KITA DIUJI
jernih mutiara meleburi pipi
membasahi hati yang kering mati
ditahan jangan ia melabuh
akhirnya ia melabuh memenuhi
mendingini denai yang sebelum ini mati
pasrah akur pada ujian ILLAHI..
redha pada takdir ketentuan ILLAHI..
kita diuji kerana DIA mencintai
bukan kerana DIA membenci
harus ditelan,dimamah lunyai
hakikat pengembaran perjuangan
gagal itu bukan untuk selamanya
gagal itu hanyalah sementara cuma
usah menangisi lagi...
usah meratapi lagi...
bangkitlah!!...bangunlah!!
NUR IBTIHAJ (N.H.G)
FEA UM, 19:53 |26092012