Sebarkan Bahagia with IMAN| Sebarkan Bahagia with CINTA| Sebarkan Bahagia with KASIH| Sebarkan Bahagia with SAYANG
Followers:
Monday, April 28, 2014
DIA TAHU APA KU RASA
ALHAMDULILLAH
SOLLU 'ALA NABI
ASSALAMUALAIKUM
Lama menyepi...hu..tak sempat nak update blog, busy sikit (busy la sangat...huhu)
Ok...ini kali saya nak kongsi kisah antara saya dengan my Bak (my dad)..
Ada la satu petang yang sepoii bahasa-bahasa , (chewahh jiwang la plak)..masa tu saya baru sampai rumah dalam kul 6 lbh, baru blk kije..saya call Bak saya, teringat kat dy tetiba..menjadi kebiasaan ayat first mase Bak angkat call, "kenapa call?.. ada ape?.." ..hii.. Then, ayt balasan saya lak, saya cakap "xde pe la..saja call, teringat kat Bak"...macam biasa la kitorang cakap-cakap cam biase-biase...
Walhal, masa tue saya sebenarnya tengah serabut..entahlah, tension duk pikir sal keje mybe..pastu, naluri seorang ayah, dia dapat rasa bebanan yang saya tanggung..Bak terus cakap, "nie bunyi macam senak dalam dada jer nie, kenapa ad masalah kerja ke?" (sapa tak paham pe mksud senak, sila chek kamus bahasa qlate ok..). hii..pastu saya diam jer...malas nk citer masalah saya tu..
Maka, Bak terus bagi tazkirah, bak suruh saya tahan ataupun bahasa kita 'oksss' dulu nk resign kerja tue..settlekan masalah dan semua hal yang ada.. Huu..dalam kepala saya, Eh! tahu-tahu jer Bak nie, apa yang kita tengah fikirkan ..inilah orang cakap 'Dia tahu apa yang kita rasa' .. Naluri seorang ayah kuat, walaupun duk beribu batu, tapi dia boleh rasa kesusahan anak-anak dia..cer tanyer diri kita nie, dapat ke kita rasa ea kesusahan ayah yang duk jauh nue, apa yang dia tengah fikir sekarang????
Hurmm...
Wednesday, April 2, 2014
I'M SORRY I CAN'T BE PERFECT
Bak, maafkan daku, ku tak dapat menjadi anak yang betol-betol engkau harapkan, menjadi seorang anak yang mampu membuat engkau bangga..segala apa yang kau rancang tidak termaktub pada diiri ku..maafkan anakmu ini..T_THey, Dad, look at me
Think back, and talk to me
Did I grow up according to plan?
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I 'm never gonna be good enough forYou
can't pretend that I'm alright
And you can't change me
Bak, ..ku cuba untuk membuat engkau bangga pada ku. setiap hari ku cuba baiki diri menjadi anak yang solehah semoga ku dapat membawa engkau sama-sama ke syurga kelak..ku ingin di sana kita berjumpa lagi di sana sebagai 'ayah' dan 'anak'..ku mengharapkan ku disini tidak akan menyeksa engkau disana kelak..ku cuba..
I'm sorry I can't be perfect
Now it's just too late
And we can't go back
I'm sorry I can't be perfect
setiap apa yang ku lakukan hanya ku fikir untuk masa depan keluarga kita saja..
I'm sorry I can't be perfect..
I'm sorry I can't be perfect..
I'm sorry I can't be perfect..
I'm sorry I can't be perfect..
Thursday, March 13, 2014
BERSYUKURLAH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SOLLU 'ALA NABI
ALHAMDULILLAH
ASSALAMUALAIKUM..
Bersyukurlah wahai sahabat!
Kita dikurniakan sepasang mata, sepasang telinga, sepasang kaki,sepasang tangan dan sekeping hati.
..Maka nikmat Tuhan kalian yg manakah yg layak anda dustakan? (AR Rahman: 13)
Renungkanlah! Adakah anda rasa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa?padahal ada yg tidak mempunyai kaki utk berdiri mahupun berlari. Adakah anda rasa melihat keindahan alam itu tidak dikira suatu nikmat kebesaran? sedangkan ada ramai yg tidak memiliki cahaya penglihatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Bersyukurlah!
Kita seringkali terlalu memikirkan sesuatu yang telah hilang dan mengejar benda yang belum pasti, sehinggakan kita lupa untuk mensyukuri apa yang telah ada dihadapan kita. Bahkan kita leka hinggakan terperangkap dalam pelarian mengejar bayang-bayang yang samar. Kenapa tidak kita memeluk erat pada apa yang telah kita ada?
Lihatlah pada apa yang telah anda miliki, jangan mengharap pada yg tiada dan belum tentu akan ada untuk kita. Hargailah sekeping roti yg telah ada ditangan anda itu yg akan mengenyangkan anda dari anda menanti sepinggang nasi yang belum tentu ia itu dijadikan Allah itu milik kita..
Bersyukurlah dengan apa yang telah anda miliki...