Followers:

Tuesday, October 23, 2012

HARGAI SAHABAT...

sahabat antara sahabat nie hatinya cukup halus...
perkara kecil pun dia boleh tersentuh even hal remeh-temeh
hatinya memang cukup halus..
ini kerana baginya sahabatlah tempat berkongsi segalanya
suka,duka,gembira,tawa semua dikogsi dengan sahabat
kekasih lain, family lain..

jangan panggil seseorang sahabat kalau suka dia sorang-sorang jer
jangan panggil seseorang sahabat kalau duka dia sorang-sorang jer
jangan panggil seseorang itu sahabat jika gembira tawa dia sorang-sorang jer


so...
kawan-kawan hargailah sahabat anda
hargainya bukanlah dengan selalu belanja dia makan
hargainya bukanlah dengan bagi dia hadiah mahal-mahal

JUST
cukuplah bila dia bersama kita,kita layan dia dengan terbaik
cukuplah bila di disisi kita,kita sentiasa 'sedar' akan kewujudan dia (jangan abaikan..)
cukuplan bila dia jauh dari kita kita SMS dia tanya khabar
cukuplah bila seminggu/sebulan sekali kita CALL dia say Hai..

(tak susah pun nak hargai sahabat nie)

cuba renungi makna HADITH yang tersimpan dalam foto di bawah, harap kita semua jadikan makna HADITH tersebut sebagai panduan sepanjang  seperjalanan hidup kita..

...Hal nie cukup penting...
"..JANGAN sesekali kita melayan sahabat kita sedemikian..."




(bagi sape yang betul2 fahami erti sahabat sebenarnya, dia akan faham yang sahabat nie hatinya cukup halus bila antara sahabat---sahabat)


REZEKI DI TANGAN ALLAH SWT...

"..Jangan takut tak dapat rezeki, dunia ini cukup luas untuk kita cari makan.
Jika kita bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mendatangkan
 rezeki untuk kita dari langit dan bumi dan dari mana sekalipun,
jika telah ALLAH tetapkan itu rezeki kita, maka milik kita jua akhirnya..."





Pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary:

“Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita.
 Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita.” 


..Jangan kita riak..
..Jangan kita takabbur...
..Jangan kita ujub...
..Jangan kita bongkah....
..SENTIASALAH BERSYUKUR...

CINTA HALAL




[COPY PASTE FROM FB]
Ingin saya berkongsi serba sedikit apa yang saya baca melalui FB beberapa hari lepas:

1)      SARANAN AGAR SEGERA BERNIKAH BAGI MENGELAK FITNAH

sabda Rasulullah saw :
'' jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa ''
(HR Baihaqi)

laisa lil mutahabbiina mitslunnikaahi
'' tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah ''
(HR Suyuti)

2)      PERTUNANGAN (mengikat janji)
- ramai masyarakat kita kini yg masih keliru HALAL HARAM perhubungan... mengikat janji PERTUNANGAN TIDAK MENGHALALKAN APA-APA....ia bukan tiket KEBEBASAN untuk berDUA-duaan...hukumnya tetap masih BUKAN MAHRAM..dan HARAM bersentuhan....

CINTA ITU ANUGERAH...
sabda baginda nabi saw :
'' aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya ''
(Ibnu Qayyim dalam kitab al-Daa'wal-Dawa)

CINTA ITU TENANG....
sabda baginda Rasulullah saw :
'' Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya ''
(al-A'raf 7:189)

3)      MENIKMATI CINTA HALAL
'' Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah memasukkan kecintaan ini ke dalam hati malaikat, Jika Allah membenci seorang hamba, maka Allah akan memasukkan kebencian ini ke dalam hati malaikat, kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia ''
(HR Anas)

*cinta halal itu membimbing kamu ke syurga*
“wath-thoyyibaatu lith-toyyibiina wath-thoyyibuuna lith-thoyyibaat”
'' dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik''
(al-Nur 24:26)

DOA PENGASIH....

