Followers:

Monday, February 17, 2014

DIMANA PERGI ILHAMKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Huhuhu....

Dimana la pergi ilham dalam jiwa nie, dulu selalu gak saya menulis puisi-puisi..
kalau korang scroll down balik post lama-lama korang akan jumpa,
puisi-puisi yang saya 'lukis' dulu kala..
sekarang nie entah kemana perginya ilham tue..
saya pun tak tahu kemana ia hilang..dah tak nak singgah dah.. :(

Best tau tulis puisi nie kalau korang nak tahu, tak tahu nak cakap camne sebab hanya orang yang faham tentang puisi nie akan tahu kenapa saya cakap best..



Saya ada jugak hantar cerpen,puisi-puisi di majalah dan kat online pun ada. Tapi, mungkin nasib kurang baik kot. Tak disiarkan..huhu..

But...nie cerpen pertama saya disiarkan di penulisan2u ..
Tajuk cerpen nie YUSUF & ZULAIKHA...
banyak kurangnya cerpen saya nie...
maklumlah masih baru mencuba..huhuhu


selamat membaca.. :-/

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Bertemu lagi…semoga sihat blakow-lakow..
Hari nie saya nak kongsi dengan korang info penting nie..
semua patut amik tahu taw…

Iaitu makanan kegemaran Nabi kita RASULULLAH SAW…
Kita patut kena tahu la benda nie, bile dah taw jadikan sebagai rutin dalam hidup kita..Makanan kegemaran Baginda banyak,tapi ini antaranya laaa…



1)Barli – bagus untuk demam jika dibuat sup

2)Kurma – Nabi Muhammad saw berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3)Buah Tin-Buah dari syurga, boleh mengubati buasir

4)Anggur-Nabi sangat suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut

5)Madu-Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panaa, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum waktu pagi bersama air suam.

6)Tembikai (segala jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya

7)Susu-Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak dan memperbaharui pandangan, juga membuang kelupaan.

8)Cendawan-baik untuk mata, perancang keluarga

9)Minyak zaitun-Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut

10)Delima-membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari


11)Air-Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk, jika diteguk mudah mendapat sakit pada hati. 


Ini saja antara makanan-makanan kegemaran baginda..segala perkongsian nie saya dapat pun melalui perkongsian kawan-kawan...

Jom kita amalkan untuk diri kita! banyak khasiatnya kan...

ok..wassalam..
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."