Pasti semua tahu akan apa bendanya MLM nie, sapa tak tahu
sila GOOGLE ea =P , disini saya bukan ingin menceritakan pasal apa bendanya MLM
nie, tetapi nak ceritakan sedikit sebanyak
bagaimana anda nak kenali ‘PENIPU-PENIPU’ @ ‘AJK-AJK’ MLM nie, siapakah
mereka dan bagaimana ingin anda kenali mereka ini?,
CARA MEREKA MENARIK SIMPATI/PERHATIAN: sekarang nie ramai ‘penipu-penipu’ @ ‘ajk’ MLM sedang aktif bergiat melalui FB, FB adalah salah satu medium perhubungan diorang untuk menipu dan menarik mangsa. Berhatilah anda jika ada menerima sebarang mesej yang mengatakan ingin berhutang disebabkan masalah-masalah family, kesihatan dan sebagainya. Eg: “assalamualaikum Abu..sy perlukan pertolongan Abu ni..sy nk pinjam 300 dari Abu..sy sangat perlukan duit skrg ni Abu..demi masa depan sy..hidup dan mati sy..sy perlukan duit hari ni jugak Abu sebelum jam 3 ptg.. Abu tolong sy Abu..sy dah x tahu nk minta bantuan dari siapa lg..sy janji sy akan bayar semula tp bg sy masa..nnt sy cite pada Abu..skrg ni sy betul2 perlukan duit..”…hah, kalau korang la kan bila dapat mesej macamnie,apa reaksi? Ditambah pulak kawan baik sendiri yang menghantarnya, pasti anda sedikit sebanyak simpati kan…but, untuk kali nie…janganlah terpedaya, diorang semua nie akan menggunakan ayat-ayat emosi untuk menarik simpati anda semua, lagi teruk ada yang akan guna psyco dengan libat mak ayah kita sekali. BERHATILAH!!
CARA MEREKA MEMUTAR ALAM JAWAPAN: apabila korang
syak yang rakan anda join MLM, try anda cuba cakap macamnie, Eg: “Eh MLM tue
haram la, sudah-sudahlah dengan benda haram nie, keluarlah dari MLM, HARAM tau
x..” korang nak tau taka pa yang mereka akan jawab?, rata-rata akan bagi
jawapan macamnie, “cuba Ko cite kat aku bisnes mana yg x pakai sistem MLM?
event keje kerajaan pun ada sistem ni..cuma sama ada kita sedar atau x sedar
je..MLM sistem orang bwah penat2 keje cari duit tp yg atas kaya x yah keje
teruk2..betul? ok cuba tgk dlm syarikat..sape paling teruk kene keje? smpai ot
balik lewat2? sape? then kita keje2 teruk nk kaya kan sape? nk untung sape?
bukan kah itu juga MLM? mana2 syarikat, pekerjaan skali pun mmg ada sistem
networking..mana ada manusia keje dgn binatang..even jual wiskas makanan kucing
pun jual dekat tuan kucing bukan dekat kucing..betul x?”….hehe, macamnielah
cara diorang putar alamkan jawapan diorang, bagi sapa-sapa yang cepat sangat
percaya…BERHATILAH!! mereka nie rata-rata sudah di brainwash siap2 oleh
ketua-ketua dan orang atasan mereka nie untuk jawab-jawab soalan IF kita aju
soalan. That’s why kalau korang perhatikan, jwapan mereka seakan sama semua.
Betul x??...BERHATILAH!!
CARA MEREKA TEGUR KITA DEKAT FB: korang perasan tak
kalau ada-ada kawan korang tetiba jer kat FB rapat sangat dengan anda, diorang
tegur anda macam diorang dengan anda ‘bestfren forever’. Eg: “Hey Abu, jom ikut
aku p jalan-jalan nak” “ Assalamualaikum Abu ko tengah wtpe, ko chat?mak ayah
ko chat?” “Hey Abu, jom keluar makan..aku belanja ko” .. dan banyak lagilah
contohnya. Kalau korang perasan la, diorang nie actually bukan nak sangat pun
tahu pasal kita, bukan nak sangat pun keluar dan belanja kita nie, actually
diorang nak rapat dengan kita ada tujuan. Contohnya, bila kita keluar dengan
diorang, diorang akan bawa ke tempat ‘operasi’ diorang, hah!..maka kat sana
anda sudah terperangkap dengan permainan diorang. Disana anda akan dikelilingi
dengan pelbagai ‘manusia’ yang berwajah seperti mereka. Mereka berkelakuan
seperti antara anda dan mereka bagai ‘isi dengan kuku’, rapat sangat-sangat,
padahal orang-orang kat sana tue first time anda jumpa…hurmm, BERHATILAH!!
STATUS DAN PICTURE-PICTURE KAT WALL: kalau korang
perasan ‘penipu’ MLM nie akan post kat wall diorang dengan gambar wang-wang
bertaburan, berkibaran, kereta mewah-mewah and something like that la...diorang
akan tag anda-anda dengan gmbar tue. Nie tujuan, nak tunjukla yang diorang dh kaya
la dengan wat busnes ‘penipuan’ tue, hakikatnya diorang satu sen pun takde.
Dalam wallet kosong, dalam bank 00$$...kat wall jer yang lebih-lebih
sebenarnya. Then, kalau korang perasan jugak diorang punya status banyak kepada
motivation status about bisness, dan diorang akan sama-sama ‘like’ status
masing-masing bila salah sorang post something, aka nada yang komen
tambah-tambah kata-kata n etc, hurmm… ini adalah dinamakan nilai kerjasama
diorang. Kalau korang nak tahu, cuba tengok siapa yang like?..cube stalk
(sekali-sekala)…hehe,pasti diorang punya ‘ajk’ jugak yang komen n like
nie…BERHATILAH!!!
“…SENTIASALAH BERHATI-HATI, WALAUPUN DENGAN RAKAN KARIB ANDA
SENDIRI SEKALIPUN. MEREKA APABILA HANYA NAMPAK WANG DIMATA MEREKA;
MEREKA MENJADI BUTA. TANPA UNSUR PERIKEMANUSIAAN MEREKA SANGGUP MENIPU
DAN MENIKAM RAKAN BAIK SENDIRI, SEMENTELAH LAH RAKAN YANG BIASA-BIASA
LAGI MUDAH UNTUK DI TIPU…BERHATILAH!!!!”
((sedikit sebanyak pesanan dan perkongsian dari saya,
actually banyak lagi..tapi tak termampu nak ulas..berhatilah anda dengan
penipu-penipu MLM nie…))
P/S:Apa yang saya tulis nie pernah saya lalui sendiri dan
sesetengah kawan-kawan pernah terperangkap dengan penipuan mereka. BEWARE
SEMUA!!
No comments:
Post a Comment