Jika
terlintas di dalam pikiran kita yang kita ingin menceburkan diri dalam dunia
perniagaan. Perlu kita ingatkan pada diri kita bahawasanya ‘dunia
perniagaan’ menuntut SEPENUH PERHATIAN, TENAGA, MASA dan PENGORBANAN
YANG SELURUH kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius (bukan
seperti main masak-masak di waktu kanak-kanak). Ingin saya mengupas serba sedikit akan hal ‘perniagaan
+ orang cina’. Perniagaan dengan orang cina amat sukar dipisahkan, malah
‘dunia perniagaan’ bagi golongan cina adalah separuh daripada dunia kehidupan
mereka. Disebabkan hal ini, TAHUKAH ANDA bahawa ramai golongan jutawan Malaysia
terdiri daripada golongan Orang Cina?. Lebih jelas lagi kalau saya katakan yang
banyak perniagaan di Malaysia di ‘MONOPOLI’ oleh golongan ini. Dimana pergi
golongan kita Orang Melayu? (pikir-pikir sendiri).
Hakikat yang perlu kita telan walaupun pahit,
kebanyakan orang Melayu hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas
menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di
luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup
yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa
Melayu dan membuatkan golongan kita gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa
setaraf juwatan Malaysia.
Entry kali
ini ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai ‘Rahsia@Tips Kejayaan TAN SRI
LIM GOH TONG’. Maklumat-maklumat nie saya perolehi daripada pembacaan-pembacaan
saya dalam beberapa article. Sedia kita
maklum yang TAN SRI LIM GOH TONG’ merupakan pengasas pusat pelancongan terbesar
iaitu Genting Highlands Resort. Sebagai rakyat Malaysia, harus kita berbangga
dan menjadikannya sebagai inspirasi kita untuk terus maju dalam ‘dunia perniagaan’.
Tak salah kita jadikan orang bukan islam sebagai contoh hidup sebagai inspirasi
untuk kejayaan kita, hanya ambil serba-sedikit semangat yang dimilikinya
bukannya contohi serba-semua tentang hidupnya, AWAS!!.. Ini kerana sepertimana
yang kita ketahui bahawa majority kegiatan yang beroperasi di Genting Highlans
Resort yang dimiliki oleh TAN SRI LIM GOH TONG adalah berteraskan judi, casino
dan etc. (HARAM disisi ISLAM)
RAHSIA
KEJAYAAN TAN SRI LIM GOH TONG
MERENDAH DIRI:
Sentiasa merendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki
akan
menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan.
Disamping itu akan sentiasa di sukai ramai kerana tidak sombong
walaupun
bergelar jutawan @ usahawan berjaya.
BERSOPAN-SANTUN:
Membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka
berkawan.
Ini kerana sifat yang tidak kasar (sifat berlembut; santun)
menjadikan orang senang bila berada bersama dimana-mana (tidak cerewet).
MENGHORMATI ORANG LAIN:
Sentiasa menghormati orang-orang sekeliling dan menerima
pandangan @ pendapat orang.
Nilai menghormati orang lain menggambarkan sikap
dan peribadi kita secara total (keseluruhannya)
MENEPATI MASA:
Apabila membuat temujanji
sentiasa menepatinya walaupun sesibuk mana sekalipun.
Jangan memungkiri janji
yang telah dibuat , penting untuk menjamin
hubungan yang baik dengan semua
orang.
BANGUN TIDUR AWAL DAN KEMBALI KE BILIK
TIDUR LAMBAT:
Sentiasa melebihkan waktu kerja
(rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari) dan mengurangkan waktu
rehat.
BEKERJA KERAS & SEDAYA UPAYA:
Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain
bekerja kuat atas usaha diri sendiri dan bukannya atas usaha orang lain.
AMALAN MENYIMPAN WANG:
Menyimpan
wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk
dibuat pusingan
modal dan pelaburan yang akan datang.
Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan
untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima.
BERMULA DARI BAWAH:
Setiap titik peluh yang
mengalir dari bawah akan memberikan kita keselesaan
kepada hari mendatang dan
kepada seluruh dunia.
“TAHUKAH ANDA pernah suatu ketika Tan Sri Lim Goh Tong
dikatakan gila
apabila mengatakan hasrat untuk membangunkan Gunung Ulu Kali.
Lihatlah,
sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah
bertukar menjadi Genting Highlands.”
TIDAK BERMAIN KOTOR DALAM PERNIAGAAN:
Tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri
sendiri.
Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam
pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk
memajukan
perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan
sekeliling
dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya.
BERANI MENANGGUNG RISIKO:
Jika tidak berani untuk menanggung risiko, hasrat kita
untuk memulakan perniagaan harus
dilupakan (luputkan cita-cita untuk jadi
usahawan). Sebarang kemungkinan yang kita
akan jatuh @ rugi mesti kita sedia
terima dengan tabah (REDHA) dan menjadikannya
sebagai batu loncatan untuk terus
kita membina masa depan yang cerah.
Inilah sedikit sebanyak tips-tips kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong
yang saya perolehi sepanjang pembacaan saya. Ambillah kita serba-sedikit rahsia
kejayaan beliau melalui tips-tips yang beliau amalkan sepanjang hidupnya dari
awal hidupnya sebelum bergelar USAHAWAN BERJAYA sehingga beliau menutup mata sebagai
ORANG CINA TERKAYA ASIA TENGGARA 2007 DENGAN ASET BERNILAI RM421.8 BILLION!!
P/S:
Beliau mampu menjadikan diri sebagai orang dikenali seluruh dunia dengan
kejayaannya sebagai ORANG CINA TERKAYA ASIA TENGGARA 2007 . Mampukah Kita??.. Tepuk dada tanya IMAN
dihati, mampukah kita menjadi ORANG ISLAM TERKAYA ASIA TENGGARA suatu
hari nanti...INSYAALLAH J..
No comments:
Post a Comment