Followers:

Sunday, January 30, 2011

MENGAPA IBUMU MENANGIS??


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

assalamualaikum w.b.t

FAHAMILAH APA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT DIBAWAH..ANDA MUNGKIN MENGERTI KENAPA WANITA/IBU MENANGIS...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

sekian...wassalam..
P/S: faham-fahamkanlah...

Friday, January 28, 2011

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
...Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

[Saya nk mintak maaf pada tuan empunya doa nie,doa nie Saya amik dlm FB..sorilah tanpa kebenaran sy mengesharekannnya..harap diHALALkan]

Wednesday, January 12, 2011

Ampunkan dosaku!!!


Bismillahirramanirrahim...
assalamualaikum w.b.t...

MAH!!
BAK!!
Ampunkan dosaku!!

Apsal la,kenapa hari ini saya emo sangat nie...
teringat kat MAH...rindu kat BAK,
saya rasa cam nak balik skrg jugak.
tengah watpe agaknya mereke2 tue??..
saya rindu sgt2...

MAH & BAK,
kalaulah MAH & BAK baca entry nie,
kalaulah....

DOA HATIKU:

Ya Allah jika malam ini malam terakhirku,
KAU ampunilah dosaku..
KAU lindungilah ibuku (MAH) dan jugak bapakku (BAK)...
Ya Allah,aku sayang mereka Ya Allah...
Ya Allah,kau limpahkanlah mereka dengan rezekiMU,
rahmatMU,perlindunganMU..
Ya Allah,inginku bahgiakan mereka dengan kejayaanku...
Ya Allah,akan aku jaga maruahku..
Bagiku,maruahku adalah maruah ibu bapaku....

Ya Allah, aku tak ingin menjadi anak derhaka Ya Allah..
KAU jauhkanlah ianya dariku..
Inginku jadi anak SOLEHAH buat mereka..
Ingin aku menjadi pelindung mereka disaat mereka masih lagi ada buatku...
Inginku bahagiakan mereka
Ya Allah
...

....AMPUNKANLAH DOSAKU!!!!...


:. MAH & BAK...ratu jantung hatiku... .:
"Aku sayang kamu..."

Saturday, January 8, 2011

HUKUM TENGOK WAYANG


ASSALAMUALAIKUM..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ape kabare kwn2??...arap2 shat la deh..
ok...pd petang nie saya nk kongsi per yg saya baca lam FB baru2 nie..
iaitu mengenai APA ITU HUKUM TENGOK WAYANG...

by Nur Zulaikha Tusiran Al-hazeenillah on Tuesday, December 7, 2010 at 11:18pm
بسم الله الرحمن الرحيم
ya ALLAH,moga note ku ini dpt merungkai masalah aku dan sahabat2ku mengenai hukum tgk wayang ..

~~wayang????~~
sememangnya satu bentuk hiburan yg HOT pd masa kini..tp adakah kita aware dgn pelbagai pendapat mengenai hukum tgk wayang???sblm ini pon,saya masih tertanya-tanya apakah hukumnya..akn tetapi saya telah diajar dgn mengatakn hukum tgk wayang itu HARAM..
tp kenapa???

Mengikut pendapat ustaz saya...sesungguhnya di situlah tempat berhimpunannya segala maksiat disitu...maklumlah suasana yg gelap menginduce lg mereka utk berkelakuan tidak senonoh(Nauzubillah). Namun, terdapat pelbagai pihak yg berkata,"ak tgk wayang sbb nk release tension dan bknnya nk wat benda tak bermoral tue"...itulah kata kebanyakan org..malah...
ade yg berkata"bagaimana kalau saya tengok wayang bersama family???" adakah hukumnya masih HARAM!!!wallahu'alam~~

Maka pada hari ini,saya terpanggil utk BERKONGSI pendapat oleh Syeikh Dr Yusuf al-QaradhawI (ulamak tersohor dunia) mengenai hukum tgk wayang~~
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.(tidak pasti maksudnya ape,mohon penjelasan drpd sahabat2 yg lbh mengerti,syukran..)

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya dgn menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

kesimpulannya,Beliau berpendapat umat islam diHARUSkan utk menonton wayang selagi tidak melanggari 3 syarat tersebut..namun,byk lg hujah2 yg dipertikaikan oleh ulamak2 mengenai hukum ini~~saya berharap dgn pendapat tersebut dpt memberi guideline kpd kita semua dlmpemilihan wayang2 yg hendak kite tonton...

Segala yg baik itu dtgnya drpd ALLAH,dan segala kelemahan dan kesilapan itu dtgnya drpd saya...wallahu'alam..

Jadi...semuanya terpulang kepada anda semua samada macam mane anda memahami note ini...saya sekadar berkongsi k...

wallahua'lam...
"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."