Followers:

Saturday, February 8, 2014

JODOH BERDUA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..

JODOH BERDUA - HAFIZ HAMIDUN



Sapa tak suka lagu nie??angkat tangan cepat!..hihi...semua suka kan?.
Lagu nie fuhhh...banyak maksud yang mendalam yang disampaikan..
saya suke..saya suke (gaya Mei mei..)

Sape-sape yang tak pernah dengar, dengar la...  Feed your soul with this song,
sangat kena pada hati-hati yang memendam rasa ingin berpasangan tapi tiada bayangan lagi yang muncul dihadapan. Bersabar kawan. Kita tak keseorangan, ALLAH ada sentiasa. Dia yang menetapkan segalanya, maka pada DIA kita meminta. 

part nie saya paling suke,

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Kita semua menyimpan rasa ingin bertemu dengan pasangan kita, tapi sampai ke hari nie kita tak jugak jumpa-jumpa. Bayangannya pun tak muncul-muncul, inikan pulak orangnya. Rileks brader rileks..Rileks dik kakak Rileks...

Kawan semua, jodoh kita ALLAH SWT dah tetapkan da..



Jadi jangan kita duk rungsingkan yang kita masih single-mingle nie. Eh baguslah!. anda bebas dari couple yang banyak buruk dari baiknya lahaiiii...Tak payah risau ok kawan-kawan semua. Masa nie la untuk kita update,upgrade diri kita untuk menjadi bakal Zauj @ Zaujah yang soleh solehah. Persoalan, sudah bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri atau suami?.hang gatal nak kawen tapi hang ilmu agama tak cukup ag, macamne hang nak pimpin anak bini nanti. Hah cmne?..dah sedia? kalau kita rase diri kita sudah bersedia, ALHAMDULILLAH, dah boleh slow-slow suh mak atau ayah carikan. Kalau dirasakan diri kita belum lagi bersedia, takpe. Masih ada masa untuk kita persiapkan diri. 



Ingat kawan, "bila kita siap, jodoh akan sampai"..maka, bersungguhlah kita untuk persiapkan diri kita nie. Jangan kita duk risau kita calon takde lagi, duk pikir yang tue jer manjang, sampaikan kijer tak terbuat, rungsing sangat pasal tu. Tapi kenapa tentang persiapan diri anda tak kita risau dan rungsingkan. Yang tue sebenarnya perlu kita risaukan kawan-kawan. Persoalan calon tue kita letakkan pada ALLAH SWT, DIA yang akan ketemukan nanti untuk kita. Tugas kita, cari ILMU cukup-cukup buat diri kita dan 'bakal' nanti.



Masjid yang ingin dibina memerlukan IMAN dan MAKMUM yang cukup arif tentang ilmu, jika cukup semuanya berada dalam dada, Inshaa ALLAH masjid yang 'bakal' kita bina akan sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Tugas yang menanti untuk kita memimpin 'bakal' umat MUHAMMAD SAW yang dianugerahkan pada kita kelak akan lebih teratur dan barakah. Jadi, mari kita sama-sama mengejar ilmu (agama) untuk persiapan kita di masa hadapan. Jangan rungsing tentang 'bakal' suami @ isteri yang tak muncul-muncul, rungsinglah tentang diri kita nie sudah bersediakah untuk menjadi 'bakal' suami @ isteri nanti. 

Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir 

credit to : HAFIZ HAMIDUN .. lagu yang cukup bagus untuk jiwa dan hati kita. 

Friday, February 7, 2014

BERPAKAIAN TAPI TELANJANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..


ASSALAMUALAIKUM wbt..





"Janganlah pakai pakaian macam telanjang. Nak sangat tak pakai baju, 
tunggulah di padang Mahsyar.."

+syabab musafir kasih





Berpakaian tapi telanjang. Elok ajer lengkap berpakaian, tapi masih menampakkan lentuk likuk semua yang ada. Elok ajer lengkap seluruh badan bertutup, tapi nipisnya lahai nampak semua berapa jenis apa yang ada..Astaghfirullahalazim...


Sebenarnya semua dah tahu kan apa yang dituntutkan oleh syariat islam, tapi kenapa?..kita tahu tapi masih tak nak ambil peduli, tapi kenapa? kita tahu tapi masih tak kesah, tapi kenapa? kita tahu tapi buat-buat tak tahu. kenapa?? Allahu..Allah..

Baca nie:

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”,serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (HR, Al-Bukhari)

Mengapa kita tak nak ikut mereka?. wanita-wanita Muhajirin yang mengoyakkan apa saja kain yang ada di sekeliling mereka untuk menutup apa yang tidak tertutup. Itu mereka. Kita nie lebih pada mampu, tak payah la nak koyak bagai la haiii...berlambak jual kat pasar malam kat mana-mana tu haa..berlambak jual kat jalan Tar Masjed Jamek tue ha..Tak payah la nak buat alasan la haii wahai saudara seislam kusemua. 


Baca nie:

Bahawa Asma’ binti Abi Bakr (kakaknya) bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (HR Abu-Dawud)

Fahamkan maksud hadis tue? tapi mengapa kamu buat-buat tak faham. Masih lagi tak hiraukan. Kamu tak sayang diri ke?. asyik duk pamerkan apa yang ada pada diri buat tatapan umum, mengapa dik? mengapa kak?. Kamu nak jadi macam barang-barang kat kedai-kedai tu ke yang orang pamer 'lawa-lawa','seksi-seksi' biar 'pembeli' tergoda. Kamu nak ke sebelum 'dibeli' orang sentuh-sentuh dan belek-belek dulu. Tak nak kan?. so kenapa kamu masih seperti begini dan begitu lagi. Allahu. Allah..

