Followers:

Thursday, July 15, 2010

W.A.N.I.T.A



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..


Syukur pada ALLAH kerna di anugerahkan kesempatan untuk terus menulis,membaca dan sebagainya di bumi Islam ini.

Bila saya sebut wanita,apa yang terlintas di fikiran korang??..Ibu korang, adik-adik korang, kakak-kakak dan saper sajelah sebab wanita di dunia nie ramai melebihi lelaki. Betul bukan apa yang saya katakan, memang hakikat wanita di bumi ALLAH nie ramai dan tersangatlah ramai.

Wanitalah penyeri dunia, tanpa wanita hidup insan yang digelar ADAM tak sempurna sepertilah memakai selipar sebelah kaki jer. Yang sebelah lagi nampak cukup tak sempurnakan cuz takde selipar yang menutupinya. Begitulah kehidupan kita nie, wanita dan lelaki saling memerlukan antara satu sama lain. Ok, di sini saya  nak berbual-bual pasal wanita dan mungkin lain kali saya  bualkan pasal lelaki plak,insyaALLAH.

Kakak-kakak dan adik-adik, apa kata kita sebagai wanita ibaratkan kita seperti epal (Wanita ibarat epal). Maksud saya  bukanlah bulat macam epal,bukanlah hijau & merah macam epal. Umpamalah wanita nie seperti epal yang berbuah di pohon-pohon. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi dan dibeli kerana ia berguguran di tanah tanpa kita memetiknya terlebih dahulu. Tapi, epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak sana. Susah dipetik, susah digapai. Apatah lagi nak di makan, jauh sekali.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum di petik. Lastas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya dan nilainya. Hakikatnya, epal itu terlalu tinggi kerana terlalulah elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Begitulah jua wanita-wanita solehah.

Hanya pemuda-pemuda sejati yang benar-benar hebat sahaja boleh memperolehinya. Mungkin bukan didunia tetapi mungkin di akhirat yang kekal abadi. Biarlah jodonya bukan di dunia, asalkan cinta ILLAHI mengiringinya. Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia tapi lebih bermakna bila ALLAH sendiri mengarahkan hamba yang di sayangi untuk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi sedarilah bahawa ALLAH telah menjadikan kita sebagai wanita dengan 1001 keindahan.

Usahlah kita duk runsingkan diri bila kita tengok kawan-kawan dah ada pakwe or BF, tapi kita masih menyendiri. Telah ALLAH tetapkan dah kita dijadikan berpasangan, usahlah risau. Bahkan makhluk lain ALLAH ciptakan berpasangan, inikan pula kita makhluk istimewa iaitu manusia. So, jadilah seperti epal yang tinggi di puncak bukan epal yang bertaburan di tanah yang tiada nilainya, marilah kita sama-sama renung-renungkan di mana nilai kita dan yang mana pilihan kita.

Tercipatanya kita seorang wanita dari rusuk lelaki yang akan menjadi suami kita kelak. so, untuk mencarinya perlu kita mempersiapkan diri kita terlebih dahulu. Nanti bila sampai masanya ketemulah kita dengannya. Sedarilah kita betapa besarnya kuasa TUHAN yang ESA. semasa di dalam perut bonda lagi telah dipelihara oleh bonda agar sihat tumbesaran kita. Bila kita dilahirkan seorang wanita. tugas kita adalah pelihara maruah kita baik-baik. Jaga martabat kita supaya tak mudah orang nak sentuh.

Akhir bicara, semoga apa yang nak EMA sampaikan nie dapat di fahami oleh kawan-kawan semua. Jomlah kita sama-sama doakan diri kita supaya kita sentiasa menjadi seorang insan yang mulia disisi ALLAH, suami, keluarga dan orang ramai. Ingatlah, "wanita yang baik hanya untuk lelaki baik, dan sebaliknya."


No comments:

"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."