Followers:

Thursday, March 29, 2012

LUKISAN ITU..

LUKISAN ITU...

buta dalam keindahan
pekak dalam kekecohan
bisu dalam keriuhan
derita dalam kebahagaian

aku dalam dunia aku
dia dalam dunia dia
aku pergi,dia kemari
aku kemari,dia pergi
dia kesana,aku kesini
aku kesini,dia kesana

aku keliru diam membisu
tersujud kaku cecah sejadah
keigaun kengerian hanyut menyerah
hilang terhapus segala gundah

kepastian itu menjalar pudar
keyakinan itu merekah rapuh
kepahitan itu menjerat kukuh
kesedaran itu mencair teguh

lukisan itu,lukisan hati...
lukisan itu,lukisan memori..
lukisan itu,lukisan mimpi..
lukisan itu,lukisan mati...


lukisan itu,lukisan...

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
29 Mac 2012/6 Jamadil Awwal  1433
1432-FAKULTI EKONOMI & PENTADBIRAN,UNI MALAYA,kL

SANG PEMIMPI

SANG PEMIMPI

hei! sang pemimpi
bangun kalian bangun
berhentilah bermimpi
padamkan ketidakpastian itu

hei! sang pemimpi
bangkit kalian bangkit
bermuhasabahlah dari kealpaan
lewati lorong sepi itu

hei! sang pemimpi
jagalah kalian jaga
KEESAAN TUHAN itu pasti
lakarilah pelangi indah
bukan lohong suram

hei! sang pemimpi
kejarilah yang sedikit itu
tinggal jauh yang melimpah
daki yang tinggi itu
tinggal yang curam


hei! sang pemimpi....


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
29 Mac 2012/6 Jamadil Awwal  1433
1546-FAKULTI EKONOMI & PENTADBIRAN,UNI MALAYA,kL

Sunday, March 25, 2012

KITO OGHE BERTUOH

KITO OGHE BERTUOH

kito oghe bertuoh,
MAH BAK tak seko tubik kitow duo
kitow duk samo2 dlm perut MAH
duk gocoh duk baloh bekali hari-hari
sie ko MAH duk bowok kito
sian male pagi petan

kito oghe bertuoh,
oghe lain g tadika xdo teme
kitow g samo2 pimpe tange
kok bira jale,kok dale pokok getoh
balik tadika kita balik samo2
make aiskring pop bli kdai stopa

kito oghe bertuoh,
petan2 kitow samo2 g kutip woh getoh
kitow maen pecoh2 wat lembea
penuh getoh pecoh kok atah tanggo
MAH ngepek ko kitow samo2
mujur kitow samo2, jd kure sikik bebane

kito oghe bertuoh,
masok sekoloh GAAL duk sekelah
g skoloh gendong basikal
mu nge ELI aku nge MAKKO
utung kitow ado abe2
meme kitow oghe tuoh

kito oghe bertuoh,
wat kijo sekoloh samo2
samo2 kopi paste tiro sebutir-butir
ngapa sipir samo2
kalu duk ingat keno kutil ko KAK NGOH
utung kitow ado kak2

kito oghe bertuoh,
masuk SANIAH plok samo2
so tikattan tahu kito beranok samo2
sumo oghe pelik sebab kito
ramai hok jupe biasonyo buke mace kito
beranok supo2, tino2..jate2
kitow dop, soram tino soram jate
meme kito oghe bertuoh

kito oghe bertuoh,
lonie kito besar panje dowh
masin2 blaja jauh2
soram pata timur,sore selate
molek sungguh aturan TUHAN
jauh2 kitow..tapi dekat sokmo raso
sebab bakpo??..sebab kito oghe tuoh kea..

keluargo kito ado supo kitow??
xdop dih...stakat nie kitow jah
kitow generasi pertamo hok nyetak
generasi kitow akan berlarutea
lepah nie ABE G pulok sambung
kitow meme tuoh la..

ALHAMDULILLAH..SYUKURLAH pado TUHAN
DIO rancea blako,
sebab DIA lah kitow tuoh..ingat tu!!
jange kitow lupo darate
gapow-gapow kitow wat ari-ari
pikir retek kow MAH BAK tu
nok wat bendo jahaK mitok jange
walaupom kitow duk jauh
tapi...ingat TUHAN tue!!

kito oghe bertuoh..
tubik berpasange,
KEMBA pertamo kluargo GHAZALI!

