) yang sedang tidur keletihan daripada berjaga malam menjaga nenek kat rumahnya. kata mah,nenek dah tak sedar dah, duk terlantar kat tilam empuknya.

sesudahnya breakfast, terus kami ke rumah nenek. sedihnya bila tengok nenek dah tak khabar apa dah, terlantar kat tilam. Atuk plak, sekejap tido sekejap bangun. runsingkan nenek agaknya. Sayu hati saya  bila tengok atuk dan nenek macamtue. saya  dan adik beradik saya  duk tepi nenek dan meramas tangan nenek, sejuknya bukan main, wajah nenek pulak pucat lesi. Semasa nenek sihat, nenek agak aktif..nenek suka berkebun, banyak tanaman nenek tanam.Kitorang bila g rumah nenek, ada-ada jer benda yang dia bagi untuk kitorang wat balik kat rumah. Itulah nenek saya , seorang yang baik dan rajin.

lebih kurang 5 jam saya  duk kat rumah nenek. saya  pun balik la rumah, balik umah tue saya  terus tido cuz sakit urat-urat belakang tak hilang lagi. pada waktu malam sekali lagi saya  kerumah nenek bersama kakak yang baru pulang dari PEKAN untuk melawat nenek. sesampainya kami kat rumah nenek terus kami menuju ke tempat nenek tido. Punyalah ramai orang, nenek nampaknya makin tenat. orang sekeliling duk baca yaasin hadiah kat nenek. Atuk plak duk di hujung kerusi, termenung jer nampak. sedih saya tengok kat atuk.Dalam atinya sedih bukan kepalang tapi die tak tunjuk kat kitorang. Bila kitorang tegur die, die jawab dan senyum kat kitorang. kitorang tahu atuk duk melawan hatinya yang kian rawan, sedih pilu dan sayu.

saya  balik sekejap jer cuz kuliah start hari isnin, tapi hari isnin tue saya  ambil MC sendiri. takpe sekali sekala kan??..pada pagi isnin tue saya  sekali lagi ke rumah nenek untuk mengucapkan selamat tinggal kat atuk dan nenek cuz petang tue saya  nak bertolak pulang ke KL dah. saya  nampak nenek pagi tue cukuplah segar dan dah tak pucat dah. nampak makin sihat sikit dari hari sebelumnya, saya  panjatkan kesyukuran pada yang ESA...sebelum pulang kerumah, saya dan abang-abang saya  kucup pipi, dahi nenek. sedih kami nak tinggalkan nenek dalam keadaan begitu, tapi apakan daya, perjalanan hidup mesti diteruskan. saya  kucup tangan atuk dan cakap-cakap sikit dengan die. Sempat die tanya kenapa dah nak pulang KL, tinggal la satu hari lagi tapi saya  kata tak boleh class saya  takleh ponteng. Masa tue saya  tengok airmata tuk menitis di pipi, hati saya  sebak bukan kepalang lagi. hanya TUHAN yang tahu betapa sedihnya saat itu. Apakan daya saya , semuanya TUHAN yang aturkannya. kita sebagai manusia kena terima semuanya dengan rela hati.kira-kira kul 1ptg saya  bertolak ke KL. abang saya  buat keputusan untuk lalu ikut jalan cameron highland untuk ambil angin sikit. kitorang setuju jer, sesampai kat cameron highland lebih kurang pukul 5lbh kitorang singgah sebuah kedai untuk jenguk barang serba sikit. di situlah abang dapat panggilan dari mah kat rumah mengatakan nenek sudah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailahirajiunn...akhirnya nenek pergi untuk selamanya di saat kami dalam perjalan pulang ke KL. sedih hati hanya tuhan saja yang mengerti. terus mood saya  berubah menjadi silent. Masa duk atas kereta Kitorang bincang sekejap macamana, nak teruskan perjalan atau patah balik. Akhirnya abang ambil keputusan untuk terus perjalanan ke KL cuz kak ipar ada exam keesokannya. jadi, kami ikut jer. sepanjang perjalanan tue saya  mendiamkan diri, bercakap tidak sekali. sepatah abang tanya sepatah jugak saya  jawab asyik duk melayan perasaan sedih yang teramat sangat.

kalau korang la kan, macamana perasaan korang saat tue. sedih bukan.. saya  tak tahu nak watpe dah. saya  duk fikrkan pasal atuk kat rumah macamana bila nenek dah takde. mesti atuk sedih bukan main lagi..tapi, yang pergi tetap pergi tak dapat dah nak pulangkan kembali. nenek saya  kembali ke rahmatullah pada 26/7 kira jam 6 lebih. Itulah tarikh keramat....Dalam lebih kurang pukul 11.30 malam saya A sampai kat hostel. sesampainya kat hostel terus kepala saya  berdenyut bgaikan nak pecah otak yapi saya  gagahkan jua untuk sedekahkan sebuah bacaan yaasin untuk nenek. selepas tue terus saya  tido dan hajat pagi esok tue nak ke kelas. tapi, kepala masih berdenyut dan badan panas..saya  ambil keputusan untuk tak ke kelas hari tue. sekali lagi saya  ambil MC sendiri. pada hari tue, satu hari saya  duk mendiamkan diri dalam bilik. saya  duk ingat kembali saat detik bersama nenek. sungguh pilu hati ini di saat kehilangan nenek yang disayangi.

setakat ini sajalah yang mampu saya  kongsi...sebak dah hati saya  nie..sebelum saya  menghabiskan bicara saya , saya  nk pesan kat korang supaya baliklah jenguk nenek2 korang lau nenek korang masih ada. jangan bila dah takde baru nak cari. Ingatlah selalu yer, jangan duk abaikan neenek saat nenek sakit..k..lah saya  mintak korang sedekahkan al-fatihah buat nenek saya  ye..semoga nenek dicucuri rahmatNYA, dan bersemadi dengan aman..al-fatihah....

wassalam...jumpa lagi!!
Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."