Followers:

Wednesday, April 11, 2012

OH WANITA

OH WANITA

OH wanita!
lantaran kekufuran masyarakat jahililah;
diletakkan dirimu rendah dijual mengaut harta
dipandang dirimu jijik dibuat pemuas nafsu durja
dikatakan dirimu sial dianggap pembawa malapetaka
sedihnya laku akhlakmu terbiar maruah tergadai

munculnya ISLAM pembawa cahaya kesinaran
dinaik tinggi darjat kemulian nilai seorang wanita
akhlak diajar dikawal terjaga maruah terbela
dijanjikan TUHAN diberi kemudahan wangian syurgawi
suruhan perintahNYA wajib dituruti dilaksana

ringannya cuma amalan sedikit dijamin kesyurga
masuki pintu yang mana kamu suka itulah jamin-NYA
teguhkan tiang agamamu solat sembahyang lima waktu
cekalkan menahan lapar dahaga barakah puasa ramadhan
pelihara maruah diri mentaati pemilik cintamu suami

OH wanita!
untungilah dirimu dilahir dijadikan sebagai wanita
kau tahu begitu bernilainya dirimu cukup berharga
pernah hukamak menyebut;"wanita tiang tunggak negara,
jika dirimu rosak,rosaklah negara itu..jika baik dirimu
baik pula negara itu beserta anak bangsa jua!"

kecerdikanmu tidak pada kepintaran berpendidikan tinggi
tetapi pada kecerdikan nilai hati budi pekerti
kecantikanmu tidak pada cantik wajahmu diselaputi solek
tetapi pada kecantikan akhlak dipelihara mulia
kecerdikan hati kecantikan akhlak pembina solehah
nilai dirimu terletak pada iman didada tertanam dijiwa

OH wanita!
kawal selia pancainderamu dari tipu daya dunia
pahati batas pergaulan jaga lidah jua pandangan
didik nafsu dari terlepas ke lembah kehinaan kotoran
buruk padah terlepas kawal binasa jiwa rosak iman
usah dihampakan jika tidak popular ditengah pikuk dunia
asalkan terkenal disisi TUHAN tinggi diangkat darjat

pangkat hartawan nama gelaran bukan menjadi sanjungan
muliamu wanita bukan dikenal diseluruh pelosok kota
bukan jua pada hasilan teori falsafah pencatur dunia
tidak juga pada merdu indah suara dijaja disini-sana
lemah lembutmu penyayang penyabar sebagai ukuran..
kecantikan keindahan akhlak tingkah sebaik-baik ukuran..
tenang wajah nyaman santun wanita solehah itulah ukuran..

oh wanita!!..

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
0005:11 APRIL 2012|19 JAMADIL AWWAL 1433
TAMAN BUKIT ANGKASA-UNI MALAYA, KL

Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."