(khas untuk kembarku)

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
25 Mac 2012/ 2 JAMADIL AWWAL 1433
0419,kk3-UNI MALAYA,kL

SURAT BUAT MAH BAK

MAH....
Tanggal 7 disember 1989 aku kau lahirkan MAH..
Aku dilahirkan dengan penuh kegelisahan..
Ini kerana aku dilahirkan berpasangan...
Saat pasangan aku menjengah dunia..
Tinggal aku keseorgn dlm rahimmu itu..
Tidak mahu menjengah dunia barangkali..
Tapi.. tidak mungkin bagimu utk membiarkan aku keseorgn..
Aku terpaksa di operate kan..
Maafkan aku kerana dari awal aku menyakitimu..
Tapi...sungguhnya aku bertuah,ini kerana aku punyai pasangan ..
Untuk sama-sama mrmbesar dalam rahimmu..
TERIMA KASIH MAH....

BAK..
Aku dikau besarkan...
Aku dikau beri kasih dan sayang..
Aku dikau curahkan ilmu keagamaan..
Aku dikau sekolahkan..
Aku berterima kasih padamu MAH BAK..
Kerana tanpa dikau aku x mungkin jadi manusia seperti hari ini..
TERIMA KASIH MAH  BAK..

BAK..
Daripada aku xtahu apa-apa..
Aku mula mengenal alif,ba,ta..
Aku mula mengenal apa itu bola...
selepas TADIKA pergi pula aku sekolah RENDAH GAAl..
Temuinya aku ramai sahabat handai..
Disana aku mulai belajar menjadi nakal..
Sering kau timbulkan masalah..
Aku dipiat...aku di cubit...
Tapi aku tak endah..Apa lagi nak kisah...
MAAFKANKU MAH BAK..

BAK...
Usia remajaku kian meningkat..
MAAHAD SANIAH destinasi seterusnya..
Disitulah belajarku tauhid,tafsir,nahu,hadis dan seakan dgnnya..
Disitulah juga belajarku mathematic,bm dan sewaktu dgnnya..
ciptanya aku segalanya disana...
Aku belajar demi menjadi seorg yg berguna..
Malamku dgn buku-bukuku...
PMR penentu cita-citaku.. aku temui cita-citaku..
Dikau pendorong semangatku..
Aku memperoleh result PMR dengan apa yg aku mahu..
Itu semua demi dikau MAH BAK..

BAK..
Pergi pula aku ke SMK KAMIL..
Mencipta memori baru setelah 4 taun di SANIAH..
Di KAMIL aku mula berubah..Aku mula lupa dunia..
Dipertengahan form 4 aku mula terkandas..
Fizik,kimia,biologi neraka bagiku..
sering aku ponteng kelas2 aku..
sejarah bagiku dunia khayalanku..
P.islam kelasnya sering aku tido....
Hari demi hari..detik demi detik..
SPM penentu dimana aku...
selepas aku tahu resultku..
Dunia aku berubah,menjadi haru biru..
aku tidak tahu kemana arah tujuku..
Tapi..aku punyai teman2 yang tak hbs2 menyokongku..
MAAFKAN AKU MAH BAK..
sekali lagi aku mengecewakanmu..

BAK..
Mungkin ini rezeki bagiku..
terima kasih YA ALLAH
Aku mendapat tempat di MATRIKULASI KEDAH..
Betapa bersyukurnya aku..
Ini semua kerana dikau MAH BAK..
Dikau tak habis2 mendoakan utk anak2mu..
TERIMA KASIH MAH BAK..

MAH BAK..
Hari utk aku ke MATRIKULASI tiba jua..
Dihari aku kau tinggalkan disana, aku menangis meratap pilu..
Tangga di blok tempat rintihanku..
Malam2ku mengalir jernih mutiara..
Itulah pertama kali aku berjauhan darimu..
Tak pernah aku tinggalkan dikau berdua..
Bila aku berjauhan begitulah jadinya..
Menagisku disana selama seminggu...
Tapi..aku perkuatkan semangatku...
Aku tinggalkan masa sedihku itu..
Aku mula mengatur langkah..
Ini kerana aku tak mahu kecewakan dikau lagi..
cukuplah bagiku SPM ku hancur..
Akhirnya setahun zaman matrik aku lalui..
setahun aku cipta seJarah disana..
Banyak benda aku temui..
Itu semua demi dikau MAH BAK...

