Followers:

Wednesday, April 18, 2012

HUJAN SENJA

HUJAN SENJA


HUJAN SENJA

laju membasahi kelopok mekar
menyerap kedalam perdu-perdu hijau
turun menyirami alam fana lara
berdentum petir mengganas di angkasa
memanah kilat bersahutan memekik

bergetar urat nadi berhenti sekejap
menggosok pundi hati menahan sebak
bayangan ketakutan memancar menyinari
si mulut rancak melafaz ayat-ayat suci
gema-gema zikir memenuhi sanubari

sungguh ianya sayu sekali
HUJAN SENJA, ANUGERAH ILLAHI....

NUR IBTIHAJ:1647|26 JAMADIL AWWAL 1433
FAKULTI EKONOMI DAN PENTADBIRAN

Post a Comment
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."