#COPY PASTE#
[Asal-Usul Aidiladha]
Pada suatu hari Nabi Ibrahim
bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya
yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun
memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim,
Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan
tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila
mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya
ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk
disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai,
keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan
orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan,
“Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya
sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang
terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh
Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada
tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik
untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup
tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang
tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun
melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun
mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher
anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai
seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup
matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah
apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.
Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil
bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan
amanat dari Allah S.W.T.
[[Peristiwa ini ada diterangkan
dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111]]
::Aidiladha adalah perayaan yang
istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya
Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
::Aidiladha jatuh pada hari
kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10
Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa
di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Berdasarkan kepada hadis
(terjemahan):
“Tiada amal anak Adam yang lebih
disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya
binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan
tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum
darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan
reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
.. (Hadis riwayat At-Tirmizi)..
SALAM AIDIL ADHA SEMUA..
No comments:
Post a Comment