MAH BAK..
Matrik sudah aku lalui..masuki pula ku ke universiti..
UNIVERSITI MALAYA tempat aku hari ini..
Macam2 aku temui..pelbgai manusia aku jumpai..
Disinilah penentu masa depanku..
MAH BAK kebahagianku..
Disini sering aku ingati mu MAH BAK..
Bagi aku dikau segalanya..
Maruahku,maruhmu jua..
Tidak akan aku cemarinya demi mu MAH BAK..
janji aku dulu akn aku tepatinya..
segulung ijazah pasti aku bg pada mu nanti MAH BAK..
Itu janji aku padamu MAH BAK..
MAH tidak akan aku biarkan namamu tercemar disebabkan aku..
BAK tidak akan aku biarkan darah dagingmu ini mengotori segalanya..
Itu janji aku pada dikau berdua...
I LOVE U ...MAH BAK..dikau pembakar semangatku..
I LOVE U ...MAH BAK...cinta sayangku padamu sampai akhirnya..

I LOVE U MAH BAK
SEKIAN,WASSALAM..

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
02 OGOS 2011
0800-kk3,UNI MALAYA,kL

K 15 DALAM KENANGAN

K 15 DALAM KENANGAN

duduk ku sendirian dibwh pokok usang..
mencari ketenangan..mencari kesejahteraan..
ku paling sekeliling..ku mendongak keatas..
ku bisik 'betapa nikmatnya idop didunia pinjaman ini'..
ku panjat syukur dlm aty..ALHAMDULILLAH..

asyik aku gembira menikmati anugerahNYA..
tanpa kupinta..ujian dtg bertimpa-timpa..
ku mengalir airmata keluhan..tawaku dlm kedukaan...
tangisiku penuh penderitaan...
ketenangan bukan lagi didepan..

penat dlm keluhan..letih penuh pengertian..
penghujung malam sepi,ku muhasabah diri..
ujian datang kerana DIA ingin menguji..
ku sedari..aku masih punyai DIA..
DIA lah segalanya...ujian ditimpa ada hikmahnya..
aku kini mengerti..aku kini memahami..

..................................................................
kerana K15 aku masih boleh berdiri...
kerana k15 aku lebih mengerti...
kerana k15 aku bisa berlari lagi..
kerana k15 aku harungi duri dihati...

"luv u all | k15 sentiasa dihati...."
:salam perjuangan:salam persahabatan:



NUR IBTIHAJ (N.H.G)
25 Mac 2012/ 2 JAMADIL AWWAL 1433
0058-KOLEJ TUANKU KURSHIAH,UNI MALAYA,kL
....................................................................


Saturday, March 24, 2012

ZIKIR-ZIKIR PENYESALAN

ZIKIR-ZIKIR PENYESALAN

kesalan kejahilan melimpah merekah
menganyam tabir keindahan bertuhan
hanyut deras yang silam semalam
menjauh meratapi ditinggal sepi
gerimis panas menggelupas sudah

memaut dedaun yang kering kontang
kukuh pautan dedahan rimbunan
menoleh pulang tidak lagi
kembali kepangkal keinsafan
silap sendiri terpetik duniawi

syukur dilafaz diketengah hari
terjaga setelah jauh melangkah
memagar semula kemanisan iman
mengait sabar buih-buih idaman
jernih mutiara ingin digali
emas berlian timbul sendiri

tahajud malam menggantikan mimpi
diselangi isthikorah penuh syahdu
lantunan khalimahNYA dilafaz merdu
hayati khusyuk berintikan tawaddu'
getiran rindu melimpah ruah
dialun rancak zikir-zikir merdu

berteman ungas rancak menyanyi
lambaian pohonan gagah berdiri
bulan di awam jelita sekali
bintang berpimpin bersama rembulan
matahari pagi muncul lagi
teguhan rindu kukuh terpahat
dihujung hati sentiasa berteman

terpaksa bukan, dipaksa tidak...
rela demi sebuah KEHIDUPAN!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
24 Mac 2012/ 1 JAMADIL AWWAL 1433
0319-BUKIT ANGKASA,UNI MALAYA,kL



KERINDUAN

KERINDUAN

rasa itu bercambah lagi
makin ku tahan makin berdarah
usirku perlahan memujuk hati
mengalir sepi jernih mutiara
kering disapu angin bayu

imbasan wajahmu muncul kembali
kau disana aku disini
kau berteman aku sendiri
siang malamku dipenuhi sepi
lakaran wajahmu menyapa lagi

senyuman manismu datang ziarahi
ku balasi dengan linangan jernih
kau senyum lagi, dan lagi
ranting kupaut patah berkecai
daun ku pijak lebur mencair

membilang hari membilang waktu
kini, kering sudah lautan derita
kau disana ingin ku jengah
ingin kubicarakan rinduku padamu
hanya engkau yang satu

OH IBU...kau permata hatiku!