+Imam Muda Najdi cakap: Kalau lah membuka aurat itu cara untuk menggoda, jangan terkejut kalau anda ditinggalkan oleh insan anda sayang sebab membuka aurat. 

Kamu nak ke ditinggalkan?. tak nak kan...

Wahai saudari-saudari seislam seagama dengan ku. Tutuplah aurat kamu sebaik-baiknya, seelok-eloknya kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak. Biar orang nak kata kita nie ketinggalan zaman sebab tak ikut fesyen semasa, biarkanlah diorang nak kata kita out to date sebab selalu tak update dengan perkembangan moden. Biarlah semua tue. Biarkan.. asalkan kita sentiasa update diri kita dengan mendekatkan diri pada TUHAN kita pencipta kita ALLAH yang ESA. 

Malulah pada ALLAH, dia ciptakan hamba-hambanya semua cantik-cantik belaka. Tapi mengapa kita nak merosakkannya dengan mencalit apa yang tak kena di muka-muka kita, kita yang merosakkan diri kita dengan membalut diri ketat-ketat, sendat-sendat seluruh badan dan menampakkan apa yang ALLAH suruh sembunyikan. Mengapa? . Duit ringgit beratus-ratus mampu beli beg-beg berjena bagai, tapi nak beli sehelai baju yang tebal-tebal tak mampu, duk pakai jugak yang nipis-nipis tak cukup quality benang tu. Allahu..Allah..


Meh semua kita pakat beki diri kita...masih ada masa..

Ok..C u again....

p/s: Saya pun bukan insan sempurna, tapi saya try cuba untuk menjadi yang lebih sempurna di sisi DIA mengikut kehendak-NYA. Kita hidup di dunia DIA, maka kena ikutlaa segala peraturan-peratun yang DIA tetapkan. 


Thursday, February 6, 2014

MENGAPA KAU MENEGUR AKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ALHAMDULILLAH..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD..

ASSALAMUALAIKUM wbt..

Bertemu lagi ia semua..saya doakan sihat semua ya..

ok, let's begin..

"Mengapa kau menegur ku?" tanya seorang pendosa.
"Kerana aku juga seorang pendosa. Aku tahu betapa resahnya akibat dosa,"jawab ku.

Kita di dunia nie hidup umpama satu kapal semua. Mana salah dan silap sama-sama kita perbetulkan. Bila kita nampak dosa di depan mata, takkan kita nak biarkan ajer ia. Tegur setakat mampu. Kalau tak boleh dengan lisan, dengan perbuatan boleh, kalu tokleh jugok tegurlah dengan hati. Inilah dia amal makruh nahi mungkar. Kita hidup bermasyarakat sama-sama la kita tegur antara satu sama lain. Tapi an...mesti ada punya la bila kita tegur ada ada yang terasa, sentap dan mula la kata kita nie suka bagi kritik kat diorang la apa la. Biarlah kalau orang nak bantai kita balik bila kita tegur kesalahan dan kesilapan dia. Janji kita dah lepas tanggungjawab kita sesama insan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk DIA. 

Pernah tak bila korang tegur or kritik someone an, then dia cakap gini, "tak payah nak jaga tepi kain orang boleh tak?".."ikut aku r, kubur masing-masing kan.." . Aduhai kesian la bila kita kena balik an. Pulak tue dengan kata yang sentap-sentap macamnie. "Tak payah nak jaga tepi kain orang boleh tak?, ahaha..faham tak sebenarnya apa maksud ayat nie wahai pengguna budiman? Maksudnya, kita tak bagi orang tue jaga atau hirau pasal kita atau diri kita. Maknanya, orang tue nak idup sorang-sorang gamaknya, tak mahu hidup bermasyarakat. kalau macam tue, p la duk planet lain, tak payah duk sini la hai..Bila kita tegur sikit nak marah, nak sentap. Laa..awak tak tahu ke saya tegur awak sebab saya sayang awak. Awak kan kawan saya, saya nak kita masuk syurga sama-sama taw.

"Ikut aku r, kubur masing-masing kan.." ..ok ayat nie lak?..faham..ahaha..cukup femes, bila kite tegur terus di jawab macamnie. Alahai, kalau dah awak cakap macam nie, nanti bila awak dah died nanti sila korek la sendiri kubur awak tu, pahtu tanam sendiri. Memang kubur kita masing-masing tapi kita satu bumi dalam tanah yang sama. Jadi maknanya kita sama-sama kongsi apa yang ada di muka bumi nie, kita kena la sama-sama take care la diri kita each other ok. 

sesungguhnya dosa membuat dosa itu perit, itu yang saya suka tegur awak dan saya suka awak tegur dosa-dosa saya. Kadang-kadang saya tak nampak dosa-dosa saya, hanya awak-awak sekeliling yang nampak semua tue. Itunya fungsi kita hidup bermasyarakat, untuk sama-sama bermuafakat dalam dunia sejagat. Iya dak?

Ok..c u again!!





"Bila hati berbicara,tangan melakar maknanya..."
"Membuai bicara mencari makna cinta hakiki..."