Followers:

Sunday, March 25, 2012

SURAT BUAT MAH BAK

MAH....
Tanggal 7 disember 1989 aku kau lahirkan MAH..
Aku dilahirkan dengan penuh kegelisahan..
Ini kerana aku dilahirkan berpasangan...
Saat pasangan aku menjengah dunia..
Tinggal aku keseorgn dlm rahimmu itu..
Tidak mahu menjengah dunia barangkali..
Tapi.. tidak mungkin bagimu utk membiarkan aku keseorgn..
Aku terpaksa di operate kan..
Maafkan aku kerana dari awal aku menyakitimu..
Tapi...sungguhnya aku bertuah,ini kerana aku punyai pasangan ..
Untuk sama-sama mrmbesar dalam rahimmu..
TERIMA KASIH MAH....

BAK..
Aku dikau besarkan...
Aku dikau beri kasih dan sayang..
Aku dikau curahkan ilmu keagamaan..
Aku dikau sekolahkan..
Aku berterima kasih padamu MAH BAK..
Kerana tanpa dikau aku x mungkin jadi manusia seperti hari ini..
TERIMA KASIH MAH  BAK..

BAK..
Daripada aku xtahu apa-apa..
Aku mula mengenal alif,ba,ta..
Aku mula mengenal apa itu bola...
selepas TADIKA pergi pula aku sekolah RENDAH GAAl..
Temuinya aku ramai sahabat handai..
Disana aku mulai belajar menjadi nakal..
Sering kau timbulkan masalah..
Aku dipiat...aku di cubit...
Tapi aku tak endah..Apa lagi nak kisah...
MAAFKANKU MAH BAK..

BAK...
Usia remajaku kian meningkat..
MAAHAD SANIAH destinasi seterusnya..
Disitulah belajarku tauhid,tafsir,nahu,hadis dan seakan dgnnya..
Disitulah juga belajarku mathematic,bm dan sewaktu dgnnya..
ciptanya aku segalanya disana...
Aku belajar demi menjadi seorg yg berguna..
Malamku dgn buku-bukuku...
PMR penentu cita-citaku.. aku temui cita-citaku..
Dikau pendorong semangatku..
Aku memperoleh result PMR dengan apa yg aku mahu..
Itu semua demi dikau MAH BAK..

BAK..
Pergi pula aku ke SMK KAMIL..
Mencipta memori baru setelah 4 taun di SANIAH..
Di KAMIL aku mula berubah..Aku mula lupa dunia..
Dipertengahan form 4 aku mula terkandas..
Fizik,kimia,biologi neraka bagiku..
sering aku ponteng kelas2 aku..
sejarah bagiku dunia khayalanku..
P.islam kelasnya sering aku tido....
Hari demi hari..detik demi detik..
SPM penentu dimana aku...
selepas aku tahu resultku..
Dunia aku berubah,menjadi haru biru..
aku tidak tahu kemana arah tujuku..
Tapi..aku punyai teman2 yang tak hbs2 menyokongku..
MAAFKAN AKU MAH BAK..
sekali lagi aku mengecewakanmu..

BAK..
Mungkin ini rezeki bagiku..
terima kasih YA ALLAH
Aku mendapat tempat di MATRIKULASI KEDAH..
Betapa bersyukurnya aku..
Ini semua kerana dikau MAH BAK..
Dikau tak habis2 mendoakan utk anak2mu..
TERIMA KASIH MAH BAK..

MAH BAK..
Hari utk aku ke MATRIKULASI tiba jua..
Dihari aku kau tinggalkan disana, aku menangis meratap pilu..
Tangga di blok tempat rintihanku..
Malam2ku mengalir jernih mutiara..
Itulah pertama kali aku berjauhan darimu..
Tak pernah aku tinggalkan dikau berdua..
Bila aku berjauhan begitulah jadinya..
Menagisku disana selama seminggu...
Tapi..aku perkuatkan semangatku...
Aku tinggalkan masa sedihku itu..
Aku mula mengatur langkah..
Ini kerana aku tak mahu kecewakan dikau lagi..
cukuplah bagiku SPM ku hancur..
Akhirnya setahun zaman matrik aku lalui..
setahun aku cipta seJarah disana..
Banyak benda aku temui..
Itu semua demi dikau MAH BAK...

MAH BAK..
Matrik sudah aku lalui..masuki pula ku ke universiti..
UNIVERSITI MALAYA tempat aku hari ini..
Macam2 aku temui..pelbgai manusia aku jumpai..
Disinilah penentu masa depanku..
MAH BAK kebahagianku..
Disini sering aku ingati mu MAH BAK..
Bagi aku dikau segalanya..
Maruahku,maruhmu jua..
Tidak akan aku cemarinya demi mu MAH BAK..
janji aku dulu akn aku tepatinya..
segulung ijazah pasti aku bg pada mu nanti MAH BAK..
Itu janji aku padamu MAH BAK..
MAH tidak akan aku biarkan namamu tercemar disebabkan aku..
BAK tidak akan aku biarkan darah dagingmu ini mengotori segalanya..
Itu janji aku pada dikau berdua...
I LOVE U ...MAH BAK..dikau pembakar semangatku..
I LOVE U ...MAH BAK...cinta sayangku padamu sampai akhirnya..

I LOVE U MAH BAK
SEKIAN,WASSALAM..

NUR IBTIHAJ (N.H.G)
02 OGOS 2011
0800-kk3,UNI MALAYA,kL

No comments:

"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."