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
24 Mac 2012/ 1 JAMADIL AWWAL 1433
0345-BUKIT ANGKASA,UNI MALAYA,kL

:MAH SAYANG:

ADAM

ADAM

Ya sang Adam!
Gayamu yang perkasa,
langkahmu yang gagah,
lirikan senyummu yang menggoyah
habis merekah, menghancur
segala sum-sum dan urat
memamah jantung dan pekerti
memerangkap diri,membadi
hati...

Adam,
keluarkanlah syaitan dari hatiku.

Dirimulah fitnah itu
yang melemahkan sang hawa
memerangkap hati-hati pipit
yang tertawan dengan merak
sehingga membawa semua pergi
ke dalam parit perigi

Adam,
keluarkanlah syaitan dari hatiku.


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
22 Mac 2012/ 29 R. Akhir 1433
1820-BUKIT ANGKASA,UNI MALAYA,kL


MELANGKAH

MELANGKAH

Melangkah untuk perubahan,
ada yang melangkah kedepan
ada yang melangkah kebelakang
ada yang tidak pun melangkah

untuk apa melangkah kedepan?
hitam jadi putih
derita jadi bahagia
gelap jadi terang
hina jadi mulia
mati jadi hidup

untuk apa melangkah kebelakang?
gembira jadi duka
berani jadi penakut
teguh jadi longlai
kaya jadi fakir
celik jadi buta

istiqomahlah untuk melangkah,
bahagia menanti sentiasa
mulia menanti dalam senyuman
keberkatan menanti penuh pengharapan
keindahan menanti berpanjangan
istiqomahlah...istiqomahlah...

tanya diri,
adakah aku melangkah untuk aku?
adakah aku melangkah untuk sanjungan?
adakah aku melangkah untuk puji-pujian?
adakah aku melangkah untuk hidup mati aku?
tanyalah...tanyalah sendiri!

melangkahlah kedepan,
tinggal kekayaan itu
tinggal kegelapan itu
tinggal kehinaan itu
tinggal hanyutan itu
tinggal kecelakaan itu
tinggal sia-sia itu
tinggal munafik itu
tinggal kejahilan itu
tinggal durjana likat itu

melangkahlah!!..melangkahlah!!


NUR IBTIHAJ (N.H.G)
23 Mac 2012/ 30 R. Akhir 1433
1638-BUKIT ANGKASA,UNI MALAYA,kL




GAZEBO CINTA

GAZEBO CINTA


YA TUHAN!
kebetulan itu menjerati hati
itukah tanda sebuah permulaan?
penemuan itu kurasai meresahkan
inikah tanda sebuah suratan?
tertunduk rapat, terduduk lesu
zikir dijiwa rancak menyanyI

Tautan matanya, memancar sinar
lirikan senyumannya, melantun syahdu
getar suaranya, menghapus ragu
lembut gayanya, mencairi jiwa
perkasa budinya, merobek rasa

YA TUHAN!
ketumbuhan itu makin bercambah
ketumbuhan itu makin berakar
ketumbuhan itu makin mewangi
ketumbuhan itu makin memekar
ketumbuhan itu makin berdetar

malam siang ku lukis rindu
hujung petang ku rapati sendu
dingin pagi ku kait nur-MU
sunyi malam ku payungi sinaran

YA TUHAN!
rasa apakah ini??
makin diusir, makin kemari
makin diubati,makin sakit
makin dibalut, makin menanah

adakah rasa ini benar??
jika benar, tunjukku punca permulannya
jika benar, lukiskan cara penyelesainya
jika benar, terangikan warna suram itu

YA TUHAN!
biarkan rasa ini bersama..
biarkan rindu ini bercantum..
biarkan resah ini bergabung..
biarkan segalanya berganding seiring..

Ikatilah jiwa disini dan disana
rapatilan jurang disini dan disana
HALALkan rindu yang HARAM ini
HALALkan rasa yang HARAM ini
HALALkan resah yang HARAM ini..

Ya Tuhan...Oh Gazebo Cinta!

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
22 Mac 2012/ 29 R. Akhir 1433
2200-BUKIT ANGKASA,UNI MALAYA,kL


"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."