“Allahumma habbib 'andaka hazaa ila 'ibadikal mukminin...”
ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku....
(HR Muslim)

~ BERCINTA MENGIKUT SYARIAT..IANYA LEBIH MANIS DAN LEBIH INDAH...TINGGALKAN CINTA NAFSU YANG SIA-SIA DAN MEMBINASAKAN..CINTA HALAL CINTA YANG DIREDHAI...HALAL ITU LAZAT, HARAM ITU LAKNAT ~

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY (usahawan berjaya)



Jika entry lepas telah saya ceritakan sedikit sebanyak perkongsian about  tips-tips kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebagai usahawan CINA yang berjaya. Untuk kali ini ingin saya kongsikan pula serba-sedikit kisah hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai usahawan ISLAM yang berjaya. Maklumat-maklumat yang saya perolehi ini juga merupakan hasil daripada pembacaan saya dalam beberapa article. 

Sepertimana yang kita tahu yang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa menjadikan beliau masyur di pelosok rata-rata dunia di luar dan di dalam negara.

Falsafah hidup Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary:
“pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras!”

RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

KERJA KERAS : 
Daripada satu bidang ke bidang lain (penjualan daging->pengangkutan-> penjualan beras->
penjualan gula->pembuatan pakaian dan kasut->pengurusan dan pelabuhan) 
menunjukkan yang beliau seorang yang sentiasa bekerja keras dari mula 
menceburi dunia perniagaan sehingga bergelar ahli korporat.

MINAT : 
Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang 
dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan.
 Ini kerana apabila kita meminati sesuatu itu kita 
akan menjadi seronok melakukannya tanpa bosan dan letih.

   BERTANGGUNGJAWAB:
  sentiasa ada sifat bertanggungjawab dalam diri. Berusaha memenuhi sesuatu yang di buat walaupun sepayah mana sekalipun, ini kerana sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam diri.

 RENDAH DIRI & BERSYUKUR: 
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki 
beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. 
Pesanan beliau “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita.
 Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita.”

  PENDERMA:
  Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskannya;beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.

TAK BERPUTUS ASA:
  Merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek.

 MEMIKIRKAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI: 
Beliau sentiasa memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Kisah hidupnya mengajarnya akan erti jerit perit kesusahan. Beliau sentiasa memikirkan akan kepentingan semua orang termasuk orang bukan bumiputera. (Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu).

Sekian sahaja perkongsian serba-sedikit mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary daripada hasil pembacaan saya. Ambillah kita contohi mengenai diri Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan jadikan beliau sebagai salah sorang pembawa inspirasi dalam hidup kita untuk berjaya dalam dunia perniagaan terutamanya.   

P/S: Beliau mampu menjadi Bumiputera ISLAM yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion!!. Anda bagaimana??...tepuk dada tanya IMAN dihati, mampukah kita Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia seperti beliau suatu hari nanti..INSYAALLAH J..

TAN SRI LIM GOH TONG (usahawan berjaya)





Jika terlintas di dalam pikiran kita yang kita ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Perlu kita ingatkan pada diri kita bahawasanya ‘dunia perniagaan’ menuntut SEPENUH PERHATIAN, TENAGA, MASA dan PENGORBANAN YANG SELURUH kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius (bukan seperti main masak-masak di waktu kanak-kanak).  Ingin saya mengupas serba sedikit akan hal ‘perniagaan + orang cina’. Perniagaan dengan orang cina amat sukar dipisahkan, malah ‘dunia perniagaan’ bagi golongan cina adalah separuh daripada dunia kehidupan mereka. Disebabkan hal ini, TAHUKAH ANDA bahawa ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina?. Lebih jelas lagi kalau saya katakan yang banyak perniagaan di Malaysia di ‘MONOPOLI’ oleh golongan ini. Dimana pergi golongan kita Orang Melayu? (pikir-pikir sendiri). 

Hakikat yang perlu kita telan walaupun pahit, kebanyakan orang Melayu hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan kita gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia.

