Followers:

Sunday, May 13, 2012

RASA

Rasa Cinta,
lahir di jiwa hanya pada ILLAHI
coreti di hati agar tidak di lupai
DIA utama sebenar selayak dicintai
tiada siapa yang berhak melain ILLAHI
teguhi IMAN pada diri suburkan hati
mencintai ILLAHI sepenuh hari
mengabdikan diri bersujud menyembah ILLAHI

Rasa Rindu,
hadir sentiasa hanya pada RASULULLAH
istiqomah rasa biar tertanam dijiwa
barakah BAGINDA terokai hari-hari
mulianya BAGINDA sanjungan serata
terasa hina diri andai dia masih ada
memohon meminta  dijumpa BAGINDA
mengubati rindu mengepung dipungguk rasa

Rasa Kasih,
bergetar di jiwa hanya pada IBU AYAH
menyala terpahat padu di dalam kalbu
dalam kejauhan bukanlah penghalang
sesaat sedetik jurain semaian  kasih
potret senyuman pengukir pengubat rindu
menyembuh kesedihan mengubat kerinduan
mekar kasih sayang erat ikatan perhubungan

NUR IBTIHAJ :0239
11 MEI 2012|20 JAMADIL AKHIR 1433
TAMAN BUKIT ANGKASA, KL
Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."