BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.
THE WEDDING BREAKER telah diadaptasi film dalam slot akasia yang bertajuk ARIANA ROSE. sapa tak tahu??..hihi..semua tahu kan..baru semalam 13/2/2014 episode lastnya..citer nie boleh la kalau nak layan petang-petang pas balik kije tu tapi jangan lupa maghrib first k, sebabnya bukan ape, cite slot akasia nie main kul 7 malam, waktu tue laa setan tengah duk berkeliaran duk mengampu-mengampu kita supaya terleka dengan benda-benda hiburan macam nie. (huhu..sebab saya pun kadang-kadang terleka gak duk tengok benda alah nie kat TV3..sedar-sedar dah nak kul 8..huhu)..
Korang kalau nak lebih faham apa motip citer nie sebenarnya, baik korang baca novel dia. Baru korang akan faham apa yang cuba disampaikan oleh writers sebenarnya. sebab..citernya kat TV tue dah banyak lari sikit. Nak wat islamic tapi dah tak islamic plak..huhu..
Awal-awal novelnya nie ok la not bad..citer bagaimana kecekalan seorang wanita yang telah dinodai bangkit semula meneruskan hidup walaupun terkadang peristiwa hitam itu menghantui mimpi-mimpinya. ARIANA seorang insan yang berdosa tapi insaf dosa-dosanya, dan menerima takdir dengan cekal dan kuat, itu yang nak disampaikan penulis bagaiamana dia tabah mengharungi hidup dia walaupun dalam keadaan tertekan. Hanya berlandaskan dia nie seorang hamba insan milik ALLAH penciptanya.
Dosa itu seperti paku yang diketuk pada tiang. Apabila dia bertaubat, ibarat paku itu dicabut dari tiang. Satu per satu... Tapi kesan dan lubangnya tetap kelihatan pada tiang. Sama seperti dosanya [page 455]
Banyak pengajaran yang ingin disampaikan dalam buku nie, kena baca dua tiga kali baru korang akan faham pe motip sebenarnya. Bukan lebih pada cinta-cinta semata-mata, tapi more pada bagaimana seorang insan boleh mendekatkan diri pada TUHAN dia apabila keinsafan sudah datang menjengah. Itu watak ADAM. Hanya dalam novel korang akan faham watak sebenar ADAM, dalam filem ia lari sikit (bukan sikit la, banyak).. baca laa tak rugi, boleh ambil ilmu. Ingat kawan, kita baca buku @ novel ke, jangan duk terapung sangat dengan fairytale cinta-cintun dalam tue, cuba amik ilmu yang ingin disampaikan, niatkan dalam hati kerana itu.
Cuma satu..saya tak berapa suka novel-novel yang nak jugak citer hal-hal dalam bilik. Saya rasa tak patut la kot sebab peringkat umur yang baca novel nie majoritinya dari budak sekolah menengah lagi, itu yang kurang sesuai, ini bagi saya la...Last part novel nie kurang sikit bagi saya after diorang kawen macam fairytale sangat duk menceritakan kebahagian diorang macam tak berapa nak logik pun ada, then yang saya tak berapa setuju bila ARIANA nie tak langsung nak mengenali bakal suaminya, hanya dengar suara from call ADAM dan ceramah-ceramah pendek ADAM tue membuat dia terus terpikat...huhuhu...ok done untuk critism.!!
selamat membaca ya semua!!
[SINOPSIS THE WEDDING BREAKER]
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
No comments:
Post a Comment