Entry kali ini ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai ‘Rahsia@Tips Kejayaan TAN SRI LIM GOH TONG’. Maklumat-maklumat nie saya perolehi daripada pembacaan-pembacaan saya dalam beberapa article.  Sedia kita maklum yang TAN SRI LIM GOH TONG’ merupakan pengasas pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Sebagai rakyat Malaysia, harus kita berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi kita untuk terus maju dalam ‘dunia perniagaan’. Tak salah kita jadikan orang bukan islam sebagai contoh hidup sebagai inspirasi untuk kejayaan kita, hanya ambil serba-sedikit semangat yang dimilikinya bukannya contohi serba-semua tentang hidupnya, AWAS!!.. Ini kerana sepertimana yang kita ketahui bahawa majority kegiatan yang beroperasi di Genting Highlans Resort yang dimiliki oleh TAN SRI LIM GOH TONG adalah berteraskan judi, casino dan etc. (HARAM disisi ISLAM)

RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI LIM GOH TONG

  MERENDAH DIRI: 
Sentiasa merendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan
 menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan.
 Disamping itu akan sentiasa di sukai ramai kerana tidak sombong 
walaupun bergelar jutawan @ usahawan berjaya.

 BERSOPAN-SANTUN: 
Membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan.
 Ini kerana sifat yang tidak kasar (sifat berlembut; santun) menjadikan orang senang bila berada bersama dimana-mana (tidak cerewet).

MENGHORMATI ORANG LAIN: 
Sentiasa menghormati orang-orang sekeliling dan menerima pandangan @ pendapat orang. 
Nilai menghormati orang lain menggambarkan sikap dan peribadi kita secara total (keseluruhannya)

  MENEPATI MASA: 
Apabila membuat temujanji sentiasa menepatinya walaupun sesibuk mana sekalipun. 
Jangan memungkiri janji yang telah dibuat , penting untuk menjamin 
hubungan yang baik dengan semua orang.

BANGUN TIDUR AWAL DAN KEMBALI KE BILIK TIDUR LAMBAT: 
Sentiasa melebihkan waktu kerja
(rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari) dan mengurangkan waktu rehat.

  BEKERJA KERAS & SEDAYA UPAYA:
Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain 
bekerja kuat atas usaha diri sendiri dan bukannya atas usaha orang lain.

  AMALAN MENYIMPAN WANG:
Menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk 
dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. 
Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima.

BERMULA DARI BAWAH: 
Setiap titik peluh yang mengalir dari bawah akan memberikan kita keselesaan 
kepada hari mendatang dan kepada seluruh dunia.
 “TAHUKAH ANDA pernah suatu ketika Tan Sri Lim Goh Tong dikatakan gila 
apabila mengatakan hasrat untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Lihatlah,
 sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands.”

 TIDAK BERMAIN KOTOR DALAM PERNIAGAAN:
Tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. 
Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam 
pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk 
memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan
 sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya.

BERANI MENANGGUNG RISIKO:
Jika tidak berani untuk menanggung risiko, hasrat kita untuk memulakan perniagaan harus 
dilupakan (luputkan cita-cita untuk jadi usahawan). Sebarang kemungkinan yang kita 
akan jatuh @ rugi mesti kita sedia terima dengan tabah (REDHA) dan menjadikannya 
sebagai batu loncatan untuk terus kita membina masa depan yang cerah.

Inilah sedikit sebanyak tips-tips kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong yang saya perolehi sepanjang pembacaan saya. Ambillah kita serba-sedikit rahsia kejayaan beliau melalui tips-tips yang beliau amalkan sepanjang hidupnya dari awal hidupnya sebelum bergelar USAHAWAN BERJAYA sehingga beliau menutup mata sebagai ORANG CINA TERKAYA ASIA TENGGARA 2007 DENGAN ASET BERNILAI RM421.8 BILLION!!

P/S: Beliau mampu menjadikan diri sebagai orang dikenali seluruh dunia dengan kejayaannya sebagai ORANG CINA TERKAYA ASIA TENGGARA 2007  . Mampukah Kita??.. Tepuk dada tanya IMAN dihati, mampukah kita menjadi ORANG ISLAM TERKAYA ASIA TENGGARA suatu hari nanti...INSYAALLAH J..  

"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."